~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

KRONOLOGI PERJALANAN LENGKAP DEMONSTRASI UPM PADA 23 FEBRUARI 2011

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, February 28, 2011

KRONOLOGI PERJALANAN LENGKAP DEMONSTRASI UPM PADA 23 FEBRUARI 2011
Berikut adalah kronologi peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan di Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia pada 23 Februari 2011.
22 Februari 2011

10.30 pm       Seramai 13 orang calon yang bertanding di dalam Pilihanraya Kampus 2011   (UPM)   termasuk 11 orang calon yang telah menang dalam PRK tersebut telah mendapat panggilan daripada pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM bagi memaklumkan bahawa pencalonan mereka dalam PRK tersebut telah dibatalkan. Mereka (calon ) diminta untuk mendapatkan surat pembatalan di Pejabat BHEP dalam tempoh satu jam daripada masa panggilan diterima.

11.00 pm       Semua calon yang telah dibatalkan pencalonan tersebut berkumpul di pejabat BHEP bagi mendapatkan surat bantahan masing-masing dan mereka hanya diberi tempoh satu jam daripada masa penerimaan surat tersebut untuk proses rayuan semula.
Calon yang terlibat meminta pegawai BHEP yang berada di situ menunjukkan bukti wujudnya surat bantahan masing-masing yang telah dibuat oleh mana-mana calon lain. Bukti yang dimaksudkan ialah ; salinan resit bayaran bagi bantahan / nombor resit bagi membuktikan berlakunya proses pembayaran untuk tujuan bantahan calon. Jumlah keseluruhan yang perlu dibuat oleh pihak yang membantah ialah RM 3,300 dengan jumlah resit pembayaran yang di keluarkan oleh pihak Bendahari UPM sebanyak 33 salinan berbeza. Ini kerana bayaran bantahan yang perlu dibuat terhadap seorang calon adalah sebanyak RM 100.
Sehingga tamat masa rayuan, tiada seorang calon pun yang membuat rayuan terhadap bantahan. Mereka mula mengesyaki bahawa wujudnya penipuan dalam proses bantahan tersebut akibat kegagalan BHEP mengeluarkan bukti yang diminta.

23 Februari 2011

12.01 am       Penyokong-penyokong calon mula berkumpul di lobi Bangunan Pentadbiran UPM secara aman. Penyokong-penyokong calon yang berada di kawasan kolej kediaman tidak dibenarkan keluar dari kolej atas arahan pegawai BHEP.

                                Panggilan dibuat kepada Ketua Jawatan Kuasa Pemilihan (JKP) En Muazam Mansor dan Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Namun, kedua-dua individu terbabit enggan memberikan penjelasan.

2.00 am          Notis memaklumkan bahawa masa rayuan dibuka lagi pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dinaikkan. Pegawai-pegawai BHEP yang berada di situ mula beredar tanpa memberikan sebarang bukti mengenai pembayaran terhadap bantahan.
                            Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa UPM memutuskan untuk terus berkampung di lobi Bangunan Pentadbiran UPM sebagai protes senyap kerana tuntutan mereka terhadap pegawai BHEP agar mengemukakan bukti tersebut tidak dilayan. Sekitar 50 orang penyokong berada di situ.
                                Disedari, kebanyakan tayar motosikal penyokong dan calon telah dipancitkan dan sebuah motosikal penyokong disorokkan di dalam stor.

6.30 am          Selesai solat subuh, penyokong yang berada di situ dihalau keluar oleh pihak keselamatan UPM, namun mereka tidak mengendahkannya. 

7.30 am          Wakil mahasiswa mula memberikan ucapan bagi himpunan aman tersebut. Mereka terus mendesak supaya BHEP memberikan bukti berlakunya pembayaran bagi proses bantahan. Mahasiswa yang memberikan ucapan adalah Saudara Hazim bin Mohd Noh, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM seterusnya diikuti pleh Saudara Syed Syafiq, Pengerusi Pro Mahasiswa UPM.

7.00 am          Ketibaan Naib Canselor UPM, bagi memulakan waktu kerja. Beliau sempat bertanyakan perkara yang berlaku sehingga menyebabkan mahasiswa berhimpun di situ. Beliau berjanji akan berbincang dengan TNC HEP berhubung perkara yang dibangkitkan.
                            Difahamkan, TNC HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan telah masuk ke pejabatnya melalui pintu belakang kerana ingin mengelakkan diri daripada bertemu dengan mahasiswa yang berkumpul di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran tersebut. 

8.00 am          Wakil daripada mahasiswa yang terus berkumpul di situ diminta untuk bertemu dengan TNC HEP bagi proses rundingan. Keputusan awal yang dibuat oleh TNC HEP, beliau bersetuju untuk menarik balik bantahan tersebut.

10.00 am       Naib Canselor UPM keluar daripada bangunan tersebut bagi menghadiri satu mesyuarat di luar kampus. Beliau sempat bertemu dengan mahasiswa yang masih berada di situ dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

10.30 am       Seorang wakil Pro-Mahasiswa, Saudara Luqman Hakim Low B Abdullah yang terlibat dengan proses rundingan tersebut cuba merampas dan membawa lari keluar sebuah dokumen yang dipercayai adalah bukti wujudnya penipuan dalam proses bantahan tersebut. Namun,dokumen tersebut Berjaya dirampas semula olep pegawai keselamatan terbabit.
                                Dipercayai, pihak BHEP cuba mewujudkan resit palsu bagi membuktikan wujudnya bantahan. Mereka menggunakan tandatangan palsu milik salah seorang calon lain tanpa pengetahuan calon tersebut.
                                Penipuan tersebut semakin jelas kelihatan apabila TNC ada menyatakan beliau telah menandatangani dokumen bantahan sekitar jam 12 tengah malam sedangkan calon Pro Mahasiswa telah dimaklumkan mengenai bantahan tersebut pada jam 10 malam.

11.00 am          Berlaku pergelutan antara mahasiswa dengan pegawai keselamatan UPM. Saudara Lukman Hakim Low B. Abdullah telah ditumbuk oleh salah seorang pegawai keselamatan di situ sehingga terjatuh.
Mahasiswa terus mendesak agar dibenarkan berjumpa dengan TNC HEP atau pun TNC sendiri tampil memberikan penjelasan kepada mahasiswa.
Pintu kaca yang menjadi pintu masuk ke Bangunan Pentadbiran UPM ditutup dan dikawal ketat. Pintu-pintu alternative lain juga dikawal rapi. 

11.30 am          Mahasiswa terus mendesak agar TNC HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan tampil memberikan penjelasan. Namun desakan dan tuntutan tersebut tidak dilayan.  


BERSAMBUNG........      


0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com