~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

Usrah is MY FAMILY

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, April 20, 2010


OLE-OLE MUSAFIR ILMU

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya diberi kekuatan, semangat, dan keyakinan untuk menulis, sungguhpun berat sebenarnya untuk menulis apalagi berkaitan dengan pengisian ilmu.

Seperti yang saya janjikan, saya akan cuba menulis tentang apa yang saya dapat kutip sepanjang berada di Maahad Semanggol.


Usrah is My Family

Kualiti usrah dewasa kini dilihat semakin berkurang lantaran penghayatan pembawaan usrah oleh naqib semakin menurun lantas perkadaran penambahan ahli juga semakin berkurang. Penghayatan usrah seperti mana sebelumnya pada zaman Rasulullah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, seterusnya usrah oleh Hassan Al-Banna tidak lagi dipraktikkan. Malah konsep Usrah adalah keluarga tidak bermakna lagi lantaran pemisahan Usrah dengan Keluarga walaupun makna asalnya dalam bahasa arab bermaksud keluarga. Malah usrah kontemporari ini adalah hanya satu halaqah untuk menyampaikan dakwah semata-mata. Hakikatnya, walaupun matlamat usrah adalah dakwah, namun pelaksanaannya adalah lebih kepada memahami setiap jiwa yang berada dalam lingkungan usrah tersebut.

Lantaran itu, ustaz menyebut bahawa dalam proses merawat pembawaan usrah pada masa kini adalah yang pertama dengan menyuntik kembali nila-nilai usrah adalah keluarga kita yang sebenar-benarnya, bukan hipokrit semata untuk memikat dan mengikat ahli usrah.Usrah yang dikehendaki, perlu lebih kepada pengikatan, pendidikan, pemahaman ahli-ahli usrah seperti mana kita berada dalam keluarga sebenar, ibarat cubit paha kiri paha kanan turut terasa sakitnya.

** Pengisian saya peroleh sepenuhnya dari ustaz, anda boleh merujuk kepada kontent apakah itu usrah, rukun-rukun usrah, manhaj dan sebagainya dari pelbagai pembacaan buku, internet ataupun e-book.cadangan : Panduan Usrah karangan Ustaz Hj Idris Ahmad


Manhaj Usrah

  1. Bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis
  2. Membawakan elemen Sirah Nabawiyyah
  3. Penyampaian melibatkan tasawwur(gambaran yang jelas dan tidak tergantung mengenai sesuatu topik perbincangan)
  4. Mengambil kira bahan mengikut marhalah ahli yang sepatutnya
  5. Mengetahui dan memahami kondisi anak usrah-faham latar belakang anak usrah-perkara pertama yang perlu ditanya pada awal mula perkenalan.
  6. Mengandungi asas-asas aqidah yang jelas
  7. Kandungan/bahan mengandungi unsur-unsur yang memandu kepada pembentukan peribadi/sahsiah.
  8. Perkongsian dan perbincangan juga meliputi tentang memelihara ajaran Islam secara individu, ataupun secara jamaie
  9. Perbincangan meliputi pembaikan ibadah-ibadah fardhu, ibadah khusus, penambahan ibadat-ibadat sunat dan amalan-amalan kerohanian yang lain-lain.
  10. Kandungan usrah perlu juga menekankan pada mengelokkan fikrah pendakwah secara haraki + siyasi secara seimbang.
  11. Menambahkan kandungan-kandungan/pengisian mengenai perkenalan kepada pengurusan organisasi dan memberi latihan bekerja dalam organisasi.
  12. Menyediakan ruangan masa ataupun bahan supaya anak-anak usrah dapat berinteraksi sesama sendiri seperti keluar bersantai, bermain dan sebagainya dan tidak semestinya berada dalam halaqoh yang semesti sentiasa bulat dan 360 darjah.


Jom Memperelok Usrah kita

  1. Memperindah asas aqidah naqib-hubungan dalaman dengan Allah
  2. Pelaksanaan yang tidak statistik
  3. Silibus yang dibawa dalam bentuk yang berbeza-pendekatan
  4. Tidak statik pada tempoh masa ( flexible dengan masa naqib dan ahli)
  5. Mewujudkan persekitaran yang berbeza – suasana
  6. dan lain-lain yang dirasakan sesuai


Jom Baiki Kelemahan kita!

  1. Naqib mesti bersedia dari aspek : content, mental, fizikal
  2. Membawa usrah dengan uslub yang berbeza
  3. Usrah tidak hanya mesti fokus pada kehadiran/mesti buat kerana kehadiran dicatat, dipantau, tetapi fokus pada kualiti
  4. Tidak melihat usrah hanya pada pertemuan-pertemuan formal, tapi juga pendidikan luaran seperti :
-         msg ahli usrah, pelaksanaan usrah kali ini ialah bertemakan kebersihan,jadi ahli usrah semua mesti meluangkan masa mencuci tandas dan dapur rumah masing-masing

Usrah yang berjaya ialah :

  1. Naqib yang mendengar lebih dari memberi
  2. Bersenda gurau dalam lingkungan menjaga - consider hati dan jiwa-jiwa anak usrah dahulu , risau kalau ada yang lokek dan sensitif
  3. Taaruf mesti kenal nama, latar belakang pendidikan, keluarga supaya nanti naqib dapat menyesuaikan diri dengan level-level anak usrah yang pelbagai.

“ Bercakaplah dengan manusia dengan kadar yang menepati kemampuan pemikiran mereka”
Walaupun ramai yang memandang usrah sebelah mata, tugas naqib adalah remeh, tetapi hakikatnya sukar untuk dipraktikkan secara total walaupun sudah banyak panduan demi panduan disediakan. Walaubagaimanapun, kita berbalik kepada niat kita kerana Allah, usaha untuk membaikinya insyaallah kita bisa menjadi naqib yang mampu membawa usrah dengan berkesan.

*** Penulisan ini hasil olahan berdasarkan point-point yang diperoleh, diolah sendiri berdasarkan kefahaman langsung daripada pembentang kertas kerja tersebut. Sebarang pembetulan sekiranya ada kesalahan , tafaddhal.



0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com