~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

AWAS! ANDA MUNGKIN DISAMAN!

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, March 30, 2010


Isnin, 29 March 2010 jam 9.00 pg, aku di saman sebab parking kat BC 
bersebelahan dengan tadahan
Kali ke dua di saman, selepas kes mase PRK lepas,
langgar No Entry sbb nak cepat,
Mengakui kesalahan sendiri tu,

Tapi kali ini....
Kecewa sangat2, sebab dah lama parking kat situ,
Dari semester 3 lagi, xpernah ketahui bahawa BC tempat staff dan lecturer sahaja boleh parking,malah xpernah ada kenyataan mengenainya

Cuba sebaik mungkin berlapang dada,
disaman ketika dalam keadaan poket kering,
perlu lunaskan saman sebelum 5 April 2010,
sedangkan banyak lagi keperluan lain
untuk gunakan duit tersebut,
Hakikat seorang mahasiswa

Sungguhpun gitu, entry ini bukanlah ingin menceritakan
 tentang 'aku di saman' secara total
tapi inilah gambaran kepada kita
setiap apa yang kita lakukan, akan ada pembalasan
setiap apa yang kita lakukan, ada yang memerhati,
setiap apa yang kita lakukan,
tidak pernah terlepas dari pembalasan

Hukuman ALLAH? lagi2 la,
kerana ALLAH MAHA MELIHAT 
atas apa yg kita lakukan

Memetik ayat al-quran, Surah Al-Hasyr : 18
yang bermaksud :

" Wahai org2 yang beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH,
dan hendaklah persiapkan diri memerhatikan 
apa yang telah diperbuatnyauntuk hari esok.
Dan bertakwalah kepada ALLAH
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui
atas apa yang kamu kerjakan"

Andai kita jelas dengan ayat ini, Allah menyeru hambanya,
supaya bertaqwa pada nya,
perlunya elemen TAQWA ini kerana ia menentukan
samada kita alert atau tidak dengan kesalahan-kesalahan dunia
yang telah ALLAH gariskan



jika di jalan raya,
kalau langgar undang-undang jalan raya,
polis traffic saman terus,
kalau x pun,
jika ada cctv yang memerhati,
sampai surat saman kat rumah
kalau terlepas, syukurlah,
namun
jika undang2 ALLAH kita langgar,
kita TIDAK AKAN PERNAH
TERLEPAS dari PANDANGAN ALLAH,

kesalahan yang sama selalu buat,
tetap buat juga,
kerana surat saman tidak pernah sampai,
malaikat yang mencatat kesalahan kita,
juga xcakap ,'encik kena saman sebab buka aurat'
Apakah itu menjadi alasan untuk TERUS melanggar undang2!!

Beruntunglah orang bertaqwa yang disebut oleh ALLAH itu

Taqwa itu perlu di cari,
bukan datang dengan sendiri,
Taqwa itu hadir bila mencari
dan mendekatkan diri pada ALLAH

"Hai org2 yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH,
dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-NYA,
dan berjihadlah pada jalan-NYA,
supaya kamu mendapat keuntungan"
( Surah Al-Maaidah : 35 )


Akhir kata, seruan untuk diri dan yang membaca,
dunia ini hanyalah sementara, ladang tanaman untuk oleh2 akhirat
~mari kita mencari oleh2 untuk akhirat ; adik bunga PIDACIL~





0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com