~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Halatuju Masa Depan melalui Ilmu Fizik

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, May 4, 2010 ADD COMMENTS

Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana diberi kesempatan berada di halaman ini.syukur juga kerana saya akhirnya selesai menduduki peperiksaan akhir tahun 3 semester ke-2,5 subjek diakhiri dengan subjek fizik..

Today is Physic day
Whole day learnt Mr Physic

Sememangnya saya tidak suka pada matapelajaran fizik.tetapi entah mengapa markah subjek ini saya dapat lebih tinggi berbanding subjek minat saya :biologi dan kimia. Semasa saya ditawarkan ke matrikulasi dahulu pun, saya ditawarkan dalam aliran fizik, tapi saya tukar ke biologi. Saya sangka boleh 'melarikan diri' dari subjek fizik. Tapi tidak berjaya dengan percubaan melarikan diri tu. Hakikatnya, walaupun mengambil jurusan sains kimia, terpaksa juga ambil fizik. Walaupun ada yang kata 'physic is simple as life', tapi saya tetap risau, physic gonna ruin my life! begitu sekali teruknya pandangan saya pada Mr Physic!

Namun hari ini, saya merasakan suatu kelainan terhadap persepsi saya pada fizik.satu hari saya cuba berkawan dengan fizik, 'slow talk' hati ke hati, belajar fizik berdasarkan pemerhatian, dan alam sekitar.Ya, tentunya fizik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.
Nampaknya minda dan hati saya sudah mula berbicara,mencapai satu kesepakatan iaitu belajar memahami dunia fizik. Malah bereksperimen dengan sahabat serumah lagi!

Apa itu fizik? Bagaimana fizik berfungsi dalam kehidupan seharian. Fizik merupakan cabang sains dalam kehidupan yang menterjemah tentang fenomena alam dan kehidupan sekeliling.Ia merupakan satu cakupan yang meluas dimana sains fizik berfokus tentang bagaimana alam ini berfungsi, dikuatkan lagi melalui kajian dan eksperimentasi.

Sains fizik membawa kepada manusia untuk memahami bagaimana alam ini bertindak dan meramal bagaimana dunia pada masa hadapan. Ilmu fizik ini juga membawa pembuktian kepada kita mengenai disiplin kehidupan yang benar-benar teratur, sebagai contoh bumi yang sentiasa bergerak diatas paksi kewujudan magnet diperut bumi menghasilkan satu medan magnet disekeliling, kejadian pelangi selepas hujan, dan pelbagai lagi. Subhanallah, sangat teraturnya ciptaan Allah tanpa sedikit cacat cela, tanpa sedikit pun percanggahan, pertelagahan diantara mahkluk Allah ni.

Pada hari ini, pemecahan ilmu fizik semakin meluas. Kajian-kajian menyusul dalam proses membuktikan keajaiban alam, juga penciptaan teknologi terkini hasil kemajuan sains fizik menjadikannya nadi kepada kemajuan sesebuah negara. Penyelidikan tentang fenomena gelombang contohnya, membawa kepada kemajuan teknologi perhubungan tanpa wayar, pembinaan bangunan berdasarkan hukum kestabilan, graviti dan sebagainya. Semua ini didorong oleh pemecahan ilmu sains fizik yang banyak memperngaruhi kehidupan manusia.

Begitulah ilmu Allah ini luas. Sebahagian dasar dari ayat Al-Quran menyeru manusia mendalami ilmu mengenai alam ini malah mempelajarinya satu tuntutan ke atas kita.

Buktinya adalah melalui surah Al-A`la ayat 13 yang bermaksud : 

Muliakanlah nama Tuhanmu yang paling tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan,yang memberikan hukum dan memberi bimbingan.

Serta surah Luqman ayat 20 yang bermaksud :

Tidakkah engkau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada 
di langit dan di bumi.







Halatuju Masa Hadapan

Halatuju kehidupan manusia hari ini, untuk kehidupan pada masa hadapan didorong untuk ke arah kemajuan. Hakikat manusia pada hari ini, berlumba-lumba mengejar kemajuan. Kemajuan bidang fizik benar membawa kebaikan dari sudut kemudahan kepada manusia. Malah fizik memandu kemajuan fizikal dalam kehidupan manusia pada masa kini dengan halatuju dan matlamat masing-masing. Tanpa kemajuan bidang fizik, perkembangan teknologi tidak berlaku apatah lagi perkembangan kehidupan manusia.


Keistimewaan sains fizik ini ialah, mampu meramal bagaimana fenomena alam bakal berlaku.Keistimewaan ini menjadi lebih istimewa sekiranya fizik diterapkan dengan unsur-unsur agama Islam yang terkandung didalam al-quran, kerana Islam dan sains adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Pembangunan pada masa hadapan yang berpegang pada sains dan teknologi semata-mata tidak mungkin menjamin ketamadunan yang sebenar.
Ahli saintis barat yang telah memeluk agama Islam pernah berkata, sains membawa mereka kepada Tuhan yang sebenarnya iaitu ALLAH. Sains yang dipandu dengan Al-Quran membawa mereka kepada pembangunan intelek yang sebenar-benarnya kerana mampu membuka mata kepada ciptaan ALLAH yang banyak kerahsiaannya.

Pembagunan tanpa berpegang pada ayat ALLAH lebih banyak membawa kerosakan berbanding kebaikan. Inilah hasil sikap tamak manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka tokoh pemodenan tapi dalam pada masa yang sama mengganggu kestabilan alam sejagat.

Sebagai contoh peringatan dari ALLAH di dalam ayatnya :

“Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan manusia
supaya Allah timpakan ke atas mereka sebahagian akibat dari perbuatan mereka,
semoga mereka kembali ke jalan yang benar “ ( Ar-Rum :41)
 

Kesimpulannya, sains fizik adalah salah satu bidang Ilmu yang wajib kita pelajari.Tidak boleh tidak. Fizik merupakan cabang sains yang telah lama wujud pada Tamadun Islam sebagai satu falsafah yang wujud pada awal mulanya ialah dengan mempersoalkan asal usul tentang sesuatu yang berkaitan dengan alam dan hubungan dengan al-Khaliq. Pemacu perubahan zaman dan ketamadunan melalui ilmu fizik dan Islam mampu membawa kepada tahap keintelektualan dan sahsiah tinggi dalam masyarakat.

Maka, dari kacamata saya sebagai seorang bakal guru, halatuju masa hadapan perlu dipandukan dengan sains dan al-quran. Pendidikan melalui sains sangat berkesan kerana kita mampu membawakan dalil kewujudan al-Khaliq malah sahsiah bisa terbentuk melalui penghayatan sains dan al-quran.Itu pun belum lagi dikira dari sudut sains kimia dan biologi.Hakikat mempelajarinya adalah satu kewajipan. Sifat sains fizik ini adalah keteraturan, peradaban, toleransi dan unik,maka jika alam ini makhluk Allah yang tidak berakal begitu patuh dengan hukum Allah, bersujud dan bertafakur padaNya apatah lagi kita manusia khalifah-Nya di muka bumi ini.





Jom Belajar Fizik dalam kehidupan!


teacher `afifah
end of third year 2nd part

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    5 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    5 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    2 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com