~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Cerita Afifah Setelah Lama Menghilang...

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, October 17, 2011 ADD COMMENTS

Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan semesta alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W. beserta kaum kerabatnya, sahabatnya, dan orang yang mengikuti sunnahnya sehingga hari kebangkitan.

Inilah kisah saya, seorang yang biasa-biasa tetapi ingin menjadi luar biasa dan bagaiana saya bermula untuk menjadi luar biasa.
Tanggal 25 Januari 1988 lahirnya seorang bayi perempuan di Kampung Aur China Pasir Mas, Kelantan. Bayi tersebut merupakan anak kedua kepada pasangan suami isteri Puan Noor Aini Yaacob dan Encik Abdul Kodi Awang. Mereka lantas menamakan bayi tersebut dengan nama Afifah yang bermaksud “wanita yang suci murni, berbudi bahasa, punya harga diri dan bermartabat tinggi”. Saya membesar dibawah kasih sayang ibu dan ayah di daerah Pasir Mas bersama-sama 10 adik beradik saya yang lain. Ketika kelahiran saya, ibu mengatakan saya adalah antara bayi yang paling mudah dilahirkan dalam kalangan 10 anak beliau tanpa rasa sedikit pun kesakitan. Namun, selepas kelahiran, saya adalah bayi yang terlalu banyak diuji dengan kesakitan, dugaan dan sebagainya sehingga ia juga turut menguji kesabaran kedua-dua ibu bapa saya. Selain dari ibu dan ayah saya, seorang lagi individu yang saya tidak pernah lupa kerana menjaga saya seperti anak sendiri adalah ibu saudara saya yang saya panggil Che’ Nah.
Pada umur 5 tahun, saya mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Maahad Tahfiz Slow Machang, Pasir Mas bersama-sama abang saya Ahmad Taqiyyuddin yang ketika itu berumur 6 tahun. Saya lupa, bagaimana saya bermula untuk disekolahkan bersama abang saya.Yang pastinya, pada ketika kanak-kanak saya, kami memang sangat rapat dan tidak boleh berpisah pun. Sehingga abang saya ke sekolah rendah, kami mula berpisah dan saya masih di Pasti. Saya masih ingat lagi, ketika pulang dari Pasti ibu saya atau emak saudara saya menjemput saya dari sekolah dengan menaiki basikal. Betul.Saya masih ingat lagi.
Kemudian, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak. Ketika di sekolah rendah, saya ini adalah orang yang sentiasa dibuli. Saya tidak mampu untuk membalas perangai jahat kanak-kanak lain. Atas sebab inilah, ia mendorong saya untuk jadi pelajar yang cemerlang dan balas dendam dengan mendapat hadiah setiap bulan, dipanggil naik ke pentas menyebabkan orang lain semakin kurang membuli saya. Disamping ibu dan ayah saya sentiasa memberikan motivasi supaya belajar bersungguh-sungguh, rupanya memang persekitaran juga menyebabkan saya ingin jadi pelajar cemerlang. Disinilah bermulanya impian saya untuk menjadi seorang yang kaya raya, luar biasa supaya orang yang sentiasa memandang rendah dengan fizikal saya yang kecil, rupanya kecil-kecil cili padi. Jangan cabar saya!
Setelah habis sekolah rendah, saya dan geng pernah bersepakat untuk ke sekolah cemerlang bersama-sama, belajar bersama-sama dan memang kami ditawarkan ke sekolah tersebut. Namun, impian saya terkubur kerana ibu bapa saya tidak membenarkan saya bersekolah di sekolah tersebut. Mereka tetap mahu saya bersekolah di Sekolah Menengah (U) Arabiah Pasir Mas. Maka dengan hati yang tidak rela dan terpaksa saya ikut sahaja kemahuan mereka. Pada saat itu saya masih seorang budak hingusan. Tidak mengerti erti hikmah disebalik kejadian dan peristiwa. Setelah setahun di Arabiah Pasir Mas, saya bertukar ke sekolah Yaakubiah Nipah bersama abang saya untuk meneruskan tingkatan 2 dan 3 di situ. Pada masa itu, rakan-rakan menyangka kami kembar kerana berada di tingkatan yang sama. Setelah tamat PMR di Yaakubiah, saya bertukar ke Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan abang saya kembali ke Arabiah Pasir Mas untuk menyambung tingkatan 4 dan 5. Alhamdulillah selepas SPM saya memohon ke matrikulasi dan Alhamdulillah saya ditawarkan ke Matrikulasi Pulau Pinang. Setahun di sana, saya kemudian ditawarkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pendidikan Sains Kimia. Inilah sedikit sebanyak latar belakang pendidikan saya.
Impian saya.
Sejak kecil lagi saya telah memasang impian yang besar. Bagaimana saya mampu membina imaginasi yang besar? Pertama adalah kerana sikap saya semenjak kecil, bila melihat sesuatu yang hebat dan luar biasa, saya mahukan benda tersebut. Jika tidak dapat, saya akan menangis dan tidak akan berhenti sehingga saya dapatkannya. Kedua, ketika bersekolah rendah, saya adalah dalam kategori pelajar yang minat membaca, suka ke perpustakaan. Saya bukan membaca buku rujukan belajar pun, tapi suka pada bahan bacaan luar, yang memaparkan tentang cita-cita, apa yang perlu anda jadi apabila besar nanti. Dalam pada itu, saya tidak sedar, ada sesuatu yang tersembunyi dalam diri saya yang saya tidak garap dan gilapkan. Apakah itu? Minat mencari wang saku tambahan. Ketika bersekolah darjah 3  saya pernah mendapat idea untuk melukis (lukisan kanak-kanak je) dan jualkan kepada kawan dengan harga sepuluh sen. Namun, tidak laku satu pun. Memang lah, lukisan pun buruk, tidak ada seni siapa nak beli. Maka, saya tukarkan kepada menjual benda lain. (Ketika sekolah rendah, budak-budak memang suka main jual-jual barang). Ketika darjah 6, saya sedikit serius untuk menambah wang saku. Saya lontarkan idea kepada ibu saya, lantas tanpa bantahan dia suruh saya jualkan kuih donut yang jiran saya buat. Setiap hari saya bawa dounut dan jualkan. Namun kadang-kadang, ada yang tidak bayar pun dan saya halalkan saja. Lama kelamaan saya di marah oleh pengusaha kantin kerana menjual kuih. Bagi saya, mereka sebenarnya tidak pernah rugi pun kalau saya yang jual kuih. Mereka sudah ada tender kantin. Tapi, selepas itu, ibu saya juga tidak benarkan saya menjual kuih kerana tidak dapat untung sangat, rugi adalah. Pada masa itu, saya tidak memahami erti untung dan rugi. Yang saya tahu adalah keseronokan berjual beli terutama bila dapat duit orang bayar. Pada musim cuti sekolah, saya membantu emak saudara saya berniaga. Perasaan yang sama saya rasa adalah seronok apabila pelanggan datang membeli dan membayar.
Ketika tingkatan 4 di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), saya tinggal bersama atok, nenek, emak saudara dan abang saya di Pasir Mas dan berulang Pasir Mas ke Kota Bharu setiap hari. Saya hanya sempat bertahan di asrama untuk tempoh sebulan sahaja. Setiap minggu, ibu saya tinggalkan wang saku yang cukup-cukup untuk kegunaan saya. Saya merasakan ianya tidak cukup! Jika saya minta lebih, mereka mahu saya tinggal di asrama. Berulang Pasir Mas ke Kota Bharu memang belanja tinggi. Kadang-kadang saya terpaksa meminjam dengan kawan-kawan. Oleh itu, saya sudah tidak ada pilihan lain, kecuali berniaga kecil-kecilan di sekolah untuk wang saku lebih. Modalnya saya ingat lagi pada masa itu, sekitar tahun 2004, harga maruku sebungkus besar adalah RM 5.50. Kalau tidak maruku, saya beli ubi kayu pedas. Setiap petang balik dari sekolah saya singgah beli maruku dan ubi. Pada malamnya pula, kerja saya adalah membungkus ubi kayu. Pada tengah malam pula barulah saya buka buku dan study. Adakala saya tidak study pun. Jual kerepek macam ini, laku juga semasa di sekolah. Ramai kawan-kawan beli. Tapi, promosi pada permulaan ialah kena tebalkan muka, menjaja kelas ke kelas. Alhamdulillah dapat untung atas sebungkus kerepek RM2. Bagi saya sudah puas hati untuk setiap hari. Operasi saya ini terbantut menjelang peperiksaan, kerana kami perlu belajar dan hafal banyak subjek.
Seterusnya, saya membawa minat saya ini ke mana saja saya pergi. Ketika saya berada di matrikulasi, saya berniaga dengan lebih serius. Saya bawa keropok dan kain tudung bawal dari Kota Bharu ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Ketika ada gerai jualan, saya menyertainya. Dari sudut pelajaran, saya bukan pelajar cemerlang, tetapi Alhamdulillah saya masih lagi tahu tanggungjawab saya adalah belajar, manakala berniaga adalah sambilan sahaja.
Di UPSI pula, saya merupakan pelajar yang minat berpesatuan. Pelbagai program saya sertai dan kebanyakannya saya diletakkan dibawah biro usahawan/ekonomi. Lantas, saya sepenuhnya menggunakan minat yang ada untuk melakukan gerak kerja. Antaranya mereka bentuk calendar semester dan menjual kepada pelajar-pelajar UPSI. Untuk tempoh satu malam sahaja, saya Berjaya menjual calendar tersebut tidak kurang daripada 50 keping, dimana saya menjaja dari sekelompok pelajar kepada pelajar yang lain. Sehingga suatu saat, saya merasakan perlu bermula untuk menubuhkan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Perniagaan pertama yang saya ingat adalah menjual nasi lemak. Saya tempah nasi tersebut daripada seorang mak cik yang menawarkan untuk membekalkan nasi lemak tersebut di mana beliau juga memerlukan bantuan kewangan keluarga. Hari pertama, saya menjaja nasi lemak dari rumah ke rumah di Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR,UPSI). Hari seterusnya saya meletakkan nasi lemak didalam bekas dan meletakkan di tepi pintu lif, dan Alhamdulillah nasi lemak saya habis terjual dan duit jualan juga Alhamdulillah cukup didalam bekas duit. Lama kelamaan, ramai sambutan dan wujudnya persaingan penjual nasi lemak di KHAR, dan wujudnya jualan makanan lain di tepi lif tersebut seperti sosej dan roti. Disebabkan muncul peniaga baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, AJK Kolej mendapat laporan dan mengharamkan pelajar berniaga. Maka, perniagaan saya terpaksa dihentikan. Perniagaan seterusnya yang saya buat adalah menjual kain tudung. Modal yang telah saya keluarkan adalah sekitar 1 ribu ringgit dimana separuhnya adalah wang sendiri dan separuhnya adalah modal yang disumbangkan oleh emak saudara saya yang sememangnya berniaga tudung serta menggalakkan saya berniaga. Bagi saya, itu adalah modal yang paling besar pernah saya keluarkan. Namun, sebagai peniaga kecil-kecilan di kolej, kita tidak mampu bersaing dengan peniaga-peniaga yang memang khususnya berniaga kain tudung, menyebabkan saya tudak mampu memenuhi citarasa pelajar. Apatah lagi fesyen kain tudung bergerak pantas seiring dengan masa. Saya telah mengalami kerugian dan tidak dapat semula modal yang telah saya keluarkan, menyebabkan saya kecewa. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba perniagaan lain. Pelbagai jenis perniagaan lain telah saya cuba,iaitu menjual biskut raya dan sebagainya. Namun, saya masih mencari-cari, apakah pernigaan yang sesuai untuk diri saya dan mendatangkan pulangan sesuai dengan usaha dan komitmen yang saya laburkan.

Kisah Cinta Bersama Score A,
Kisah cinta saya kepada SCOREA Program bermula kerana sebuah kekecewaan. Saya kecewa dengan apa yang saya lakukan sebelum ini tidak mendatangkan keuntungan, kepuasan dan kejayaan. Saya sentiasa mencari di dalam internet, apakah perniagaan yang sepatutnya saya lakukan. Carian demi carian saya lakukan dan akhirnya saya terjumpa dengan kata kunci perniagaan pendidikan online, www.scorea.ws . Saya membaca beberapa kali laman web tersebut, untuk tempoh yang lama. Seminggu. Mungkin sebulan. Saya lupa tempohnya.    Saya baca dengan bersungguh-sungguh, teliti, menyebabkan saya tertanya-tanya apakah bisnes yang diceritakan ni! Untuk suatu tempoh selepas itu, saya terbuka pintu hati untuk menghubungi pemilik laman web tersebut, iaitu Tuan Fahdi Ghazali. Beliau terus mengajak saya ke seminar di Kota Damansara. Bayangkan, Kota Damansara dan UPSI adalah satu tempat yang agak jauh bagi saya. Saya kehabisan idea bagaimana mahu ke sana. Namun, saya terus mengatakan YES dan hadir ke seminar tersebut dengan bantuan Cikgu Yati/Kak Yati, rakan niaga Encik Fahdi. Pada peringkat awal, kurang percaya dengan Kak Yati, tetapi dengan sepatah perkataan ini, yang saya masih ingat lagi, ‘trust me, akak pun cikgu juga’. Maka, keesokkan harinya saya ke seminar tersebut. Ketika itu, adalah bulan puasa tahun 2010.
Ketika saya ke seminar, jujur saya katakana saya memang tidak ada duit langsung kerana sehari sebelum itu saya baru pulang dari Pulau Pinang kerana ada program kepimpinan di sana, dan saya telah habiskan hampir 500 ringgit untuk berurusan di sana. Wang baki saya hanya tinggal RM 100, dan RM 70 telah digunakan untuk bayar seminar tersebut.
Selepas seminar tersebut tamat, jiwa, fikiran, hati, akal, semua terbakar berapi, bersemangat seperti ledakan gunung berapi! Betapa hebatnya seminar tersebut, produk tersebut dan bentuk perniagaan tersebut! Saya memang tidak akan menolak peluang dan program ini. Balik sahaja, saya terus berfikir, macamana nak kumpul modal? Encik Fahdi cuma beritahu saya, apa yang beliau buat untuk kumpul modal. Macam tak bersungguh-sungguh je nak saya join. Lantas saya tidak fikir panjang, saya keluarkan sedikit wang simpanan daripada akaun Tabung Haji saya yang konon-konon tak nak sentuh. Puas saya fikir, perlu atau tidak untuk pinjam dengan sahabat-sahabat untuk cukupkan modal. Lalu saya nekad, saya mesti pinjam! Alhamdulillah beberapa sahabat, dan abang saya beri pinjam modal untuk saya bermula dengan Score A program. Setelah dapat sedikit modal, iaitu 796 sahaja saya terus mahu bermula. Saya tidak mahu bertangguh untuk tunggu dapat modal pakej lebih besar. Namun, dalam tempoh sesudah saya sign up saya masih berfikir bagaimana cara untuk upgrade ke pakej seterusnya tanpa menunggu bukti kejayaan potensi scoreA. Saya jual barang berharga yang saya ada, terus saya upgrade. Sungguh, ibu bapa saya marah dengan saya. Kerana tidak menghargai apa yang ada. Bukan mudah keputusan itu dibuat. Bukan senang menghadapi ibu bapa sesudah itu. Bukan senang meyakinkan mereka kita buat keputusan tersebut adalah untuk mereka. Namun saya pasrah. Sehingga hari ini kemarahan mereka masih ada pada saya, namun saya nekad! Tidak ada orang yang boleh haling saya sekiranya itu keputusannya.
Ketika saya buat Score A di UPSI, ia tidaklah semudah yang dijangka. Ia tidak sesenang yang dirasa. Ramai yang saya kongsikan peluang ini, tetapi semua menolak. Ramai juga yang saya Berjaya yakinkan untuk ke seminar, namun, mereka tidak mahu menyahut peluang tersebut. Puas saya fikir, apakah sebab untuk mereka menolak. Tidakkah mereka Nampak apa yang saya Nampak??? Setiap minggu saya menghantar rakan-rakan untuk melihat dan menilai SCOREA dengan dekat. Namun, mereka menggeleng.Mereka tidak menilai dengan mata hati. Apa yang mereka lihat adalah susah!
Ketika di tahun akhir, saya telah dihantar untuk berpraktikal di Kampar Perak. Keadaan ini bertambah menyulitkan saya untuk gempur ScoreA bersama-sama partner dan upline. Pada peringkat awal, saya berulang alik setiap minggu dari Kampar, Perak ke Kota Damansara, dan kadang-kadang memandu kereta sahabat baik saya, Kak Nida dari Tanjong Malim ke Kota Damansara. Pada suatu ketika, saya pernah ditegur oleh kawan satu praktikal, ditegur oleh guru pembimbing dan juga pensyarah, malah diugut untuk berhentikan saya belajar kerana meluangkan lebih masa untuk berniaga. Mereka katakana pada saya, kita adalah pelajar, bakal guru dan kerjaya sepatutnya adalah guru. Saya tahu, faham dan sedar. Namun, anda tidak akan mampu sekat saya dan jiwa saya serta impian saya. Adalah anda yakin jamin dapat tunaikan impian saya dan keluarga saya jika saya menyahut saranan anda? Tidak! Saya tidak pernah putus asa, tetapi saya berhenti seketika untuk menggerakkan perniagaan saya keran hormat dan mahu selesaikan pengajian saya. Ketika tempoh itu, ada juga tawaran dari sahabat untuk saya melibatkan diri dengan perniagaan bersama mereka. Saya cuba, namun saya merasakan tidak sesuai kerana jiwa saya tetap rasa SCOREA is THE BEST! Dengan pengalaman yang sedikit dalam perniagaan lalu, serta impian saya yang cukup-cukup besar ini, saya tetap Yakin bahawa SCOREA adalah satu-satunya jalan menuju impian tersebut.
Saya cuti ScoreA untuk satu tempoh yang lama. Setelah tamat belajar, saya bekerja dengan seorang pensyarah, tinggal dirumah beliau dan bekerja dengan seorang penulis buku agama, Ustazah Nafisah Tahir. Sebulan sahaja saya bekerja dengan beliau kerana jiwa saya tidak boleh dipisahkan dengan ScoreA Program. Saya berterima kasih kepada upline, rakan niaga, mentor dan juga leader saya Tuan Fahdi Ghazali yang tidak pernah putus asa menghantar berita dan perkembangan terbaru scorea, malah mengajak saya pulang ke negeri kelahiran Kelantan untuk gempur ScoreA di sana. ScoreA Edata telah masuk ke Pantai Timur dan membuka cawangan di sana! Saya cemburu. Namun, cemburu tanpa bertindak, seperti gunung berapi mati. Saya bersyukur kerana upline dan mentor saya ini telah memanggil saya ke event ScoreA Edata Pantai Timur dan menghidupkan kembali gunung berapi saya.
Alhamdulillah, kini setahun saya bersama ScoreA, saya bergerak kembali di Pantai Timur bersama Team Pemburu Impian. Setahun lalu saya buat ScoreA tanpa Ilmu, jarak yang jauh, dan belum lagi berjaya dengan ScoreA Program. Namun saya BELIEVE dengan Program ini sehingga kini, malah SISTEM yang semakin mantap membantu saya. Halangan dan rintangan untuk bergerak di tempat sendiri lebih mencabar. Hal ini kerana saya terikat dengan ibu bapa dan mereka masih marah pada saya kerana saya memilih perniagaan ini. Tidak mengapa. Marahlah umi.Marahlah abah. Saya tahu, mereka marah kerana mereka risau saya tidak Berjaya. Mereka marah kerana risau. Mereka marah kerana mereka tidak Nampak apa yang saya Nampak. Dan mereka marah kerana mengharapkan anak mereka ini akhirnya menjadi guru seperti yang diharapkan. Sungguhpun dugaan lebih besar dan berat, saya tempuh juga, dan akan tempuh juga apa sahaja dugaan yang mendatang. Kerana sekali sudah nekad, kena buat dan buktikan pada mereka pertimbangan kita tidak silap.
Alhamdulillah, saya akan teruskan perjuangan bersama Pemburu Impian dan Assosiates mengembangkan sayap ScoreA kepada anak Kelantan.

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    5 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    5 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    2 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com