~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan  1.0 Pendahuluan
Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!
Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.


Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.


 
2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!


Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.
Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.
Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.


3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...



4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.
Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.
Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.
Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)


Di Kala Dhuha itu,
Sehari Sebelum Aidiladha,
Tanjong Malim.

Action And Believe

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Wednesday, November 10, 2010 ADD COMMENTS

The succses started with only a single step. Just BELIEVE and ACTION! Its how a baby can walk and strugle, till they are big and matured enough. Believe, once u step up a stairs, every single step you must say yes! I can! Then you will finally at the TOP! Just Do IT! 

Belajarlah dari sikap orang Jepun

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, November 8, 2010 ADD COMMENTS

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya!

              " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang   mana dulu......"
           
Sekilas kemudian terpandang buku mengenai Jepun : Sejarah dan Budaya. Hm..menarik juga,kata hati kecil saya lantas menarik buku tersebut. Jepun, bangsa yang hebat.

Belum lagi membaca buku tersebut, saya terpandang pula buku Ustaz Hasrizal Jamil-Aku Terima Nikahnya, di atas meja Iman. Hati berkira-kira mahu ulang baca buku tersebut walaupun dah beberapa kali membacanya. Bagai memahami kata hati saya, Kak Aisyah menarik buku 'itu' dan memberikan soalan teka-teki buat saya.

                " Kenapa orang Jepun ramai yang bunuh diri?"
                " Erm..tidak tahu!" jawab saya.

Lalu Kak Aisyah menjawab,
             
               " Kerana budaya ILMU. Orang Jepun terlampau mengejar ILMU dan persaingan, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Namun, oleh sebab mereka kurang memahami Konsep ilmu itu menyebabkan mereka tertekan dengan keadaan tersebut lalu mendorong mereka mengambil jalan mudah seperti bunuh diri."

Maka bermula lah eksplorasi saya mengenai Orang Jepun. Kata buku ini, belajar mengenai orang jepun bermakna kita belajar bahasa Jepun juga.Benarkah?


Inilah bukunya. Insyaallah akan dibaca dan difahami sebaik mungkin. Sedangkan Rasulullah S.A.W ada berpesan, 'Tuntutlah Ilmu sehingga ke Negeri China' - Walaupun dalam hadis ini tidak menyebut Jepun, tapi ia turut ditafsirkan oleh Ulama, sebagai negeri di kawasan Matahari terbit @ yang bermata sepet. :)
Nantikan entry saya mengenai belajarlah dari Jepun. Insyaallah.



        

My New Header

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Sunday, November 7, 2010 ADD COMMENTS

ABOUT ME

Posted by ~PERMATA ISLAM~ ADD COMMENTS

Tiga Tetamu Misteri

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, November 5, 2010 ADD COMMENTS

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.
Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang dari mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
          " Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
          " Saya kejayaan," kata lelaki yang kedua.
          " Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, 
" Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memlilih antara kamu bertiga?"
"Ya," jawab mereka.
"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."
"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."
"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati, kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri, dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

PENGAJARAN :
Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali - kaya harta, kaya jiwa!






Hai..saya encik kejayaan..pilih lah saya.. ^__^



Saya encik kekayaan.. Anda pasti kaya pilih saya ^_^




Saya pula encik kasih sayang. ^_^










Sumber cerita: Majalah solusi Isu no:24
(AnggukGeleng)
Sumber gambar : Encik Google.

Muslimat? Ya, Kami Muslimat

Posted by ~PERMATA ISLAM~ ADD COMMENTS

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!

Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah!
Khadijah isteri Rasulullah, Maryam ibu Isa, Asiah isteri Firaun, Khaulah Al-azwar penghayun pedang perang, Zainab Al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. - Juga wanita hebat itu ibunda kita yang melahirkan dan membesarkan kita.. (^-^)

Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH  , akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadiannya, hakikat penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

"Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. 
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya(neraka).
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; 
maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.."
(At-Tin,95:4-6)



Siapa Wanita,Muslimat,Women????


WANITA PADA PANDANGAN BARAT

Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki- tidak lain hanyalah sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya. Mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati, jiwa dan perlakuan mereka yang tidak bermaruah ke atas golongan wanita. Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah ke arah penggadaian diri sendiri.

Perlabelan yang telah di tanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga TOP WORST. Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti promosi-promosi Jualan Langsung, kain baju, makanan hatta kenderaan sekalipun. Walhal benda-benda ini tidak akan sedikitpun dibangkitkan oleh Allah di akhirat nanti untuk dipersoalkan.

Fenomen eksploitasi terhadap maruah wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya - sebagai isteri, ibu, pendidik generasi, serta sayap kiri perjuangan lelaki. Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki arena-arena lelaki yang bertentangan dengan susunan anggota, jiwa, dan tenaganya.

         Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
                  Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis
                  dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang
                  pokok beracun. Diluar nampak cantik, tetapi 
                  sebaik sahaja seekor burung memakannya, 
                  ia mati pada masa itu juga.
                                                   (Apa kata Islam mengenai wanita berpolitik)

 WANITA DAN PERADABAN ISLAM

Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang dianjurkan oleh Barat, wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni di mana maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya. Priceless.

Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincang lah semua. Dalam pembentukan sebuah institusi kehidupan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini saling bersatu padu.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut menghayun pedang perjuangan!

sumber gambar : http://photos-p.friendster.com/photos/58/86/57776885/1_693484570l.jpg


KAMI INSAN TABAH! 

Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah.Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab : 35
Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, 
laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar,
Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar.."


Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita/muslimat/women. Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh barat mengenai wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus. Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah. Tidak dan tidak dan tidak.

Kami insan tabah. Dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya mendidik generasi Daie ilallah.. Di saat terbentuknya bayi dirahim ibu selama 9 bulan dikandungan, seterusny kelahiran bayi dari perut ibu yang juga wanita, isteri  ini, inilah buktinya ketabahan seorang yang bergelar wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses pendidikan.

Pernahkah kalian mendengar lagu dendangan Hijjaz? Saya suka lagu ini, mengingatkan kita pada Srikandi bernama SUMAYYAH.

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah




KAMI INSAN TABAH!


Bagaimana kami yang masih remaja? Tidak hebat kah kami??Tidak kuatkah kami?? Ya, jawab dengan yakin bahawa kita insan tabah! Di mana ukuran ketabahan,kekuatan itu?  Ukuran ketabahan itu adalah disaat kita mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Di saat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, kita melawan dengan keyakinan dan pegangan pada ALLAH.

Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global,( serta bakal muncul bangunan warisan) namun, kami wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan arus duniawi ini. Masakan tidak ini adalah jihad! Benar inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri individu muslimat. Namun dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah diri kita insan yang hebat kerana mampu memperjuangkannya.

Lembik Vs Lemah Lembut

Lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza. Saya juga tidak suka kepada wanita yang lembik! Wanita yang lembik saya definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk survive tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak mampu menghadapi cabaran. Lantaran itu saya sangat tidak suka dengan wanita yang lembik ini.

Berbeza pula dengan lemah lembut, saya definisikan menurut Profesor Meadley, adalah orang yang mempunyai hati yang subur, bisa melentur, namun sulit dipatahkan. Saya juga definisikan sebagai tingkah laku yang sepatutnya ada pada seorang wanita yang membezakannya dengan lelaki.

Lantaran perbezaan definisi inilah saya menyeru kepada kaum wanita/muslimat kearah lemah lembut tetapi bukan lembik. Hakikat ini tidaklah menyekat aktiviti wanita/muslimat untuk bergiat aktif didalam mana-mana persatuan, aktiviti lasak, cabaran dan sebagainya. Malah saya juga sangat gemar aktiviti lasak!Inilah salah satu entiti yang perlu di bawa oleh wanita/muslimat. Tidaklah ia bermaksud, dengan sifat ini, maknanya wanita adalah insan yang mudah menitiskan air mata, mudah mengalah atau sebagainya.

Pemberatan keterlibatan wanita dalam organisasi adalah tinggi. berikutan jumlah wanita yang ramai di muka bumi ini berbanding lelaki, membawa kepada tuntutan wanita turut serta dalam organisasi-organisasi penting termasuklah dibidang politik. Contoh keterlibatan wanita masa kini dalam politik ialah YB Nur Izzah Anwar, YB Dr Lo'Lo, Senator Mumtaz Md Nawi dan sebagainya.

Buat muslimat/wanita/perempuan/ibu,
Andalah apa yang anda fikirkan. Ukuran kuat atau lemah anda adalah dari apa yang fikiran dan hati anda katakan. Peganglah kekuatan hati itu supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri anda dengan kebergantungan pada Allah, kerana Kekuatan dalam, ruhiyah, dan jasadiyah datang daripada-Nya.

Muslimat Power! 

Salam perjuangan dari muslimat yang ditarbiyyah!
Afifah Abdul Kodi,
Bumi Tanjong Malim.

Menulis dan Menulis

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, November 2, 2010 ADD COMMENTS


Menulis lagi...

Mencari kegairahan menulis, susah sedikit bagi saya. [tidak suka dengan perkataan susah]! Penulisan yang profesional bukan hanya dipenakan dengan sekadar cukup kita mahu menulis, tidak semudah mahu bercerita dengan bibir, tapi mesti berskillSehingga kadang-kadang saya malu untuk membaca penulisan sendiri kerana tulisan yang carca marba, tidak ada susun atur dan plot-plot yang kemas.Namun, tidak mengapa. Mungkin ini menjadikan ia bukti bahawa saya pernah berusaha untuk menulis. Pernah dahulu saya bercita-cita untuk menjadi penulis buku. Malah masih menyimpan cita-cita itu dilubuk hati. Menjadi penulis sajak, sudah ada beberapa koleksi yang entah di mana saya simpan. Pendeklamasi sajak juga sudah. Saya sudah menggarap bakat-bakat terpendam itu. Namun untuk penulisan ini, saya perlu belajar dan belajar dengan lebih banyak, kerana skill dan bakat kadang-kadang perlu digarap, bukan hanya suatu anugerah.

Pernah juga saya mengutarakan kepada seorang sahabat dan juga leader saya, bahawa saya tidak bisa menulis. Kecewa keran gaya penulisan masih kanak-kanak. Namun saya terkesan dengan jawapannya, bahawa untuk menulis kita perlu ada 'DESIRE'. Benar kata-kata beliau itu. Bila berkeinginan, kita akan cuba sedaya upaya untuk mencuba dan mencuba sehingga berjaya, malah percubaan itu bukan sekadar percubaan biasa. Mesti yang luar biasa. "Extra Ordinary Effort, repay with Extra Ordinary Success". Inilah kata-kata pakar motivasi Dr Shukri Abdullah, 6 tahun dahulu ketika saya mengatakan YES kepada peluang, apabila dipanggil volunteer ke stage bersama beliau.

Menulis bukan sekadar menulis. Tetapi menulis mesti dengan ilmu. Seperti juga berperang, mesti menggunakan senjata. Saya akui saya kurang membaca menyebabkan skill penulisan itu mati dan tiada roh tersendiri. Kini saya cuba menulis sedikit demi sedikit beserta mencari sedikit masa untuk membaca lantaran menyedari bahawa menulis sangat penting, malah ia punya nilai tersendiri dalam masyarakat. Lihatlah betapa ramai lahirnya penulis-penulis hebat di Malaysia. Malah mereka menulis bukan sekadar untuk mencari rezeki, tetapi menulis penuh isi atas dasar pengalaman sendiri.

Penulisan adalah dakwah. Bagaimana pada hari ini, dakwah tidak hanya bergantung pada agenda-agenda ceramah dan peribadi semata-mata, tetapi juga meliputi aspek penulisan. Seperti contohnya penulis seperti Hilal Asyraf, Ustaz Hasrizal Jamil, Artiza Umar, Ustz Pahrol , Sir Ahmad Fadli Fauzi, Pak Latip, dan ramai lagi penulis hebat yang saya baca karya mereka. Hasil tulisan mereka semua ini adalah penulisan dakwah,ilmiah dan santai malah memberi kesan kepada pembaca di dalam aspek dakwah fardhiyah, dan sebagainya.

Insyaallah, saya bercita-cita bahawa saya akan menerbitkan sebuah buku. Namun saya masih mencari-cari haluan saya, perkara bagaimana yang akan ditulis? Semoga saya jumpa suatu hari nanti. Semoga dengan doa kalian saya juga bakal menjadi penulis hebat suatu hari nanti.

" Juga bercita-cita mencari suami yang menulis buku.Ahaks.. :) " 


Afifah Abdul Kodi
Bait Zahraa
Tanjong Malim
7.00 mlm


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    12 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    12 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    9 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com