~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Setahun Sudah.

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, March 31, 2011 ADD COMMENTS

Alhamdulillah...Sedar tak sedar, setahun sudah blog Permata Islam pada 27 Mac 2011...
Dengan sedikit kudrat, kemampuan, kesempatan dan keizinan Allah blog ini mampu bertahan walaupun penulisnya masih peringkat amatur, tidak humor, dan tak ramai yang membaca... :)
Apa pun, terima kasih kepada pembaca yang sudi follow, baca, komen dan sebagainya... Sekiranya ada pembetulan, fakta salah, tatabahasa salah, silalah tegur.. Insyallah jadi pengajaran buat semua..
Bak kata kawan saya, hanya orang yang jatuh kenal erti bangkit. Balajar melalui kesilapan.

Lastly, all the best next time!

Kelantan The Best! L.I.K.E

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, March 24, 2011 ADD COMMENTS

SPM: Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun
Oleh RAHANA MOHD DAHARI
Utusan Online

KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. - Utusan
Lagi Berita Hebat!
Sumber : Harakah

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.
“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.
Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.
“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.
“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.
“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-). Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh. 
 
KOMEN SAYA :
KELANTAN SENTIASA TERBAIK DALAM SPM, WALAUPUN DINAFIKAN HAKNYA OLEH KERAJAAN PUSAT. 
Bangga Anak Kelantan!


SABARLAH WAHAI HATI

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, March 22, 2011 ADD COMMENTS

Sejak akhir-akhir ini, saya merasakan diri sering teruji dengan pelbagai mehnah, masalah dan kerenah. Kerenah teman-teman sekerja, fitnah, ketidakpuasan hati orang terhadap kita, masalah pengurusan hidup, kewangan, masalah hati, masalah..masalah..dan masalah.....Sehingga timbul keluhan, kepenatan, ketidak mampuan bahkan lebih lagi merasakan, kenapa aku diuji? Ya Allah...ampunilah aku. Sesungguhnya ujian-Mu adalah tarbiyyah, tanda kecintaan pada kita.

Bentuk ujian yang kita hadapi sebenarnya jika dibandingkan dengan ujian yang Allah berikan kepada Rasulullah, para sahabat, ulama' adalah sangat sedikit. Kita hanya diuji dengan masalah peribadi, masalah persekitaran, masalah pergaulan bersama teman-teman, masalah sistem@prosedur dan sebagainya. Malah adakalanya masalah yang tidak sepatutnya kita jadikan sebagai masalah kita letakkan sebagai masalah.

Sedangkan mereka (para Nabi dan sahabat nabi) telah diuji dengan mehnah pendakwah yang hebat, ditentang terang-terangan, diperangi dengan perang dan tombak. Bukan hanya kesakitan hati yang ditelan, tetapi juga fizikal turut dirobek sehingga ke liang lahad demi menegakkan ISLAM di muka bumi ini.

Fatimah RA meriwayatkan bahawa nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, setelah itu orang-orang sesudah mereka. (Riwayat al-Nasaa’ie)
Teringat pesan bonda, ustaz dan teman-teman, supaya bersabar dalam pelbagai ujian. Setiap kesabaran itu adalah nikmat, hikmah dan pahalanya yang besar.Kerana kehidupan adalah ujian. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup telah ditentukan Allah percaturannya.

      Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 1-2 yang bermaksud:
 Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia dapat menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun.
Allah Azza wa Jalla menjadikan kita untuk menguji kita dengan persoalan-persoalan yang kadangkala tiada jawapannya di dunia ini melainkan ketundukan dan penyerahan yang mutlak kepadaNya semata-mata. Oleh itu, kita semua akan diuji oleh Allah SWT, sekiranya ingin tergolong dalam kalangan orang-orang yang benar dan beribadah.

FirmanNya dalam surah al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud:
Alif Lam Miim. Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 
Kesabaran diperlukan dalam dua perkara iaitu sabar atas kesusahan musibah dan sabar atas pemberian nikmat. Kerana kedua-duanya juga adalah ujian daripada Allah sebagaimana disebutkan dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 35. Sabar atas kesenangan atau nikmat ialah dengan rasa syukur, memuji Allah dan mengagungkanNya. Manakala sabar ke atas bala’ yang menimpa ialah dengan ketenangan, penerimaan dan penyerahan yang pasrah kepada Allah. Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa nabi SAW bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis di satu kubur, lalu nabi berkata kepadanya yang bermaksud:
 
 Wahai wanita, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Wanita itu terus menjawab:     Jauhkan dirimu daripadaku, sesungguhnya engkau tidak mendapat musibah seperti aku. Wanita itu tidak mengenali nabi SAW. Diberitahu kepadanya bahawa dia adalah nabi SAW, lantas wanita itu mendapatkan nabi di rumahnya, dia mendapati bahawa tiada seorang pengawal pun di rumah nabi SAW, lalu berkata kepada nabi: Aku tadi tidak mengenalimu. Jawab nabi SAW: Sesungguhnya sabar itu ialah ketika musibah itu menimpamu. (Riwayat al-Bukhari)
 
Kita perlu jadikan seluruh kehidupan kita (yang merupakan ujian tadi) sebagai ibadah. Belajar sama ada asignment yang perlu disiapkan, berforum, pembentangan dan latihan mengajar sebagai ibadah,  berkeluarga sebagai ibadah, bermasyarakat sebagai ibadah dan bernegara juga sebagai ibadah. Kerana objektif penciptaan manusia dan jin adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam surah al-Dzariyat ayat 56. Hakikat ibadah ialah berjaya dalam ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. 
 
Allah juga mendedahkan sunnatullah ujian ini dalam penciptaan manusia menerusi firmanNya dalam surah al-Insan ayat 2 yang bermaksud:
Sesungguhnya kami jadikan manusia dari setitis mani yang bercampur, Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), (kerana itu) Kami jadikan dia mendengar dan melihat. 
Oleh itu, Allah menjadikan kita mampu mendengar dan melihat supaya kita berupaya menghadapi ujian daripada Allah SWT. Allah Azza wa Jalla akan menguji setiap makhluk yang hidup dengan segala bentuk kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, kepedihan dan seumpamanya termasuklah kematian. Oleh itu, jangan sekali-kali kita menyangka bahawa ujian Allah SWT terhadap kita sebagai tanda kemarahan Allah. 
 
Diriwayatkan bahawa ‘Ubadah bin al-Somit berkata kepada anaknya:
Kamu tidak akan merasai hakikat keimanan sehinggalah kamu mengetahui bahawa setiap apa yang menimpa kamu bukan untuk menyalahkan kamu dan setiap kesilapan kamu bukan untuk menimpakan musibah kepada kamu. (Riwayat Abu Daud).
Maka, ujian merupakan sunnatullah terhadap makhluknya. Cuma manusia sahaja yang refleks dengan pelbagai bentuk, ada yang bersabar dan ada yang sebaliknya. Di manakah kita sewaktu membaca firman Allah dalam surah al-Fajr ayat 15 bermaksud:
 
Adapun manusia jika Allah SWT mengujinya, lalu dimuliakannya dan diberi kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Allah mengujinya (dengan bentuk yang lain), dihadkan kadar rezekinya, maka dia berkata: Tuhanku telah menghinaku

Mungkin kita boleh mengambil pedoman daripada Umar bin al-Khattab RA. Dalam satu athar diriwayatkan bahawa Umar berkata: Setiap kali aku ditimpa musibah, aku berfikir empat perkara, dengan demikian jiwaku akan merasa tenang, iaitu: 
 
Pertama: aku berfikir siapakah yang memberikan aku musibah ini? Dia adalah Allah. Maka dengan segera jiwaku menjadi tenang.
Kedua: aku berfikir bahawa Allah mampu menimpakan kepadaku musibah yang lebih besar daripada yang kuhadapi, dan Allah hanya memberikanku setakat ini sahaja, lantas aku memuji Allah atas musibah yang sedikit ini.
Ketiga: aku selalu ingat sabda Rasulullah bermaksud:
Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa. (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim)
Keempat: aku berfikir bahawa musibah yang terjadi adalah di dunia dan bukannya di akhirat.
Mereka yang bersabar dalam menghadapi ujian akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.  Allah menjanjikan kepada orang yang bersabar tiga perkara:
 
Pertama: Mendapat Ma’iyyatullah.
Renungi bersama jawapan nabi Musa kepada pengikutnya menerusi firman Allah dalam surah al-Syu’araa’ ayat 62 yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
Begitu juga perkataan nabi SAW ketika berada dalam gua sewaktu hijrah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Taubah ayat 40 bermaksud:
Ketika dia berkata kepada temannya: janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.
Seterusnya dengan sighah yang hampir sama, Allah Azza wa Jalla berjanji kepada orang-orang yang sabar melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
 
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Kedua: Mendapat berita gembira.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
Dan sungguh Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun’, mereka itulah orang yang mendapat (keampunan) dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ketiga: Mendapat ganjaran tanpa had.
Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
 
 Persoalan yang timbul sekarang adalah mengamalkan sabar. Teorinya memang kita sedia maklum, cuma bagaimanakah praktikalnya. 
Belajarlah untuk sabar. Tidak rugi anda sabar. Untung lagi adalah. 
 
Artikel ini ditulis ketika hati sedang mencari inspirasi kesabaran, mencari ilmu dan rational kesabaran. Semoga hati saya beroleh petunjuk.
Isi dipetik dari blog Ustaz Anhar Opir : 
http://hjanhar.blogspot.com/2011/03/bersabar-untuk-sabar.html?showComment=1300791754388#c5216110463312367689




12.01 pm      Wakil-wakil daripada pertubuhan mahasiswa di peringkat nasional mula berkumpul memberikan sokongan. Antara yang hadir adalah Saudara Hilman Idham daripada Kumpulan Anak Muda Independent (KAMI), Saudara Ahmad Syukri B. Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Ahmad Syazwan Hassan, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS ), penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa daripada kampus Universiti Malaya (UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Lebih 150 mahasiswa berkumpul di hadapan pintu masuk ke bangunan tersebut.
                    
                   Wakil-wakil daripada pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang hadir memberikan ucapan menyokong tindakan mahasiswa UPM agar terus mendesak TNC HEP tampil memberikan penjelasan.

2.00 pm        Sidang media bagi menjelaskan sebab himpunan tersebut dibuat di lokasi tersebut.

3.00 pm      Mahasiswa terus mendesak agar TNC HEP meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaiknya di samping cuba melakukan penipuan dalam isu berkenaan.
                    Setelah hamper 18 jam berkumpul di hadapan bangunan berkenan, mahasiswa memberikan amaran terakhir agar TNC HEP tampil dalam masa 20 saat.
                    Akhirnya, mahasiswa merempuh pegewai keselamatan yang menjadi banteng hadapan pintu kaca tersebut. Penentangan yang kuat daripada pegewai keselamatan yang bertindak seperti pengawal peribadi TNC HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menyebabkan pintu kaca tersebut pecah dan berlaku kecederaan beberapa orang pegawai keselamatan termasuk mahasiswa yang terlibat.
                     Mereka yang tercedera segera dihantar untuk menerima rawatan.

3.30 pm       Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menghantar wakil bagi mententeramkan keadaan. Beliau masih enggan turun untuk bertemu dengan mahasiswa.

4.00 pm       Akibat rempuhan dan peristiwa berdarah yang telah berlaku, perkarangan bangunan pentadbiran UPM mula dikerumuni oleh staf-staf UPM dan mahasiswa-mahasiwa UPM.

4.15 pm        Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, TNC UPM masih berdegil tidak mahu bertemu dengan semua mahasiswa yang berkumpul. Beliau meminta 5 orang wakil daripada Pro-Mahasiswa UPM untuk berbincang dengannya di pejabat beliau.

5.00 pm       Delegasi yang bertemu dengan TNC HEP turun. Prof Mohd Fauzi Ramlan bersetuju untuk menarik balik bantahan tersebut. Namun, beliau masih enggan tampil untuk memberikan penjelasan pada hari tersebut.

5.30 pm       Wakil daripada Pro-Mahasiswa UPM tampil memberikan ucapan. Mereka bersetuju untuk beredar daripada kawasan tersebut pada ketika itu. Namun, Pro-Mahasiswa UPM berjanji akan terus mendesak TNC UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan untuk meletakkan jawatan kerana beliau tidak bertindak dengan sebaiknya dalam mendepani masalah mahasiswa UPM.

5.45 pm        Semua peserta himpunan bersurai secara aman.

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    12 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    12 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    9 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com