Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang memberikan kita nikmat kehidupan selama mana kita hidup sehingga kini, selama 10 tahun,20 tahun, 30 tahun sehingga kita ditarik kembali menemui Nya. Nikmat yang tiada tolok bandingnya, yang tidak mampu dibayar dengan harta wang dan segala macam benda.
Adakalanya, sesekala Dia mendatangkan ujian kepada kita, beratnya kita rasa, dan kita BERKIRA denganNya, padahal Dia telah datangkan Nikmat yang cukup banyak sebenarnya.
Ujian itu Nikmat,
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan, kenikmatan. Setelah titisan air mata berguguran, pasti akan ada senyuman, dan setelah melalui kegelapan malam, pastinya akan muncul mentari siang. Ketahuilah, dengan ujian sebenarnya kita sedang diberikan ganjaran pahala oleh Nya.
Berharaplah yang baik dari Allah, bila kita merasa sedih, gelisah ataupun gundah gulana. Bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, ketahuilah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Bila kita diuji kesakitan atau ditimpa penyakit, maka ketahuilah segalanya punya pahala masing-masing yang telah tersimpan rapi di sisi Allah. Dan ketahuilah bahawa semua itu adalah tanda kasih sayang Allah, sebagai penebusan dosa.
Sengaja saya mengintrokan entry kali ini dengan ujian+mehnah dalam kehidupan, kerana ia sesuatu yang praktikal dalam kehidupan setiap orang.
Semalam, lagi berita saya dapat dari sahabat, kemalangan di Slim River. Kereta yang dipandu oleh seorang muslimat ni xdapat dikawal kemungkinan kerana tayar kereta tersebut pecah ataupun pancit tiba2.
Usai maghrib terus sahaja ke sana, hanya doa kami panjatkan supaya sahabat-sahabat semua selamat. Berdasarkan apa yang ukhti syaf bgtahu, 2 cedera agak teruk. Parah ke?
Pemanduan saya terganggu, mungkin kerana risau shbt2 betul2 memberi kesan pada fokus saya. Ya Allah selamatkan mereka.
Agak suspen juga, kerana ini bukan kali pertama kami sahabat sahabiah mengalami perkara-perkara sebegini , kami berada kerisauan tahap maksima malah kepada tahap TRAUMA.
Setelah lama menunggu, sempat saya menjegah masuk ke wad kawalan, melihat ukhti yaya. dia dalam keadaan sedar. Tangan kiri berbalut.Mungkin patah.dan didahi kirinya berjahit! sempat shbtku iman membacakan doa2 penenang untuk yaya.
11 mlm : akhirnya doktor bagitahu yaya boleh dibawa pulang. Alhamdulillah...tiada lafaz yang selayaknya diucap kecuali itu. Tangannya bersimen sedikit, bahunya terseliuh.boleh berjalan,tp sementara dia perlu menggunakan kerusi roda.
Saya berdoa, semua sahabat-sahabat saya cepat sembuh dan blh attend exam semester ini.
_________________________________________________________________________
Ini bukan kali pertama,
Ini bukan kali kedua,
malah bukan kali ke tiga
Kalau dahulu, semester lepas, kak piqa dan zai, terbabas di traffic light sebab gagal badget kona- cedera
Selepas tu, aisyah kemalangan dengan iman - aisyah patah bahu dan lutut kanan akibat motor yg dinaiki tayarnya meletup dan terbabas
Kemudian kemalangan membawa maut 2 sahabat muslimin- arwah faizol dan arwah fadhiri
Kemalangan atiqah dan fasiha-motor terbabas juga sebab tayar pancit
dan terbaru semalam.
Semuanya ujian disepanjang jalan dakwah ini, jalan-jalan hidup ini. kita tidak tahu bila giliran kita. Yang membawa kepada trauma untuk memandu.Mungkin.
Namun, saya masih terkesan pada pesan sahabat, jgn mudah kalah dengan persekitaran ujian.kerana Ujian itu Nikmat,tanda kesayangan Allah.
0 comments: