Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan 1.0 Pendahuluan
Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!
Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :
النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.
Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.
Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.
Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.
Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.
Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.
Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.
Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.
Syaitan kembali tersenyum gembira.
3.0 Gembira bertukar Menyesal
Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.
Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.
Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.
Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.
Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?
Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.
Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...
4.0 Penutup
Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.
Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.
Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.
Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)
Di Kala Dhuha itu,
Sehari Sebelum Aidiladha,
Tanjong Malim.
Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!
Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah!
Khadijah isteri Rasulullah, Maryam ibu Isa, Asiah isteri Firaun, Khaulah Al-azwar penghayun pedang perang, Zainab Al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. - Juga wanita hebat itu ibunda kita yang melahirkan dan membesarkan kita.. (^-^)
Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH , akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadiannya, hakikat penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.
Siapa Wanita,Muslimat,Women????
WANITA PADA PANDANGAN BARAT
Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki- tidak lain hanyalah sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya. Mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati, jiwa dan perlakuan mereka yang tidak bermaruah ke atas golongan wanita. Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah ke arah penggadaian diri sendiri.
Perlabelan yang telah di tanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga TOP WORST. Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti promosi-promosi Jualan Langsung, kain baju, makanan hatta kenderaan sekalipun. Walhal benda-benda ini tidak akan sedikitpun dibangkitkan oleh Allah di akhirat nanti untuk dipersoalkan.
Fenomen eksploitasi terhadap maruah wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya - sebagai isteri, ibu, pendidik generasi, serta sayap kiri perjuangan lelaki. Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki arena-arena lelaki yang bertentangan dengan susunan anggota, jiwa, dan tenaganya.
Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis
dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang
pokok beracun. Diluar nampak cantik, tetapi
sebaik sahaja seekor burung memakannya,
ia mati pada masa itu juga.
(Apa kata Islam mengenai wanita berpolitik)
WANITA DAN PERADABAN ISLAM
Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang dianjurkan oleh Barat, wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni di mana maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya. Priceless.
Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincang lah semua. Dalam pembentukan sebuah institusi kehidupan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini saling bersatu padu. Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut menghayun pedang perjuangan!
KAMI INSAN TABAH!
Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah.Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab : 35
Kami insan tabah. Dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya mendidik generasi Daie ilallah.. Di saat terbentuknya bayi dirahim ibu selama 9 bulan dikandungan, seterusny kelahiran bayi dari perut ibu yang juga wanita, isteri ini, inilah buktinya ketabahan seorang yang bergelar wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses pendidikan.
Pernahkah kalian mendengar lagu dendangan Hijjaz? Saya suka lagu ini, mengingatkan kita pada Srikandi bernama SUMAYYAH.
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
KAMI INSAN TABAH!
Bagaimana kami yang masih remaja? Tidak hebat kah kami??Tidak kuatkah kami?? Ya, jawab dengan yakin bahawa kita insan tabah! Di mana ukuran ketabahan,kekuatan itu? Ukuran ketabahan itu adalah disaat kita mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Di saat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, kita melawan dengan keyakinan dan pegangan pada ALLAH.
Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global,( serta bakal muncul bangunan warisan) namun, kami wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan arus duniawi ini. Masakan tidak ini adalah jihad! Benar inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri individu muslimat. Namun dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah diri kita insan yang hebat kerana mampu memperjuangkannya.
Lembik Vs Lemah Lembut
Lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza. Saya juga tidak suka kepada wanita yang lembik! Wanita yang lembik saya definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk survive tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak mampu menghadapi cabaran. Lantaran itu saya sangat tidak suka dengan wanita yang lembik ini.
Berbeza pula dengan lemah lembut, saya definisikan menurut Profesor Meadley, adalah orang yang mempunyai hati yang subur, bisa melentur, namun sulit dipatahkan. Saya juga definisikan sebagai tingkah laku yang sepatutnya ada pada seorang wanita yang membezakannya dengan lelaki.
Lantaran perbezaan definisi inilah saya menyeru kepada kaum wanita/muslimat kearah lemah lembut tetapi bukan lembik. Hakikat ini tidaklah menyekat aktiviti wanita/muslimat untuk bergiat aktif didalam mana-mana persatuan, aktiviti lasak, cabaran dan sebagainya. Malah saya juga sangat gemar aktiviti lasak!Inilah salah satu entiti yang perlu di bawa oleh wanita/muslimat. Tidaklah ia bermaksud, dengan sifat ini, maknanya wanita adalah insan yang mudah menitiskan air mata, mudah mengalah atau sebagainya.
Pemberatan keterlibatan wanita dalam organisasi adalah tinggi. berikutan jumlah wanita yang ramai di muka bumi ini berbanding lelaki, membawa kepada tuntutan wanita turut serta dalam organisasi-organisasi penting termasuklah dibidang politik. Contoh keterlibatan wanita masa kini dalam politik ialah YB Nur Izzah Anwar, YB Dr Lo'Lo, Senator Mumtaz Md Nawi dan sebagainya.
Buat muslimat/wanita/perempuan/ibu,
Andalah apa yang anda fikirkan. Ukuran kuat atau lemah anda adalah dari apa yang fikiran dan hati anda katakan. Peganglah kekuatan hati itu supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri anda dengan kebergantungan pada Allah, kerana Kekuatan dalam, ruhiyah, dan jasadiyah datang daripada-Nya.
Muslimat Power!
Salam perjuangan dari muslimat yang ditarbiyyah!
Afifah Abdul Kodi,
Bumi Tanjong Malim.
Salam Ramadhan,
Seminggu sudah kita berpuasa, alhamdulillah masih dalam kemampuan yang diberikan oleh Allah - alhamdulillah, betapa Dia mengasihi kita
Didalam kerahmatan Ramadhan ini, dalam tempoh syaitan serta sekutu-sekutu yang sewaktu dengannya, berada dalam tambatan dan belenggu, namun diri kita masih belum terlepas dengan amalan-amalan yang ditinggalkannya.
Semalam semasa di dalam makmal kimia, seperti biasa melakukan eksperimen.
Sebelum memulakan eksperimen, pensyarah saya Mr Syahrizal akan memberikan sedikit penjelasan, peringatan dan pesanan agar markah kami tidak akan ditolak diatas alasan sekiranya berlakunya kemusnahan yang berpunca dari kami ( banyaklah markah kami kena tolak - meja basah dengan air-tolak markah, radas pecah-tolak markah, lab report tidak kemas-tolak markah, datang lambat-tolak markah!! haisyyyy alamat no mark leave for us in synthesis organic! )
Diantara pesanan beliau :
Baiklah pelajar-pelajar saya, saya mengharapkan semua akan menggunakan bahan yang dibekalkan dengan secukupnya, sebagai contoh semasa menggunakan kertas litmus yang dibekalkan, janganlah kamu membazir. Dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita juga dituntut untuk tidak membazir. Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan...
Sejurus habis kata-kata Mr Syahrizal, Zahid terus menyampuk : Sir, bulan Ramadhan syaitan takderrr
Apa yer yang Mr Syah jawab :
~ Ye,syaitan tak ada bulan Ramadhan ni, tapi amalan dia yang ada sebati dalam diri manusia ni memang payah nak disingkirkan, jadi cubalah kita singkirkan dan tinggalkan amalan-amalan syaitan itu, yang akan mengurangkan amalan-amalan kita yang sepatutnya kita dapat lebih, tetapi menjadi kurang kerana kita masih dengan sikap dan amalan yang ditinggalkan oleh syaitan tuuuu....Mcm markah saya la,patut awak dapat banyak, tapi sebab wat xkena dengan yang sepatutnya kena la tolak markah,haha~
Ya benar kata-kata Mr Syah itu, walaupun dia bukan ahli dalam bidang agama, bukan dari seorang yang thiqah, namun dia mampu membawa elemen dakwah dalam pengajarannya! Dan rakan-rakan classmate yang nakal-nakal ini bertambah `beware` dengan Mr Syah ini
( terutama dalam bab menjaga markah! hehe)
Amalan Pembaziran :
Pembaziran , asalnya adalah kata yang dipinjamkan dari bahasa Arab, Bazzira-Yubazziru-Tabziran (Rujuk Kamus Arab). Allah menggambarkan fenomena pembaziran ini didalam ayatnya yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)
Di dalam Islam, agama melarang kita umat islam melakukan pembaziran malah didalam ayat diatas Allah menyamakan sifat orang yang suka membazir sebagai saudara dan kroni syaitan.
Bagi memperjelaskan lagi, bahawa Allah Taala tidak menyukai pembaziran,malah juga telah menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran.
Firman-Nya yang bermaksud:
"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)
Cuba kita renung kembali semasa bulan ramadhan ini, benar kita berpuasa. Menahan lapar dan dahaga..Namun apabila tiba saat berbuka, meja penuh dengan segala jenis makanan. Semua kita rasa nak makan.Pergi bazaar ramadhan tak cukup tangan nak pegang plastik makanan..
Apabila tiba saat berbuka, kita tidak mampu untuk makan semua yang kita inginkan ketika disiang hari sewaktu berpuasa. Maka, makanan yang dibeli tadi tidak lain menjadi makanan second hand untuk sahur dan menjadi makanan yang dibiarkan...
Namun, barakahnya akan hilang dengan amalan-amalan yang kita anggapkan sebagai sesuatu perkara yang remeh ini. Ibarat mengutip debu dijalanan, ditatang tetapi tetap akan keluar di celah-celah jari jemari kita, ataupun disambar angin menjadi debu-debu yang beterbangan....Sayangnya
~Salam Tahajjud, Rabitah Muallim
Tg Malim 19 Ogos 2010~
BismillahirrahmanirRahim,
Kanak-kanak fitrahnya adalah bermain, bersukaria, berseronok dan pelbagai lagi boleh diberikan gelaran terhadap mereka. Zaman kanak-kanak masa kini, tidaklah seperti zaman kanak-kanak seperti Siti Aishah Abu Bakar isteri Rasulullah dan Siti Fatimah puteri Rasulullah. Zaman kanak-kanak mereka penuh kematangan, walaupun diusia setahun jagung, disamping fizikal mereka yang dewasa.. Pendapat saya mengatakan, tidak sesuai kita menyamakan zaman kanak-kanak pada masa kini dengan zaman kanak mereka..
~~dikesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat saya yang telah selamat mendirikan rumah tangga mereka, walaupun terlewat untuk dipaparkan di sini~
Popular Posts
-
Hari ini 9 Ogos 2010 genaplah 62 tahun peristiwa berdarah pengeboman bandar Nagasaki Jepun ( 9 Ogos 1945 ) dan 6 Ogos 1945 di Hiroshima Jepu...
-
Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan semesta alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W. beserta kaum kerabatnya, sahaba...
-
Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana diberi kesempatan berada di halaman ini.syukur juga kerana saya akhirnya selesai menduduki peperiksaa...
-
Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang penghibur tanah air, Din Beramboi yang popular di radio Era. Jangkaan awal allahyarham dikat...
-
Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan t...
-
Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa...
-
Sketsa 1 semasa Lagu desa tercinta ‘Ibu sedang menjahit baju manakala Johan dan Milah sedang bermain kejar-kejar. Ibu melihat dengan penuh...
-
"Aishah, cepat-cepat bunuh rama-rama tu ", jerit Aiman. "Aishah, pijak dengan kasut, nanti dia gigit" kedengaran beb...
-
Sejak akhir-akhir ini, saya merasakan diri sering teruji dengan pelbagai mehnah, masalah dan kerenah. Kerenah teman-teman sekerja, fitnah, k...
-
Hayatilah semoga menjadi satu motivasi untuk diri
~The Teachers~
-
Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...15 years ago
-
Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...14 years ago
-
~New Chapter Begins~ - Assalamualaikum Wah, lamanya tak coretkan madah pujangga kat sini. Rindunyee... Sebenarnya, dalam tempoh ni dah banyak sangat perkara yang telah berlaku. ...11 years ago
A MOMENT WITH 3-6-10
-
pelajaran+pengajaran+pengalaman=priceless. - Assalamualaikum. Hai. Lama sudah tidak meng"update" blog sejak berada di Sabah ni. Sejak 1hb 7 2013 aku telah di'postingkan' di Sabah. Dan Sabah memang ada...13 years ago
-
TiKaMaN daLaM HaTi.....(~_______~)..hu3 - .............tikaman dalam ati?????apa yang tikaman dalam atinyaa????sapa yang tikammm??????........... bukan laa..tikaman dalam ati ni maksudnya rasa bers...15 years ago
-
SYOKNYA KAYAK - Heee...malas nak cite panjang....so cite pendek je la kali ni dan dipanjangkan dengan gambar2 di bawah....heee... tapi mestila de intro dulu kan...k, pada...16 years ago
-
IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy
AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry
AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~SAHABAT PERMATA ISLAM~
-
Hamdalah - Bismillah wal hamdulillah..... Sebanyak-banyak kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul 'Alamin atas segala nikmat yang tidak putus-putus diberikan. Nikmat Is...15 years ago
-
UPSR BUKAN PENENTU MASA DEPAN - Alhamdulillah, keputusan UPSR telah diumumkan pada 14 Nov 2013 lalu. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang telah be...13 years ago
-
pemergian - salam,ingin ku katakan disini(bukan admin sebenar-adik admin)...admin blog ini telah meninggal dunia...pada 17 januari 2012...al-fatehah14 years ago
-
Allah itu zalim... - Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Allah itu zalim.. Benarkah pernyataan ini?? Adakah Dia benar-benar zalim?? Tidak..semestinya tidak.. Dia ...12 years ago
-
Jawapan Musa Hassan Dedahkan Keangkuhan Polis - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata be...16 years ago
-
Teknik Pengajaran sejarah KSSM - Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan kssm di sekolah seluruh negara. Mungkin ada cikgu yang stress dengan pelaksanaan ini,. Jika ...9 years ago
-
TERKINI - Assalamualaikum wtb..... Sahabat-sahabat, aktiviti untuk pelajar-pelajar yang sedang bercuti, jom sertai MUSLIM TEENAGERS CAMP 2010. Tarikh telah dipinda p...16 years ago
-
Entry baru, masih belum terlambat - bismillahirrahmanirrahim alhamdulilllah. syukur saya masih ingat password blog guruohguru ini. ini merupakan permulaan. saya mahu mulakan sesuatu yang baru...13 years ago
-
-
-
-
Jom join program-program NISA' BESUT 2011! - Bismillahi walhamdulillah Pasti meriah, insyaAllah dengan kehadiran anda semua! Antara program-program Nisa' Besut yang akan diadakan tahun 2011 ini in...15 years ago
-
Jemari Kaku Kembali Menari - Bismillah walhamdulillah Sudah lama tak sign in blog ini. Pernah berfikir untuk tutup terus! Mencari kembali keghairahan menulis melalui maya, sukar sekali....14 years ago
-
~::Beberapa Kesalahan Berhari raya::~ - 1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa. 2. Bersalaman ant...15 years ago
-
-
AUKU akan Melahirkan Pemimpin yang Lesu dan Punah - Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang masih lagi memberi nafas kehidupan dalam Iman dan Islam kepada saya. Sesungguhnya tidak ternilai nikmat Allah i...15 years ago
-
PEMATUHAN ETIKA PAKAIAN PELAJAR UPSI - Kepada semua pelajar, adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi etika pemakaian pelajar semasa berurusan di dalam kawasan UPSI. Pihak kami ingin mengambil k...16 years ago
-
HIDAYAH untuk Bertudung Labuh - Assalamualaikum & salam sejahtera. Moga bulan LAPAN ini hati sentiasa LAPANG dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Setiap orang ada k...7 years ago
-
Mahasiswa mesti daftar undi sahut cadangan Dato’Saifuddin ,Pemuda UMNO - Kita menyahut seruan Dato’ Saifuddin dan Pemuda UMNO dengan menyeru rakan-rakan supaya menyatakan pendirian politik kita dalam PRU 13 akan datang dengan da...16 years ago
-
-
Anjing Hitam - Bismillah.. Semoga tulisan saya kali ini jauh daripada deruan fitnah juga saya berlindung daripada ALLAH SWT syirik-syirik khafi tatkala jari jemari saya...13 years ago
-
Shepherd Rescue North Carolina - Its initial equipment, two GP-9 locomotives from Burlington Northern and Union Pacific, along with the shepherd rescue north carolina of pine, had been a...11 years ago
-
-
Pemimpin Haraki Rabbani... - Bismillah Walhamdulillah...segala pujian bagi Allah kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan mencoret di laman yang sudah lama ditinggalkan tanpa s...15 years ago
-
Tentatif Kursus Pengukuhan Diri Melalui Penghayatan Ibadah Solat - *Jumaat - 19 OGOS 2011 / 19 RAMADHAN 1432H* 8.15 – 8.30 pagi : Peserta mengambil tempat 8.30 – 10.45 pagi : *Slot 1* Tajuk : *Menghayati Sifat Ibadah So...15 years ago
-
Melangkah Satu Tangga Lagi - Assalamualaikum... Alam Mahasiswa telah berlalu.Kampus merupakan satu medan tarbiyah yang sungguh memberi nilai yang mendalam dalam diri.. Kini 2011 ber...15 years ago
-
Sekian lama - Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menghirup oksigen di Bumi Allah ini. Setelah sekian lama menyepi 'sepantas kilat' tampil dengan wajah baru. H...14 years ago



