~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

My little khalifah

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Saturday, February 26, 2011

Semenjak dua menjak ini, diri saya sedikit tidak terurus. Makanya, blog juga menjadi tidak terurus, tidak terjaga. Disiplin makan, tidur dan kesihatan juga berterabur. Mungkin sedikit sebanyak terkesan oleh perubahan fasa kehidupan, suasana sosial dan pergaulan.Apakah fasa kehidupan terbaru saya?  Fasa rumah tangga ke?




Jawapan yang salah tu... ^_^


 

Fasa baru dalam kehidupan saya, menjadi guru kepada little khalifah di SMK Sentosa Kampar. Nampaknya kehidupan sebagai guru sangatlah mencabar, apatah lagi mendidik anak-anak di sekolah yang berbilang bangsa, kaum dan latar belakang. Sungguhpun begitu, saya seronok bersama-sama pelajar saya. Walaupun kebanyakan pelajar saya, merupakan pelajar yang tidak meminati mata pelajaran saya ( science ), tapi mereka menunjukkan rasa gembira dan ceria ketika berada di dalam kelas saya walaupun pada permulaan kelas, kita yang mesti bina mood mereka. Bila gembira seronok rasa. Bila terpaksa marah, kena marah juga.Kadang-kadang, hati saya rasa sangat bersalah, yang amat, kerana marah dan meninggi suara kepada mereka ini sewaktu sesi P & P. Tindakan yang saya lakukan itu bukanlah sengaja untuk marah, tetapi untuk memberikan kefahaman dan yang penting ingin membina 'good manner' dalam diri mereka. Saya sangat kasihan pada mereka sekiranya mereka tidak faham apa yang saya ajar. Bukan 100% silap mereka, tetapi silap kita juga yang xkena pada caranya.Bukan senang menjadi guru mereka!

Rutin pelajar saya setiap hari :

1) Main - Tidak pernah sekalipun masa saya masuk kelas untuk sesi PnP, mereka ini semuanya berada dalam kelas. Pernah, saya terpaksa cari pelajar saya disetiap pelusuk bangunan untuk ajak masuk ke kelas. Itu pun, hanya 15/27 yang mampu saya cekup. (dalam hati berkata, its ok la 15, daripada cari lagi the rest yang 15 ni melepas! )

2) Facebook : Ketika saya bertanya pelajar saya yang tingkatan 2, my beloved students, what is the latest application you like most? Semua jawab, facebook teacher! So, biasa kat rumah main facebook lah yer? Ada pulak yang menjawab : No teacher, not at home, but cc!


Ini adalah 2 perkara utama mereka. Pembelajaran bukan dalam agenda mereka. Makanya, macamna saya nak mereka terima pembelajaran saya. Semua ini adalah cabaran saya.

Sungguhpun begitu, mereka tetap ada keistimewaan yang saya tidak boleh menafikan, Mereka semua pelajar yang rajin dan suka menolong. Bukti? Kebiasaannya saya ke sekolah membawa beg buku mengajar, handbang, botol air, kadang-kadang bahan ABM. Terserempak je mana-mana, mereka akan offer : teacher may i help u? Best tak mereka? memang best. Kalau terserempak denga student yang agak-agak bagus sikit, rasanya sorry la untuk tolong. Mereka ini semua adalah kaki tangan penolong guru-guru untuk angkat barang, buat kerja luar, mengecat, menyapu. Kasihan juga, mereka ini jadi begitu. Guru-guru pula ambil kesempatan panggil mereka sewaktu PnP untuk buat sebarang kerja. Waktu kelas saya juga! (T_T)


Kelas adalah bukan tempat yang strategik untuk pelajar saya..


Saya mengakui, guru-guru lain juga mengakui, sesetengah pelajar ini kelas bukan tempat mereka. Ada yang suka bilik muzik, suka bilik seni, suka bilik kh dan suka berada dipadang! Mereka semua pelajar saya di dalam satu kelas. Laratkah saya cekup mereka masuk makmal sains dan buat eksperimen?Tidak!! Jadi suatu hari, PnP saya untuk mereka, bukan di kelas, bukan di makmal, bukan di bilik muzik, bukan di padang, tapi di kantin! Kenapa kantin, sebab saya kena ajar Nutrition. Cerita pasal makan, minum. duk kantin makan!


Yang terbaru, buat kelas di bilik ICT. kerana mereka nak buka PC, main game! Kalau dalam kelas, meja kerusi pecah, lebih baik masuk bilik ICT buka komputer. Suara terpaksa kuat, menjerit juga lah. kena check, round untuk pastikan mereka layari laman web sepatutnya. Saya buka CD interaktif science dan score a untuk mereka. Walaupun tak semua yang buat, saya kira okla the rest separuh kelas buat apa yang sepatutnya. Kiranya dalam rancangan mengajar saya memang kena kreative giler to make sure they learn!
pst : facebook friendlist saya bertambah.

Banyak saya berfikir mengenai mereka. Banyak yang saya buat rasanya tidak patut untuk mereka, Banyak juga kata-kata yang tak sepatutnya saya kata. Saya tidak pasti, benarkah ini cara yang benar? Apapun, benar kata Puan Marhana ( guru cemerlang,senior SMKS), pengalaman satu hari tidak sama dengan seminggu, pengalaman seminggu tidak sama setahun. Maka, setiap hari kamu lalui adalah pengalaman.
Ya, encik pengalaman, saya mencari anda!
 

Sincerely from a kind heart teacher,
1127, Jalan Emas, Bandar Baru Kampar
1.40 am.






















0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com