~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Senyumlah untuk hidup

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Wednesday, April 28, 2010 ADD COMMENTS

Senyum dulu sebelum baca


Hari ini berapa kali kita senyum pada hidup kita
Berapa kali kita senyum pada orang sekitar kita?

senyumlah
kerana dengan senyuman
kita membuka pintu kebahagiaan kebahagiaan diri sendiri
dan orang sekeliling
senyuman mampu meringankan bebanan
yang berada jauh dilubuk hati

Senyumlah
kerana senyuman itu indah
senyuman tidak seperti lidah 
yang suka meningkah dan bertelingkah
yang mampu menikam kebahagiaan

Senyumlah 
kerana senyuman itu ubat
penawar keresahan seharian
bila senyuman berbicara
ia akan bicara bahasa qalbu
lembut dan mendamaikan
andai lidah kelu bisu
senyuman akan menyampaikan bahasa hati itu

Stephen Gazzel pernah berkata:
senyuman adalah satu keharusan dalam kehidupan

dan saya berkata:
semesti ada yang mati
andai tidak ada senyuman untuknya dalam kehidupan!

Ayuh gembirakan diri sendiri dan org lain
dengan SENYUMAN PASTINYA!


Jom Muhasabah.....Senyumlah untuk hidup

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan.
..



Ujian Demi Ujian:Bersabarlah

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Sunday, April 25, 2010 ADD COMMENTS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang memberikan kita nikmat kehidupan selama mana kita hidup sehingga kini, selama 10 tahun,20 tahun, 30 tahun sehingga kita ditarik kembali menemui Nya. Nikmat yang tiada tolok bandingnya, yang tidak mampu dibayar dengan harta wang dan segala macam benda.

Adakalanya, sesekala Dia mendatangkan ujian kepada kita, beratnya kita rasa, dan kita BERKIRA denganNya, padahal Dia telah datangkan Nikmat yang cukup banyak sebenarnya.

Ujian itu Nikmat,

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan, kenikmatan. Setelah titisan air mata berguguran, pasti akan ada senyuman, dan setelah melalui kegelapan malam, pastinya akan muncul mentari siang. Ketahuilah, dengan ujian sebenarnya kita sedang diberikan ganjaran pahala oleh Nya.

Berharaplah yang baik dari Allah, bila kita merasa sedih, gelisah ataupun gundah gulana. Bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, ketahuilah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Bila kita diuji kesakitan atau ditimpa penyakit, maka ketahuilah segalanya punya pahala masing-masing yang telah tersimpan rapi di sisi Allah. Dan ketahuilah bahawa semua itu adalah tanda kasih sayang Allah, sebagai penebusan dosa.

Keimanan kita diuji, ukhwah kita diuji, harta kita diuji, masa kita diuji,ujian dan ujian.....

Maka bersabarlah, bersabarlah, dan bersabarlah wahai diri!

Sengaja saya mengintrokan entry kali ini dengan ujian+mehnah dalam kehidupan, kerana ia sesuatu yang praktikal dalam kehidupan setiap orang.

Semalam, lagi berita saya dapat dari sahabat, kemalangan di Slim River. Kereta yang dipandu oleh seorang muslimat ni xdapat dikawal kemungkinan kerana tayar kereta tersebut pecah ataupun pancit tiba2.

Usai maghrib terus sahaja ke sana, hanya doa kami panjatkan supaya sahabat-sahabat semua selamat. Berdasarkan apa yang ukhti syaf bgtahu, 2 cedera agak teruk. Parah ke?
Pemanduan saya terganggu, mungkin kerana risau shbt2 betul2 memberi kesan pada fokus saya. Ya Allah selamatkan mereka.

Agak suspen juga, kerana ini bukan kali pertama kami sahabat sahabiah mengalami perkara-perkara sebegini , kami berada kerisauan tahap maksima malah kepada tahap TRAUMA.

Setelah lama menunggu, sempat saya menjegah masuk ke wad kawalan, melihat ukhti yaya. dia dalam keadaan sedar. Tangan kiri berbalut.Mungkin patah.dan didahi kirinya berjahit! sempat shbtku iman membacakan doa2 penenang untuk yaya.

11 mlm : akhirnya doktor bagitahu yaya boleh dibawa pulang. Alhamdulillah...tiada lafaz yang selayaknya diucap kecuali itu. Tangannya bersimen sedikit, bahunya terseliuh.boleh berjalan,tp sementara dia perlu menggunakan kerusi roda.

Saya berdoa, semua sahabat-sahabat saya cepat sembuh dan blh attend exam semester ini.
_________________________________________________________________________

Ini bukan kali pertama,
Ini bukan kali kedua,
malah bukan kali ke tiga


Kalau dahulu, semester lepas, kak piqa dan zai, terbabas di traffic light sebab gagal badget kona- cedera

Selepas tu, aisyah kemalangan dengan iman - aisyah patah bahu dan lutut  kanan akibat motor yg dinaiki tayarnya meletup dan terbabas

Kemudian kemalangan membawa maut 2 sahabat muslimin- arwah faizol dan arwah fadhiri

Kemalangan atiqah dan fasiha-motor terbabas juga sebab tayar pancit

dan terbaru semalam.

Semuanya ujian disepanjang jalan dakwah ini, jalan-jalan hidup ini. kita tidak tahu bila giliran kita. Yang membawa kepada trauma untuk memandu.Mungkin.

Namun, saya masih terkesan pada pesan sahabat, jgn mudah kalah dengan persekitaran ujian.kerana Ujian itu Nikmat,tanda kesayangan Allah.

Tautan Hati untuk Bonda

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Saturday, April 24, 2010 ADD COMMENTS

Rindu lagi menggamit pada keluarga.

Pagi tadi saya menelefon bonda saya. Ingin bertanya khabar keluarga. Saya gembira umi saya sihat-sihat saja, walaupun adakala bonda saya selalu demam. Ternyata bonda saya ceria-ceria saja pagi ini.Alhamdulillah. Kata bonda, dia di luar bersama ayahanda, ada pogram komuniti yang perlu dihadiri. Tidak terlibat pun, sekadar menjadi teman ayahanda saya yang dijemput menjadi VIP disana.

Itulah bonda saya, sangat gembira bila ayahanda ajak ke majlis-majlis rasmi. Bukan apa, bonda saya ingin juga merasai manisnya dunia sosial bersama teman-teman seusia di luar.Saya faham perasaan bonda saya. Tapi bonda tidak pernah membantah bila tidak di ajak,kerana saya tahu ayahanda saya juga akan pilih majlis-majlis tertentu untuk bawa isteri dan anak-anaknya bersama. Ayahanda pernah berkata bila saya tanya kenapa tak bawa bonda sama: tak ada apa yang baik pun disana.

Berbalik pada bonda saya, bonda memberitahu dia diamanahkan untuk bawa barang gubahan seorang jiran mewakili komuniti kampung saya untuk di pertandingkan. Gubahan apa tu?

Kasut+tuala+kipas tangan.
Jenuh saya 'imagine'kan bentuknya berdasarkan peta2 cerita bonda.

Bonda tidak tahu nak letak nama apa. Memandangkan mak cik tu suruh abah je yang letak nama. Bonda kata, ati (adik saya) letak nama kasut idamanku. Bonda tiada pilihan untuk menolak kerana tiada nama untuk dicadangkan.Saya tergelak. Kanak-kanak je bunyi,sebab yang meletakkan nama tu memang seorang kanak-kanak.

Saya cadangkan : Tautan Hati? takpun Daerah Cinta?uh,bombastik+idealistik + fantastik!

Bonda saya tertarik dengan Tautan Hati. Tapi tak da bentuk hati pun. Susah juga ye,tak da bentuk hati pula. Tapi memandangkan bonda dah suka, kami cuba memikirkan rasionalnya Tautan Hati . Akhirnya sepakat kami, Tautan Hati kerana tiga perkara berbeza digubah dalam satu bakul menjadi simbolik kepada 3 watak berbeza tetapi perlu capai kesepakatan untuk mencapai keharmonian.

Apa 3 perkara tu bonda? SUAMI+ISTERI+ANAK!
Hebat bonda saya,semestinya berpengalaman tentang 3 perkara itu. Ya,tentunya tanpa kesefahaman,kasih sayang, tak mungkin dapat capai keserasian dan keharmonian dalam rumah tangga.


Saya gembira nama TAUTAN HATI tu untuk gubahan cik zakiah. Walaupun bukan bonda yang menggubahnya, tapi mewakili daerah saya, dan lagi saya gembira kerana bonda meraikan idea saya yang sedikit itu,sekadar meletakkan nama.Itulah Tautan Hati untuk Bonda.

Hati RESAH bila tiada RISAU

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, April 22, 2010 ADD COMMENTS

Hati dirundung keresahan, bilamana tiada sekelumit risau dihati.
Apakah ini petanda hati ini MATI?Harapnya tidak.Tidak dan Tidak. 
Tidak mahu menghukum hati yang tidak bersalah, memandangkan 
tidak kunjung risau esok saya akan exam..Ahh,berbelit ayatnya.

Kenapa hati ini tidak risau?
Cukup persediaan kah?
Paper senang-senang kah?

Tidak juga jawapannya


Kejelasan menghampiri, apabila ada rumate Bait Zahra ini yang 
sudahpun selesai berjuang 4 subjek! Sedangkan saya belum pun satu.


Saya berharap esoknya saya dapat jawab dengan baik
Walaupun hati tidak risau

Kertas-kertas peperiksaan yang bakal dijawab mulai esok hari :

23 April 2010: TSR 3013 ( Research Method )

26 April 2010: TKA 3013 ( Instrumental Analysis )

29 April 2010: TKU 2013 ( Industrial Chemistry )

    3 Mei 2010: TSE 2013 ( Environment Science )

    4 Mei 2010: TFA 1023 ( Physic 2)

Sangat cantik tempoh masa senggang yang diberikan, namun masa-masa tersebut punya agenda lain yang perlu di isi. 

Hakikatnya subjek2 ini agak tough bagi saya walaupun org lain mungkin tidak. Biarlah.Persepsi masing-masing.Doakan saya!

~Tough and fearless~

LITTLE TREE COMING!

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Wednesday, April 21, 2010 ADD COMMENTS


Salamun`alaik,

Insyaallah entry kali ini, saya nak promote product la sket..hehe

Pernah dengar little tree? Saya pun baru pertama kali dengar bila ditawarkan oleh sahabiah ni, dia minta saya tlg jualkan.

Little Tree ni sebenarnya adalah satu jenis  AIR FRESHENER 
Boleh didapati dalam pelbagai aroma perasa - Strawbery, Vanilla, ocean mist, green apple dan black ice.



Kegunaan : untuk kesegaran pengudaraan dalam bilik, kereta, loker baju, bilik mandi dan sebagainya... So cuteee, so odorous

Juga terdapat dalam bentuk spray macam kat bawah ni :
BOLEH DIDAPATI DENGAN HARGA MURAH SAJA : RM 6.50

HUBUNGI : 
Puan Adibah : 0135231514
E-mel :  adib_zikri0912@yahoo.com
direct pada saya pun boleh :) 








Usrah is MY FAMILY

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, April 20, 2010 ADD COMMENTS


OLE-OLE MUSAFIR ILMU

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya diberi kekuatan, semangat, dan keyakinan untuk menulis, sungguhpun berat sebenarnya untuk menulis apalagi berkaitan dengan pengisian ilmu.

Seperti yang saya janjikan, saya akan cuba menulis tentang apa yang saya dapat kutip sepanjang berada di Maahad Semanggol.


Usrah is My Family

Kualiti usrah dewasa kini dilihat semakin berkurang lantaran penghayatan pembawaan usrah oleh naqib semakin menurun lantas perkadaran penambahan ahli juga semakin berkurang. Penghayatan usrah seperti mana sebelumnya pada zaman Rasulullah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, seterusnya usrah oleh Hassan Al-Banna tidak lagi dipraktikkan. Malah konsep Usrah adalah keluarga tidak bermakna lagi lantaran pemisahan Usrah dengan Keluarga walaupun makna asalnya dalam bahasa arab bermaksud keluarga. Malah usrah kontemporari ini adalah hanya satu halaqah untuk menyampaikan dakwah semata-mata. Hakikatnya, walaupun matlamat usrah adalah dakwah, namun pelaksanaannya adalah lebih kepada memahami setiap jiwa yang berada dalam lingkungan usrah tersebut.

Lantaran itu, ustaz menyebut bahawa dalam proses merawat pembawaan usrah pada masa kini adalah yang pertama dengan menyuntik kembali nila-nilai usrah adalah keluarga kita yang sebenar-benarnya, bukan hipokrit semata untuk memikat dan mengikat ahli usrah.Usrah yang dikehendaki, perlu lebih kepada pengikatan, pendidikan, pemahaman ahli-ahli usrah seperti mana kita berada dalam keluarga sebenar, ibarat cubit paha kiri paha kanan turut terasa sakitnya.

** Pengisian saya peroleh sepenuhnya dari ustaz, anda boleh merujuk kepada kontent apakah itu usrah, rukun-rukun usrah, manhaj dan sebagainya dari pelbagai pembacaan buku, internet ataupun e-book.cadangan : Panduan Usrah karangan Ustaz Hj Idris Ahmad


Manhaj Usrah

  1. Bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis
  2. Membawakan elemen Sirah Nabawiyyah
  3. Penyampaian melibatkan tasawwur(gambaran yang jelas dan tidak tergantung mengenai sesuatu topik perbincangan)
  4. Mengambil kira bahan mengikut marhalah ahli yang sepatutnya
  5. Mengetahui dan memahami kondisi anak usrah-faham latar belakang anak usrah-perkara pertama yang perlu ditanya pada awal mula perkenalan.
  6. Mengandungi asas-asas aqidah yang jelas
  7. Kandungan/bahan mengandungi unsur-unsur yang memandu kepada pembentukan peribadi/sahsiah.
  8. Perkongsian dan perbincangan juga meliputi tentang memelihara ajaran Islam secara individu, ataupun secara jamaie
  9. Perbincangan meliputi pembaikan ibadah-ibadah fardhu, ibadah khusus, penambahan ibadat-ibadat sunat dan amalan-amalan kerohanian yang lain-lain.
  10. Kandungan usrah perlu juga menekankan pada mengelokkan fikrah pendakwah secara haraki + siyasi secara seimbang.
  11. Menambahkan kandungan-kandungan/pengisian mengenai perkenalan kepada pengurusan organisasi dan memberi latihan bekerja dalam organisasi.
  12. Menyediakan ruangan masa ataupun bahan supaya anak-anak usrah dapat berinteraksi sesama sendiri seperti keluar bersantai, bermain dan sebagainya dan tidak semestinya berada dalam halaqoh yang semesti sentiasa bulat dan 360 darjah.


Jom Memperelok Usrah kita

  1. Memperindah asas aqidah naqib-hubungan dalaman dengan Allah
  2. Pelaksanaan yang tidak statistik
  3. Silibus yang dibawa dalam bentuk yang berbeza-pendekatan
  4. Tidak statik pada tempoh masa ( flexible dengan masa naqib dan ahli)
  5. Mewujudkan persekitaran yang berbeza – suasana
  6. dan lain-lain yang dirasakan sesuai


Jom Baiki Kelemahan kita!

  1. Naqib mesti bersedia dari aspek : content, mental, fizikal
  2. Membawa usrah dengan uslub yang berbeza
  3. Usrah tidak hanya mesti fokus pada kehadiran/mesti buat kerana kehadiran dicatat, dipantau, tetapi fokus pada kualiti
  4. Tidak melihat usrah hanya pada pertemuan-pertemuan formal, tapi juga pendidikan luaran seperti :
-         msg ahli usrah, pelaksanaan usrah kali ini ialah bertemakan kebersihan,jadi ahli usrah semua mesti meluangkan masa mencuci tandas dan dapur rumah masing-masing

Usrah yang berjaya ialah :

  1. Naqib yang mendengar lebih dari memberi
  2. Bersenda gurau dalam lingkungan menjaga - consider hati dan jiwa-jiwa anak usrah dahulu , risau kalau ada yang lokek dan sensitif
  3. Taaruf mesti kenal nama, latar belakang pendidikan, keluarga supaya nanti naqib dapat menyesuaikan diri dengan level-level anak usrah yang pelbagai.

“ Bercakaplah dengan manusia dengan kadar yang menepati kemampuan pemikiran mereka”
Walaupun ramai yang memandang usrah sebelah mata, tugas naqib adalah remeh, tetapi hakikatnya sukar untuk dipraktikkan secara total walaupun sudah banyak panduan demi panduan disediakan. Walaubagaimanapun, kita berbalik kepada niat kita kerana Allah, usaha untuk membaikinya insyaallah kita bisa menjadi naqib yang mampu membawa usrah dengan berkesan.

*** Penulisan ini hasil olahan berdasarkan point-point yang diperoleh, diolah sendiri berdasarkan kefahaman langsung daripada pembentang kertas kerja tersebut. Sebarang pembetulan sekiranya ada kesalahan , tafaddhal.



Kembara Sana Sini

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, April 19, 2010 ADD COMMENTS


Alhamdulillah satu hari satu malam berada di Gunung Semanggol menyaksikan pelbagai coretan ilmiah untuk dikongsi. 4 jam berkenderaan dari Tg Malim, bersama-sama beberapa org sahabat, barulah sampai ke destinasi dan saat itu, tika itu baru ku sedar bahawa tempat yang di tuju ini pernah ku hadir lewat 4 tahun lepas! Hebat takdir dan perancangan ALLAH, saban masa teringatkan tempat itu, bila akan dapat ke sana. Allah menghantarku ke sana tanpa sedar. Sungguh! Semberono ikut sahabat2, tanpa bertanya lokasi. Akhirnya di situ jua aku sampai.

Masih ku ingat, Kg Simpang Empat Gunung Semanggol! Ya, tempat ini! Sangat pasti. 4 tahun lepas, delegasi sahabat G6 pernah berkunjung ke rumah sahabiah, Ukhti Amela. Mengenali bonda amela dan anak saudara beliau sebelum turun bercanda di Teratak Afrina Batu Kurau.
Subhanallah hebat memoriku, dapat ingat semua terasa masih baru berlaku.

Namun, fokus pada memori lama terpaksa di ketepikan lantaran terlibat dengan bengkel. Ku tanamkan dalam hati, ingin ku ziarahi 2 insan yang ku kenal yang menetap di daerah itu : Amela dan En Mahfuz penasihat Surau KMPP. Esoknya setelah habis bengkel, sempat melihat dari jauh rumah bonda En Mahfuz, sebab dia takde, g Gopeng, dan sempat jumpa bonda Amela, xdapat jumpa Amela dan baby nya coz die terpaksa masuk wad wif her baby (jangkitan kuning). Apa pun, bersyukur dapat ke sana.
Allahurabbi....


Kami dan bengkel!

Berada dalam bengkel bersama sahabat2 kampus lain, duduk selantai sesurau berbincang agenda dakwah. Kecil rasa diri bila bersama-sama sahabat lain, berada dalam medan dakwah ini. Seolah-olah, apakah yang ada di dadaku untuk ku sumbangkan pada ISLAM! Sungguhpun g2, aku bersyukur kerana Dia menghantarku ke sana. Kerana Dia tahu aku memerlukan mutiara-mutiara itu. Banyak input diperolehi dalam wacana ilmu tersebut antaranya mengendalikan mad`u dengan berkesan memandangkan kualiti pendakwah,naqib semakin menurun.Mahu ataupun tidak, perlu ada usaha membaiki kelompangan method yang sedia ada..

Yang paling menarik, ada pula sesi practikal mengendalikan usrah dengan berkesan, by group. Macam2 pembawaan yang boleh di aplikasikan, dan diperbaiki demi menjaga keselesaan pembawaan usrah dan menjaga keselesaan mad`u.


* Insyaallah entry mengenai input yang saya dapat akan di postkan dengan keizinan Allah kerana masih perlu merujuk banyak sumber.



Daie, tidak boleh lari dari menjadi pengembara...
Ke mana sahaja jalannya, mencari ilmu Allah untuk dakwahnya
Setiap langkah lenggoknya, mencari redah ilahi
Ya Allah, berkatilah usaha kami

** syukran to ukhti nini and wani, belanja ana

Hayatilah lirik ini :



Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


Lagu & Lirik : Fadzli FarEast
Dendangan : Assaufee




RENCAH MAHASISWA

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Wednesday, April 14, 2010 ADD COMMENTS



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang menghidupkan setelah mematikan kita seberapa tempoh di alam tidur, dan yang memberikan nikmat menyedut udaranya. Alhamdulillah.

Sedar tidak sedar, mahasiswa mahasiswa UPSI sedang di ambang peperiksaan, malah dalam study mode! Tamat 14 minggu kuliah, kini study week seminggu ni dan akhirnya bakal berperang di dewan peperiksaan. Cukup sudah masa diberi, 14 minggu belajar, namun exam hanya 2-3 jam sahaja. Rasa tidak adil bukan.Namun itulah yg terjadi.Jika tewas dalam masa 2 jam ini, maka usaha dan kerja buat selama 14 minggu sebelumnya jd sia2..Maka persediaan demi persediaan dituntut demi masa 2 jam tersebut!

Rencah Mahasiswa,

Hakikatnya, mahasiswa tidak akan lari dari kehidupan dan budaya ilmu, pencarian demi pencarian demi memartabatkan diri sebagai insan yang Maha-Siswa. Menggelupur di padang daerah sepi, Tanjung Malim. Kematangan diperolehi saban waktu masa melewati. Semakin masa usia menjengah senja. Namun, sudah lengkapkah kita untuk bergelar mahasiwa? Kerana hakikat itu budaya ilmu tidak pernah sampai kepada kita. Membudayakan ilmu dalam kalangan mahasiswa bukan sahaja semasa exam, tapi mengambil kira keseluruhan aspek kehidupan sosial mahasiswa, bukan sahaja ilmu dalam subjek2 tertentu, tapi juga meliputi pelbagai ilmu lain.Itulah rencah sebenarnya yang menjadikan kita sebagai MAHASISWA.

Menepati apa yang terkandung di dalam al-quran surah al-mujadalah (11) :Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.



Exam oh Exam,

Hampir tamat saya di semester 6 ini ( sem 6 dah,macam baru je masuk UPSI semalam)
Selamat study untuk semua, berbaki lagi satu semester dalam kampus, dan satu semester praktikal, diriku mesti bersedia dengan macam2 persiapan sejak awal mula, kerana sedar SAYA CIKGU!

Hadiah untuk semua dari mahasiswa pendidik,


Perkongsian yang tidak seberapa, namun ingin dikongsikan juga, buat tatapan sahabat2 dan kawan2 seperjuangan yang akan menduduki exam, booklet kecil khas untuk exam :


page depan

page 1
page 2


page 3

page 4
page 5
page 6
page 7


page 8


page 10




(Jika nak, leh calling2 sayer yer)

Akhir kalam, saya mendoakan kecemerlangan semua didalam final exam ni,juga di dunia dan akhirat. Maaf jika ada salah silap.

Wassalam

~Bait Zahra~


VIRUS KENCING TIKUS : APA TU??

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, April 8, 2010 ADD COMMENTS


Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang penghibur tanah air,
Din Beramboi yang popular di radio Era. Jangkaan awal allahyarham
dikatakan dijangkiti oleh virus kencing tikus, namun doktor mengesahkan
allahyarham di jangkiti denggi berdarah.

3 hari lepas juga, Kosmo menyiarkan berita mengenai sahabat kita Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar UPSI yang terpaksa menangguhkan pelajaran di UPSI berikutan beliau dijangkiti Virus Kencing Tikus menyebabkan kaki dan jarinya terpaksa dipotong! Suatu ketika dulu juga UPSI gempar dengan berita Wan Aini ditahan di ICU, membawa kepada semua pihak bersedia dengan pemergiaan beliau. Alhamdulillah ALLAH belum mahu mengambil nyawa sahabat kita ini.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah, apakah itu Virus Kencing Tikus? 
Hebat sangat ke virus tu?
Persoalan2 ni mebawa kepada pencarian mengenainya dan kebetulan
Kosmo menyiarkan berita mengenainya di ruangan kesihatan.


Bahana kencing tikus



TIKUS mula aktif seks seawal usia enam minggu dan boleh melahirkan sehingga 
170 ekor anak sepanjang hayatnya. - Gambar hiasan






Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.
Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
170 anak
“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.
Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.
Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

Rumput
“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.
“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.
Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.
Gerudi
Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.
“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.
Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.
Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.



“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.
Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.
__________________________________________________

Lastly, saya menyeru kepada semua supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mengutamakan penjagaan persekitaran, kerana persekitaran yang tak bersih boleh membawa kepada pelbagai ancaman virus dan kuman, malah percayalah bahawa di tangan anda terdapat lebih ratusan bakteria!
"Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN "- Hadis
~Permata Islam~
Perpustakaan Tengku Bainun,
9.37 malam

SEMBILAN PEMBAZIRAN MANUSIA TANPA DI SEDARI

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Wednesday, April 7, 2010 ADD COMMENTS



Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ,seorang ulama’ dan tokoh gerakan dakwah Islamiah dan menjadi murid kepada ulama’ terbilang,Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Karya ilmiahnya banyak dijadikan panduan dalam gerakan dakwah Islam.



Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi). Antara karya beliau ialah tentang sembilan pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia :-


• Ilmu Pengetahuan Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
• Amalan Membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas.
• Kekayaan Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
• Hati Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
• Tubuh badan Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
• Cinta Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
• Masa Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
• Akal Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
• Zikir Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.






Antara pesanan Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Tidur pada waktu yang dilarang tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah amalan itu boleh mendatangkan kemudharatan dan hukumnya adalah makruh.

KHABAR BAIK DARI DUA SAHABAT

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, April 2, 2010 ADD COMMENTS




Bismillahirrahmanirrahim

Syukur pada ALLAH kerana masih memberikan nikmat ISLAM dan IMAN dalam diri,
Untuk meneruskan perjuangan di medan ini.


Alhamdulillah, setiap hari yang dilalui, ku rasakan manis walaupun ada yang pahit, masam dan sebagainya. Kepahitan yang dirasakan bukanlah menjadi racun dalam kehidupan ini, tetapi ia adalah ubat supaya kita kuat menghadapi esok hari. Kita akan terimunisasi dengan segala kepahitan, masalah, perasaan [dot dot] dalam hidup kita ini lantas esok hari serangan-serangan ini tidak akan menyerang kita lg, ataupun serangan tersebut tidaklah menyakitkan seperti sebelumnya.

Khabar hari ini terlalu manis, bila buka sahaja emel grup, ada walimah dari seorang sahabat, akan berlangsung cuti nanti. Sudah menjangkakannya, walaupun belum pasti bila, akhirnya diumumkan juga. Keberlangsungan yang sangat dijaga.

Sudah matang rupa-rupanya sahabat2 ana ini. Kami sangat teruja dgn anta, kerana biasanya muslimin pilih untuk kawin bila dah punya kedudukan yang kukuh, dah ada rumah sendiri,tapi tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk berbaitul dakwah. Dalam hidup yg sentiasa diuji, mapu hadapi. Hebatnya ditarbiyah, Hebat jg muslimat itu. Jgn lupa doakan kami..

kad walimah, kene print sendiri....



Berita yang kedua, juga dari sahabat segerombolan ini, memberi khabar kami g6 akan dapat anak saudara baru, tidak lama lagi. Anak saudara baru pertama gen kami. 

Saat shbtku ni berkahwin, diri ini tak dapat menghadirkan diri, maklumlah baru sem 2, belum mampu jalan ke tempat jauh di nun Gunung Semanggol. Sahabat ini berkahwin dalam usia yg sangat muda, 20thn, demi menjaga syariat ALLAH, meneruskan keberlangsungan dakwah, melaluinya dengan penuh thiqah. 

Terfikir, bagaimana dia hadapi hidup-hidup sebagai isteri, sebagai pelajar, dan bakal ibu. Sungguh kuat sahabatku. Sangat komited dengan kerja2 dakwahnya lg. Tidak tolak ke tepi kerja2 Islam. 

Sungguh diri ini tidak mampu jadi seperti mu..

Manisnya perkhabaran hari ini...

Semoga ALLAH merahmati mereka..


" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya. Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu. "
Surah Maryam : 96-98


Yang lain2 bila lg?


zaman xmatured

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    5 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    5 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    2 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com