~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Showing posts with label TERKINI. Show all posts
Showing posts with label TERKINI. Show all posts

Kelantan The Best! L.I.K.E

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, March 24, 2011 ADD COMMENTS

SPM: Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun
Oleh RAHANA MOHD DAHARI
Utusan Online

KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. - Utusan
Lagi Berita Hebat!
Sumber : Harakah

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.
“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.
Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.
“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.
“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.
“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-). Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh. 
 
KOMEN SAYA :
KELANTAN SENTIASA TERBAIK DALAM SPM, WALAUPUN DINAFIKAN HAKNYA OLEH KERAJAAN PUSAT. 
Bangga Anak Kelantan!


Kanak-Kanak 16 Tahun dibenarkan berkahwin: Relevankah Cadangan ini

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, August 6, 2010 ADD COMMENTS

Kanak-kanak fitrahnya adalah bermain, bersukaria, berseronok dan pelbagai lagi boleh diberikan gelaran terhadap mereka. Zaman kanak-kanak masa kini, tidaklah seperti zaman kanak-kanak seperti Siti Aishah Abu Bakar isteri Rasulullah dan Siti Fatimah puteri Rasulullah. Zaman kanak-kanak mereka penuh kematangan, walaupun diusia setahun jagung, disamping fizikal mereka yang dewasa.. Pendapat saya mengatakan, tidak sesuai kita menyamakan zaman kanak-kanak pada masa kini dengan zaman kanak mereka..




Perkahwinan?

Satu fasa perkongsian diantara dua individu berlainan jantina, melayari alam rumahtangga dengan ijab dan qabul dengan wali sah. 5 imam agung menafsirkan pelbagai maksud mengenai munakahat ini, dalam kitab fiqh munakahat.

Perkahwinan di usia muda, bersediakah mereka? Saya amat pasti bahawa mereka sebenarnya belum jelas dengan erti perkahwinan tersebut apatah lagi dalam melayari bahtera perkahwinan yang diibaratkan sebagai kontrak hidup yang berpanjangan, bukan untuk tempoh masa seminggu, sebulan ataupun setahun, tetapi sehingga akhir hayat.

Lantaran itu, ingin saya persoalkan kembali kepada sesiapa yang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran dan keizinan kepada kanak-kanak dibawah umur untuk berkahwin demi mengelakkan berlakunya zina yang berpanjangan. Tidak cukup dengan sekolah untuk pelajar hamil, timbul lagi cadangan yang pada tanggapan saya cadangan yang tidak matang.

Saya juga pernah melalui zaman remaja seusia mereka,zaman kanak-kanak ribena. Juga merasai peri pelaku remaja yang tengah naik dengan `galoknya` orang kelantan kata. Bukan saya ingin membuka keburukan zaman remaja diatas maksud `galok` itu, namun itulah fitrah zaman remaja dimana fasa perubahan zaman kanak-kanak hingga remaja, dan remaja pasti teruja pada tempoh masa tersebut... Hakikat yang saya ingin bawa ialah, pada tempoh itu, mereka sebenarnya masih belum matang dalam membuat keputusan, melaksanakan sesuatu berdasarkan keinginan hati dan keseronokan semata2. Mereka membuat keputusan yang tidak melihat kepada kepentingan dan keburukan pada masa akan datang, sebaliknya melihat kebahagiaan di depan mata yang belum pasti benar dan berkekalan. Saya berbicara di atas apa yang saya lalui dan bukannya sesedap menambah perisa didalam masakkan..

Berkahwinlah dengan matlamat yang jelas,

Pada saat ini sebenarnya saya cukup risau untuk berbicara mengenai soal berkahwin lah! Kerana si penuli ini belum lagi memasuki fasa perkahwinan ini. Cukuplah untuk menjelaskan apa yang sewajarnya berlaku...
Membenarkan remaja dibawah umur berkahwin.Apakah sudah jelas matlamat perkahwinan itu? Apakah semata2 mata kerana ingin mengelakkan berlakunya zina? Sungguh tidak! dan saya malu untuk perkatakan, itu adalah perkahwinan untuk memuaskan nafsu semata2! Nauzubillah.

Andai itu lah matlamatnya, sedia saya menjangkakan, semakin bertambahnya fenomena zina, anak luar nikah, anak tong sampah dan sebagainya. Pernahkah terjadi suami orang berzina dengan isteri orang? Isteri hamil anak lelaki lain? Sudah tentu pernah, dan data yang jelas dari pejabat agama membuktikannya. Kerana apa ya, kerana perkahwinan yang tidak berlandaskan matlmat yang jelas, tidak di bajai dengan iman, tidak disirami dengan sakinah, dan tidak dimulai dengan persediaan yang sewajarnya di sediakan untuk sebuah bahtera pelayaran. Hasil dari ketidaksediaan itu, maka rumah tangga huru hara, suami pukul isteri,isteri curang dengan suami, menggugurkan anak dan sebagainya..

Saudara saudari yang DiRahmati Allah..

Seharusnya, untuk menyekat pergaulan bebas, dan mencegah remaja2 hilang arah adalah bermula daripada dalam diri..Marilah kita semua kembali kepada fitrah beragama yang sebenar-benarnya.Meng Esa kan Allah, tunduk dan patuh kepada perintah-Nya, melaksanakan apa yang disuruhnya, melaksanakan pemerintahan seperti yang dituntut, barulah penyelesaian kepada permasalahan yang melanda ini akan terbendung. Hakikatnya, kembali kepada Islam, insyaallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.


~~dikesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat saya yang telah selamat mendirikan rumah tangga mereka, walaupun terlewat untuk dipaparkan di sini~


Kak Ira dan Cikgu Rijal

Kak adah dan suami

Kak ateh dan suami

Kak laila dan suami

Kak sikim dan suami

Kak adib dan suami

Meor dan isteri

Iniy dan suami

azra dan suami

dan sesiapa sahaja follower saya yang melayari bahtera rumah tangga
walaupun sudah dapat baby

Barakallahulakum

Doakan saye ^_______^



VIRUS KENCING TIKUS : APA TU??

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, April 8, 2010 ADD COMMENTS


Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang penghibur tanah air,
Din Beramboi yang popular di radio Era. Jangkaan awal allahyarham
dikatakan dijangkiti oleh virus kencing tikus, namun doktor mengesahkan
allahyarham di jangkiti denggi berdarah.

3 hari lepas juga, Kosmo menyiarkan berita mengenai sahabat kita Wan Aini Wan Ibrahim, pelajar UPSI yang terpaksa menangguhkan pelajaran di UPSI berikutan beliau dijangkiti Virus Kencing Tikus menyebabkan kaki dan jarinya terpaksa dipotong! Suatu ketika dulu juga UPSI gempar dengan berita Wan Aini ditahan di ICU, membawa kepada semua pihak bersedia dengan pemergiaan beliau. Alhamdulillah ALLAH belum mahu mengambil nyawa sahabat kita ini.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah, apakah itu Virus Kencing Tikus? 
Hebat sangat ke virus tu?
Persoalan2 ni mebawa kepada pencarian mengenainya dan kebetulan
Kosmo menyiarkan berita mengenainya di ruangan kesihatan.


Bahana kencing tikus



TIKUS mula aktif seks seawal usia enam minggu dan boleh melahirkan sehingga 
170 ekor anak sepanjang hayatnya. - Gambar hiasan






Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.
Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
170 anak
“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.
Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.
Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

Rumput
“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.
“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.
Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.
Gerudi
Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.
“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.
Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.
Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.



“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.
Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.
__________________________________________________

Lastly, saya menyeru kepada semua supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mengutamakan penjagaan persekitaran, kerana persekitaran yang tak bersih boleh membawa kepada pelbagai ancaman virus dan kuman, malah percayalah bahawa di tangan anda terdapat lebih ratusan bakteria!
"Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN "- Hadis
~Permata Islam~
Perpustakaan Tengku Bainun,
9.37 malam

17,303 anak luar nikah didaftar 2009
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. 
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu. 


Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. 
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. 

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. 
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). 
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). 


“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. 

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya. 

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. 

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. 

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. 

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

Sumber : Berita Harian Online


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. " 
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com