~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

ABOUT ME

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Sunday, November 7, 2010


Dilahirkan pada 25 Januari 1988 di Kampung Chenok, Pasir Mas dan dinamakan dengan nama yang indah oleh kedua ibu bapanya iaitu 'AFIFAH BINTI ABDUL KODI. Anak ke dua daripada 10 orang adik beradik. Merupakan anak muda yang meminati bisness sejak dari kecil lagi, malah bercita-cita membuka empayar perniagaan sendiri suatu masa nanti apabila menyedari hakikat UMAT ISLAM pada masa kini sangat memerlukan 'support' kewangan serta ketiadaan ASET untuk membantu sesama ISLAM. Buat masa ini melibatkan diri dalam perniagaan Score A.(http://www.scoreA.ws) secara serius dan juga melakukan perniagaan kecil-kecilan yang lain. Kini masih menuntut di tahun akhir UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam bidang Pendidikan Sains Kimia. Beliau juga cenderung kepada keterlibatan dalam kampus mewakili suara mahasiswa dan kebajikan malah komited dan bergiat aktif sebagai consultan/kaunselor dalam usaha ke arah pembangunan masyrakat unggul dan sejahtera. Selamat berkenalan.

*****

Islam, apabila ia menekankan supaya para PEMUDA melaksanakan matlamatnya yang menginginkan PERUBAHAN, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai SIFAT-SIFAT ISLAM dan berpegang teguh dengan PRINSIP-PRINSIP ISLAM iaitu berkehendakan generasi Islam yang TULEN. Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda, tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya
[SYEIKH FATHI YAKAN]

0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com