~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Showing posts with label BaiTu Muslim. Show all posts
Showing posts with label BaiTu Muslim. Show all posts

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan  1.0 Pendahuluan
Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!
Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.


Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.


 
2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!


Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.
Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.
Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.


3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...



4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.
Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.
Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.
Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)


Di Kala Dhuha itu,
Sehari Sebelum Aidiladha,
Tanjong Malim.

Match Maker?

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, October 28, 2010 ADD COMMENTS



Masih teringat lagi al-kisahnya sebulan yang sudah.. Ketika dalam perjalanan ke Masjid di KKB, ketika sama2 bermusafir mengaji kitab, kami berbicara mengenai hal baitul muslim.. Isu ini memang tidak boleh lepas untuk dibicarakan ketika mana kami muslimat bersama-sama malah menjadi isu bergurau dan berjenaka bersama-sama..^_^

Ukhti, bila lagi mahu bina masjidnya, dengar kata sudah ehem2..

Owh, ana insyaallah selepas anti.sahutnya..

Eh, apa pula ana dulu..ha ini kak A dibelakang kan senior..beliau dulu lah...

Kak A menyahut, ana belum berSiapa-siapa, adindalah kena tolong carikan..

Sahabat di sebelah, ha anti tolong carikan untuk kak A, anti kan kenal ustaz X tu. Ana rasa ada baiknya enti jadi orang tengah.. Lagipun enti kata dia free lg.Erk... Pemanduanku tergangu tatkala telingaku mendengar sahabat disebelah berkata..huhuhu..

Setelah masuk kepada perbincangan serius, sahabatku berkata, Ukhti cubalah utk Kak A.tidak salah untuk mencuba, malah isu match maker tidak menjadi masalah kerana kita berusaha mencari yang terbaik. Jika ada jodoh, kita dapat pahala kerana bantu sahabat kita membina masjid, malah insyaAllah Allah akan bantu kita pula. Jika tidak ada jodoh, bukan salah kita juga kerana manusia ni ALLAH sudah tetapkan jodohnya.

Ringkas cerita,inilah permulaannya, mungkin taklifan yang Allah berikan untuk saya menjadi ajk Baitul Muslim secara tidak langsung..Allah, tunjukkan kami Sirathal mustaqim...

Belum pun sampai tempoh sebulan untuk saya uruskan baitu dakwah muslimat ini, saya mendapat msg urgent dari seorang sahabat yang sudah pun berumah tangga..

Ukhti..kena tolong ana.ada seorang muslimat shbt kita minta tlg carikan calon untuknya. Cari yang harakiy, dan aktif kerja Islam..Ukhti, ana serius ni..Ana tidak ramai kenalan, lagipun tahulah suami ana tidak susah untuk menolong dalam hal ini kerana punya kekangan..Ya Allah, apa patut ku lakukan? Hanya mampu menjawab,Ukhti ana tidak berjanji, tapi sama2 kita berdoa dan berusaha menolong shbt2 kita ini..

Kedua-dua sahabat ana ini hebat, solehah orangya. Thiqah,sufi dan haraki,aktif kerja dakwah..
Saya berkeyakinan, mereka akan jumpa dengan orang yang hebat setanding dengan mereka. InsyaAllah..

Pernah saya mendengar satu kata-kata dari seorang yang hebat : Syed Qutb jika xsilap saya, Aku tidak pernah risau rezeki ku, kerana aku tahu ALLAH membantu ku.Aku juga tidak risau akan siapa jodohku, dan bila, dan bagaimana kerana aku yakin, ALLAH telah tetapkan siapa jodohku..

Ya Allah bantulah kami.. Berikanlah rezeki dan jodoh kepada kami dari golongan yang baik-baik dan terbaik untuk kami..bantulah sahabat-sahabatku, dan juga diriku ini. Permudahkanlah urusan sahabatku ini, juga urusanku ya Allah..
Ya Allah bantulah kami untuk mengembangkan Bi'ah Solehah di muka bumi ini..
______________________________________________________________________________________________



Inilah situasi yang berlaku dan kadang-kadang sukar untuk difahami tapi inilah yang dikatakan sebagai percaturan ALLAH..
Saya bukanlah orang yang hebat, malah sedikit sahaja pengetahuan sedia ada, serta pembacaan mengenai rumah tangga dakwah, rumah tangga Islam. Mungkin perlu ditingkatkan lagi. Ke arah kesediaan untuk diri sendiri, Lalu Allah taklifkan saya sebagai orang tengah untuk sahabat2 saya, dalam keadaan saya juga sedang mencari-cari jodoh untuk diri sendiri. Inilah percaturan-Nya.

Saya merasakan berat, kerana hal ini melibatkan masa hadapan dua insan, perjalanan prosesnya mesti berlaku dengan bersih, kemas, halus, penuh kerahsiaan dalam suasana yang menjaga..kadang-kadang merasa tidak mampu, kerana saya bukanlah manusia yang sempurna..Saya takut jika yang berlaku adalah perancangan syaitan semata-mata..Namun saya yakin, ALLAH Maha Kuasa, sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALLAH..

Ya Allah, aku tidak mampu untuk menjaga sepenuhnya Syariat-Mu, maka ampunilah aku...

Alhamdulillah prosesnya sedang berjalan, walaupun dalam hal ini, saya tidak berpengalaman, maka, adakah cukup dengan hanya menjadi penyampai kepada kedua-dua belah pihak?Namun, saya bersyukur Allah beri peluang ini untuk mempelajari prosesnya dengan bantuan seorang ustaz dan juga isterinya.

InsyaAllah..

Sahabat Blogger, sila bantu saya,kemukakan pendapat anda. - Di mana harus ku cari cinta hakiki



" Jodoh itu rahsia ALLAH"





**********************************************************************************************************************

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. " 
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

Labels

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com