~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Hebat! Tidakkah anda teruja dengannya!

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Sunday, August 29, 2010 ADD COMMENTS


Ayuh!
Mulakan hari anda dengan PAGI!
Mulakan hari ini dengan HEBAT!



Pagi!
Pagi!

Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^

Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H
Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.

Jumaat : Diary kehidupan saya biasanya sama-turun berjuang kata adik junior saya,dan saya sendiri meletakkan dalam diary saya sendiri bahawa hujung minggu all out untuk KELABku yang terchenta! Namun pada hari tersebut saya berjuang dengan dengan diri saya memotivasikan diri sendiri! Juga bertemu dengan orang-orang yang bermotivasi melalui video-video menarik. Maka sedar kembali diriku yang semakin keterlupakan dan kepudaran SEMANGAT menjdai bersemangat semula-kerana diriku begitu berharga!

Sabtu : Terpanggil untuk turun ke seminar usahawan, dan lagi mendengar kata-kata bersemangat, aku HEBAT! Masya Allah,kehebatan kita, kita yang memilih samada utk mahu HEBAT ataupun tidak, dan ALLAH tidak akan menghampakan orang yang berusaha untuk menjadi HEBAT!

Alhamdulillah, itulah kata-kata motivasi untuk saya especially sebelum meneruskan kata-kata seterusnya.
Sempena bulan Ramadhan ini, malah yang paling hampir kini adalah Kemuncak Pemburuan Lailatul Qadar.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sahabat2 saya, ayuh gandakan usaha dan HEBAT kita memburu Lailatul Qadar, dan itulah keHEBATAN yang perlu kita rebutkan selain daripada KEHEBATAN dunia yang ingin kita cari sebagai bekalan akhirat nanti. Siapa kita, bagaimana kita terletak pada usaha gigih kita yang menginginkannya -  Jom mula L1+L2  (^____~)

Ya ALLAH syukur pada Mu kerana sampaikan Ramdhan padaku, sungguh aku malu meminta, tapi pada siapa lagi mahu ku meminta-minta kecuali pada Mu, Ya Allah, sampaikan jua pada ku Lailatul Qadar mu, yang padanya lebih baik dari seribu bulan yang lain.....

Update untuk ahad :

- Siapkan Lesson Plan
- Siapkan lab report Organic
- Siapkan tesis
- Study
- Mencari rezeki yang halal - RM 200 perday


Update untuk Ramadhan :



- Tadarrus, sikit2 lama2 khatam (Doakan saya )  ^_____^ 
- Dhuha
- Solat berjemaah
- Zikir
- Membaca bahan Ilmiah
- Update niat
- Solat awal waktu
- Solat sunat rawatib
- Tarawikh
- Qiamullai
- Positive thinking

itu sahaja ke?....uikss
xpe try the best walaupon hanya sedikit tetapi mesti ISTIQOMAH dan EVERYDAY DO IT 

THE POWER OF TRIAL!

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, August 27, 2010 ADD COMMENTS

video

Hayatilah semoga menjadi satu motivasi untuk diri

Happy Happy Chemistry

Posted by ~PERMATA ISLAM~ ADD COMMENTS

My classmate ever said that :

     "Wednesday is happy happy chemistry class
     Then Thursday is tension-tension chemistry laboratory"

How it can be? Actually both happy happy happy chemistry class and tension tension laboratory are the same chemistry subject : COORDINATION

Wednesday, on early 8 am to 10 am, our lecturer PM Dr Mustaffa Ahmad give us coordination lecture with a very colourfull morning, full of laugh, crazily jokes and other words which point us to A HAPPY HAPPY CHEMISTRY CLASS

However, on thursday we must conduct practical with a little difficult, tension, and so on T____T
Its not so difficult experiment, but the rule gave to us especially finish the log book before enter class, report at the same time and also log book complete for the  undergoing experiment

During these lab also, my partner lab is a chinese student, which listed by lab instructor
She is good and well in chemistry, but some times i get pressure as she always compare our product, procedure with others -hmmmm

     Always remember her word during the first experiment : 
     Why ah, our product crystall doesnt look green as other?
     I replied : Insyaallah, its ok,we did the best and follow all the procedures, then look our sample also green.
     She said again : yes its green but ah, our green not as her green.... 
     Me : ???? - Erk, i think u should know that green have many type of green-hijau pucuk pisang, hijau  batang pisang, hijau pekat, dan hijau bla2....

Huarrghhhh, how i can face her like that always?? I know, why she is like that, she always want everything is perfect.. Never ever do any mistaken and the product produce must always correctly,accurately and precisely. I did't blame her : Human always like that.

And now, we all together untill now three experiment passed ^____^

However, im try my best do the experiment, with better product besides try my best to be patient with her, and be patience with the LOG BOOK and perfect report too! Because we are happy happy chemistry student with happy happy coordination class-Yeahhh

The best!

**********************************************************************************









MUSLIMAH SEJATI

Posted by ~PERMATA ISLAM~ ADD COMMENTS





Wahai puteri lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu Mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Wahai puteri khidmatmu dinanti


Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia


Namun ingat puteri ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pendinding diri dari taghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati


Wahai puteri kau muslimah sejati
Teguhkan iman taqwamu dihati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi
Pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi
Mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi 
Taqdir yang sudah pasti
Pengorbananmu kan disanjungi


Puteri solehah mujahidah ansarullah
Berbekal iman taqwa sabar dan redha
Berilmu beramal
Berkhidmat berjuang
Berkorban agar islam kan gemilang
Bersama puteri Islam takkan sepi
Subur disirami harum mewangi


MUSLIMAH SEJATI
LAGU YANG TIDAK DIKOMERSIALKAN
SUMBER : Kak Husna


*Terima kasih kepada kak husna kerana mengajarkan kami mengalunkan lagu ini ^__________^

Terlepaskan Peluang Demi Peluang

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, August 20, 2010 ADD COMMENTS

Setiap hujung minggu, pastinya ramai ahli kelab
akan lenyap dari pagar-pagar rumah,
bentengan tembok-tembok bait sakinah masing-masing,
yang pastinya bukan mencari tempat berfoya-foya, 
tetapi
masing-masing punya halatuju mengisi dada,hati dan jiwa-jiwa 
sebagai abna` al-harakiyy,
malah tidak kurang juga mereka turun membawa senjata masing-masing,
yang tidak ternampakkan seperti senjata api,
tapi senjata ilmu dan pengalaman melaksanakan tanggungjawab syarie,
mungkin bagi mereka, ini adalah kerja hukumnya jatuh wajib haraki

Aku pula ke mana,

Begitu tuntutan yang perlu dilaksanakan lebih banyak dari masa yang ada
benar kata As-Syahid Hassan Al-Banna pada suatu ketika dulu,
itulah kata-katanya yang kupetik,
Sehingga menuntut kita membuat pilihan yang lebih bijak,
membawa kepada pertimbangan akal,
serta fiqhul Awlawiyyat
Lantas aku memilih jalanku sendiri,
Ya Allah semoga redha Mu sentiasa meringi

Peluang yang terlepas :
Banyak kuterlepaskan peluang yang sukar untuk dicari,
yang tidak dapat diperolehi ditempat lain,
lantaran Allah tidak mentaqdirkan aku ke sana,
Bengkel penulisan contohnya, tidak dapat aku hadiri
kerana tuntutan yang lebih penting memanggil

Namun,
aku yakin Dia tidak akan mensia-siakan kita,
Dia tahu apa yang terbaik bagi kita,
dan Dia pasti menggantikan dengan yang lebih baik kepada kita,
Lantas makna sebuah peluang yang dilepaskan,
demi tuntutan yang lebih Syarie yang membawa kepada,
Cinta kita pada-Nya,
Bagiku tidak sama sekali merugikan
Kerana kita meletakkan segalanya pada Dia
Maka harusnya hujung minggu ini aku ke sana.....
Insyaallah....

Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan yang ku tinggalkan,
buat sementara waktu di kampus ini,
assignmen,study, discussion
Semoga semuanya tidak akan terlepas dengan sia-sia
Ayuh kita turun berjuang!


Antara doa yang boleh diamalakan supaya diberikan keringanan dan kemudahan 

Edisi Ramadhan 2 : Ramadhan menuntut kita berjimat cermat

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, August 19, 2010 ADD COMMENTS

Salam Ramadhan,


Seminggu sudah kita berpuasa, alhamdulillah masih dalam kemampuan yang diberikan oleh Allah - alhamdulillah, betapa Dia mengasihi kita



Didalam kerahmatan Ramadhan ini, dalam tempoh syaitan serta sekutu-sekutu yang sewaktu dengannya, berada dalam tambatan dan belenggu, namun diri kita masih belum terlepas dengan amalan-amalan yang ditinggalkannya.



Semalam semasa di dalam makmal kimia, seperti biasa melakukan eksperimen.
Sebelum memulakan eksperimen, pensyarah saya Mr Syahrizal akan memberikan sedikit penjelasan, peringatan dan pesanan agar markah kami tidak akan ditolak diatas alasan sekiranya berlakunya kemusnahan yang berpunca dari kami ( banyaklah markah kami kena tolak - meja basah dengan air-tolak markah, radas pecah-tolak markah, lab report tidak kemas-tolak markah, datang lambat-tolak markah!! haisyyyy alamat no mark leave for us in synthesis organic! )




Diantara pesanan beliau :
Baiklah pelajar-pelajar saya, saya mengharapkan semua akan menggunakan bahan yang dibekalkan dengan secukupnya, sebagai contoh semasa menggunakan kertas litmus yang dibekalkan, janganlah kamu membazir. Dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita juga dituntut untuk tidak membazir. Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan...


Sejurus habis kata-kata Mr Syahrizal, Zahid terus menyampuk : Sir, bulan Ramadhan syaitan takderrr




Apa yer yang Mr Syah jawab :




~ Ye,syaitan tak ada bulan Ramadhan ni, tapi amalan dia yang ada sebati dalam diri manusia ni memang payah nak disingkirkan, jadi cubalah kita singkirkan dan tinggalkan amalan-amalan syaitan itu, yang akan mengurangkan amalan-amalan kita yang sepatutnya kita dapat lebih, tetapi menjadi kurang kerana kita masih dengan sikap dan amalan yang ditinggalkan oleh syaitan tuuuu....Mcm markah saya la,patut awak dapat banyak, tapi sebab wat xkena dengan yang sepatutnya kena la tolak markah,haha~



Ya benar kata-kata Mr Syah itu, walaupun dia bukan ahli dalam bidang agama, bukan dari seorang yang thiqah, namun dia mampu membawa elemen dakwah dalam pengajarannya! Dan rakan-rakan classmate yang nakal-nakal ini bertambah `beware` dengan Mr Syah ini
( terutama dalam bab menjaga markah! hehe)





Amalan Pembaziran :


Pembaziran , asalnya adalah kata yang dipinjamkan dari bahasa Arab, Bazzira-Yubazziru-Tabziran (Rujuk Kamus Arab). Allah menggambarkan fenomena pembaziran ini didalam ayatnya yang bermaksud : 


"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Di dalam Islam, agama melarang kita umat islam melakukan pembaziran malah didalam ayat diatas Allah menyamakan sifat orang yang suka membazir sebagai saudara dan kroni syaitan.

Bagi memperjelaskan lagi, bahawa Allah Taala tidak menyukai pembaziran,malah juga telah menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. 


Firman-Nya yang bermaksud: 
"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)



Cuba kita renung kembali semasa bulan ramadhan ini, benar kita berpuasa. Menahan lapar dan dahaga..Namun apabila tiba saat berbuka, meja penuh dengan segala jenis makanan. Semua kita rasa nak makan.Pergi bazaar ramadhan tak cukup tangan nak pegang plastik makanan.. 




Apabila tiba saat berbuka, kita tidak mampu untuk makan semua yang kita inginkan ketika disiang hari sewaktu berpuasa. Maka, makanan yang dibeli tadi tidak lain menjadi makanan second hand untuk sahur dan menjadi makanan yang dibiarkan...



Inilah fenomena biasa yang berlaku didalam masyarakat kita pada hari ini. Sepatutnya pada bulan ini yang dinamakan dengan bulan tarbiyyah, kita berusaha membentuk diri kita, selain menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan nafsu daripada berlebih-lebihan, membazir, menahan marah dan sebagainya.Malah lebih lagi mendidik jiwa kita lebih rendah diri, bersederhana dan lebih thiqah didalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dari sudut membeli barang keperluan, penggunaan air dan elektrik turut termasuk dalam aspek pembaziran yang perlu dikawal.

Betapa kita mengharapkan ramadhan memberikan segala jenis rahmat dan barakah..
Namun, barakahnya akan hilang dengan amalan-amalan yang kita anggapkan sebagai sesuatu perkara yang remeh ini. Ibarat mengutip debu dijalanan, ditatang tetapi tetap akan keluar di celah-celah jari jemari kita, ataupun disambar angin menjadi debu-debu yang beterbangan....Sayangnya






~Salam Tahajjud, Rabitah Muallim
Tg Malim 19 Ogos 2010~

Edisi Ramadhan 1 :RAMADHAN BULAN RAHMAT

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, August 16, 2010 ADD COMMENTS

BismillahirrahmanirRahim,

Segala puji bagi Allah yang Maha Agung
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang memiliki seluruh alam semesta ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat teman-teman seperjuangan dimedan penulisan ini,
juga teman-teman seperjuangan di dunia realiti,
yang senantiasa memberikan sokongan 
untuk terus thabat dalam perjuangan 

Alhamdulillah segala puji bagi Nya
yang mengizinkan kita merasai nikmat Ramadhan 
setelah 6 hari kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini
Ketenangan dan segarnya udara Ramadhan tidak ada tandingnya
walaupun dalam keadaan berpuasa
menahan lapar dan dahaga,
menahan nafsu yang sentiasa bergelora

Ya Allah, ku tadahkan tangan ini padamu,
memohon keampunan diatas dosa-dosa dan sebarang kemurkaan
yang telah diri ini lakukan,
semoga dengan hadirnya ramadhan ini yang penuh dengan 
kerahmatan, maghfirah dan keampunan Mu ,
seluruh dosa-dosa itu kan luruh dan gugur ibarat debu-debu berterbangan
biarkanlah ia berlalu,pergi dan pergi jauh
terkubur dan terbelenggu seperti mana dengan kuasa Mu,
membelenggu seluruh keturunan syaitan dan iblis laknatullah
Ya Allah, perkenankan doa hambamu yang hina ini,

Ya Allah, aku berterima kasih pada Mu,
kerana sampaikan aku pada hari ini
merasai nikmatnya bulan mulia ini,
bulan tarbiyyah diri
sungguh aku ingin merasai tarbiyyah ini
meresapi ke segenap sendi andai di cari dengan seikhlas hati
sampaikanlah aku kepada ramadhan keseluruhannya,
yang penuh rahmatmu pada awalnya, maghfirahmu pada pertengahannya
dan pembebasan dari api neraka pada akhirnya

Ya Allah, aku insan yang kerdil,
layakkah aku memohon pada Mu supaya
memandang padaku, dan perkenankan doaku
Ya Rahman Ya Rahim,
Pekenankan permintaan ku ini

Ramadhan,
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini
benar-benar memberi makna





Mestikah Pasang Pintu Cermin??

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, August 9, 2010 ADD COMMENTS

Jika saya memiliki rumah pada masa akan datang, saya takkan pasang pintu dengan pintu cermin

Jika saya mempunyai bangunan sendiri, saya juga tidak akan memasangnya dengan cermin yang tidak berwarna - mungkin saya akan pasang dengan warna hitam ataupun colourful

Tapi kalau naik kereta mesti la kene pakai CERMIN
dan CERMIN MATA
Tetapi tidak bagi PINTU CERMIN!

Pagi-pagi lagi pintu cermin buat hal dengan saya

Setiap pagi Rabu terutamanya
kerana kelas Kimia Koordinatan di Bangunan E-Learning dimana
pintu utama dan tempat parking adalah 
PINTU CERMIN!

Namun, di sebalik berhati-hati dengan Bangunan E-Learning,
Hari ini saya terperangkap dengan pintu cermin di 
Makmal Kimia

Sungguhhhh.....
Pagi itu saya tidak menduga
Berlari-lari anak menuju ke makmal kimia 2 ( sbb kejar masa),
Masuk ke pintu utama, masih selamat 
dan sikitttt lagi mahu sampai ke pintu makmal

DUuSHHhhhhh

Muka, pipi, cermin mata, bahu kiri dan badan ku
Telah melanggar PINTU CERMIN disitu
Ya Allah, punya lah sakit terutama hidung yang mancung iniiii
nasib baik cermin mataku berbingkai
kalau tidak mahunya pecah free

Lagi malunya, classmate saya,si fahmi
ternampak langsung gelak2

Sakit nya terbawa-bawa ke dalam kelas,
sengal rasa nak bengkak pipi saya
marah dan nak ketawa
dan terbahak2 jugaaa

Lalu, perlukah pasang pintu cermin?
adakah kerana dia murah?
senang nak pasang?
atau senang nak ganti
sbb senang nak rosak

Astaghfirullahalazimmm,
mesti disebalik kejadian ni
adalah kaffarah dosa kita

Benda yang kita nampak tiada
sebenarnya ada
kita yang tidak menyedari kewujudannya

Jom kita Befikir2......




Hari ini 9 Ogos 2010 genaplah 62 tahun peristiwa berdarah pengeboman bandar Nagasaki Jepun ( 9 Ogos 1945 ) dan 6 Ogos 1945 di Hiroshima Jepun oleh Amerika Syarikat.


KEJAYAAN penyelidikan The Manhattan Project di Los Alamos Amerika Syarikat selama 3 tahun sebelum itu menjadi KEMUSNAHAN dan KEHANCURAN yang memilukan kepada empayar Jepun yang tidak akan sama sekali dilupakan oleh rakyat jepun khususnya. Peristiwa ini membawa kepada kekalahan Jepun yang galak menguasai Perang Dunia buat seketika pada masa tersebut.


Misi serangan nuklear ini bertujuan untuk memusnahkan Empayar Jepun sewaktu era Perang Dunia ke 2. 
Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.
Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom.


Sejarah hitam Hiroshima - KUBAH BOM ATOM


Hasil daripada pengeboman ini, lebih 70 000 rakyat Jepun tempatan terkorban serta merta akibat pengeboman manakala selebihnya yang hidup pada masa tersebut juga terkorban hasil daripada kesan penyinaran bahan nuklear bom atom, penyakit yang menyusul dan akibat kekurangan sumber ubat-ubatan . Bagi yang terselamat daripada terkorban, mereka mengalami trauma kecacatan seumur hidup akibat penyebaran radioaktif sinaran uranium tinggi yang terkandung di dalam senjata nuklear tersebut. 
Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.


6 Ogos -  Adalah hari ulang tahun kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang. Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.


Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Jepun pada era tersebut turut mengalami peristiwa memilukan itu, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun. 




Berikut adalah petikan cerita beliau ( Akhbar Berita Minggu, 7 Ogos 2005 )


“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.

“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.

Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.

Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.

“Zalim...saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.

Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.

Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.

Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.

“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.

Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.

Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.

Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.

Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”

Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.

Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.

Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.

“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.

“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.

Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.

Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.

Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.

Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.

“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.

“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.

Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.

Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.

Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.

Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.

Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.

Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.



Abdul Razak Abdul Hamid semasa belajar di Universiti Hiroshima

Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.

Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.

Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.

Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.

“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.





Sumber : Arkib Berita Minggu, 7 Ogos 2005

Kanak-Kanak 16 Tahun dibenarkan berkahwin: Relevankah Cadangan ini

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, August 6, 2010 ADD COMMENTS

Kanak-kanak fitrahnya adalah bermain, bersukaria, berseronok dan pelbagai lagi boleh diberikan gelaran terhadap mereka. Zaman kanak-kanak masa kini, tidaklah seperti zaman kanak-kanak seperti Siti Aishah Abu Bakar isteri Rasulullah dan Siti Fatimah puteri Rasulullah. Zaman kanak-kanak mereka penuh kematangan, walaupun diusia setahun jagung, disamping fizikal mereka yang dewasa.. Pendapat saya mengatakan, tidak sesuai kita menyamakan zaman kanak-kanak pada masa kini dengan zaman kanak mereka..




Perkahwinan?

Satu fasa perkongsian diantara dua individu berlainan jantina, melayari alam rumahtangga dengan ijab dan qabul dengan wali sah. 5 imam agung menafsirkan pelbagai maksud mengenai munakahat ini, dalam kitab fiqh munakahat.

Perkahwinan di usia muda, bersediakah mereka? Saya amat pasti bahawa mereka sebenarnya belum jelas dengan erti perkahwinan tersebut apatah lagi dalam melayari bahtera perkahwinan yang diibaratkan sebagai kontrak hidup yang berpanjangan, bukan untuk tempoh masa seminggu, sebulan ataupun setahun, tetapi sehingga akhir hayat.

Lantaran itu, ingin saya persoalkan kembali kepada sesiapa yang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran dan keizinan kepada kanak-kanak dibawah umur untuk berkahwin demi mengelakkan berlakunya zina yang berpanjangan. Tidak cukup dengan sekolah untuk pelajar hamil, timbul lagi cadangan yang pada tanggapan saya cadangan yang tidak matang.

Saya juga pernah melalui zaman remaja seusia mereka,zaman kanak-kanak ribena. Juga merasai peri pelaku remaja yang tengah naik dengan `galoknya` orang kelantan kata. Bukan saya ingin membuka keburukan zaman remaja diatas maksud `galok` itu, namun itulah fitrah zaman remaja dimana fasa perubahan zaman kanak-kanak hingga remaja, dan remaja pasti teruja pada tempoh masa tersebut... Hakikat yang saya ingin bawa ialah, pada tempoh itu, mereka sebenarnya masih belum matang dalam membuat keputusan, melaksanakan sesuatu berdasarkan keinginan hati dan keseronokan semata2. Mereka membuat keputusan yang tidak melihat kepada kepentingan dan keburukan pada masa akan datang, sebaliknya melihat kebahagiaan di depan mata yang belum pasti benar dan berkekalan. Saya berbicara di atas apa yang saya lalui dan bukannya sesedap menambah perisa didalam masakkan..

Berkahwinlah dengan matlamat yang jelas,

Pada saat ini sebenarnya saya cukup risau untuk berbicara mengenai soal berkahwin lah! Kerana si penuli ini belum lagi memasuki fasa perkahwinan ini. Cukuplah untuk menjelaskan apa yang sewajarnya berlaku...
Membenarkan remaja dibawah umur berkahwin.Apakah sudah jelas matlamat perkahwinan itu? Apakah semata2 mata kerana ingin mengelakkan berlakunya zina? Sungguh tidak! dan saya malu untuk perkatakan, itu adalah perkahwinan untuk memuaskan nafsu semata2! Nauzubillah.

Andai itu lah matlamatnya, sedia saya menjangkakan, semakin bertambahnya fenomena zina, anak luar nikah, anak tong sampah dan sebagainya. Pernahkah terjadi suami orang berzina dengan isteri orang? Isteri hamil anak lelaki lain? Sudah tentu pernah, dan data yang jelas dari pejabat agama membuktikannya. Kerana apa ya, kerana perkahwinan yang tidak berlandaskan matlmat yang jelas, tidak di bajai dengan iman, tidak disirami dengan sakinah, dan tidak dimulai dengan persediaan yang sewajarnya di sediakan untuk sebuah bahtera pelayaran. Hasil dari ketidaksediaan itu, maka rumah tangga huru hara, suami pukul isteri,isteri curang dengan suami, menggugurkan anak dan sebagainya..

Saudara saudari yang DiRahmati Allah..

Seharusnya, untuk menyekat pergaulan bebas, dan mencegah remaja2 hilang arah adalah bermula daripada dalam diri..Marilah kita semua kembali kepada fitrah beragama yang sebenar-benarnya.Meng Esa kan Allah, tunduk dan patuh kepada perintah-Nya, melaksanakan apa yang disuruhnya, melaksanakan pemerintahan seperti yang dituntut, barulah penyelesaian kepada permasalahan yang melanda ini akan terbendung. Hakikatnya, kembali kepada Islam, insyaallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.


~~dikesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat saya yang telah selamat mendirikan rumah tangga mereka, walaupun terlewat untuk dipaparkan di sini~


Kak Ira dan Cikgu Rijal

Kak adah dan suami

Kak ateh dan suami

Kak laila dan suami

Kak sikim dan suami

Kak adib dan suami

Meor dan isteri

Iniy dan suami

azra dan suami

dan sesiapa sahaja follower saya yang melayari bahtera rumah tangga
walaupun sudah dapat baby

Barakallahulakum

Doakan saye ^_______^



Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    5 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    5 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    2 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com