~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

MENGGILAP PERMATA

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Saturday, March 27, 2010

PERMATA ISLAM

Anak2 adalah permata, dan anak-anak yang lahir dengan nikmat Islam yang diwarisi daripada ibu bapa PERMATA ISLAM yang perlu sentiasa digilap,
Supaya nanti mereka akan terus menjadi permata yang menyinari agama Allah ini.

Pendidikan anak-anak mestilah sebermula sejak dalam kandungan lagi,
Apatah lagi setelah dilahirkan. Anak-anak kecil sangat memerlukan belaian kasih sayang, asuhan serta Tarbiyyah dari ibu bapa. Pada peringkat awal kanak-kanak lagi, Islam telah memberikan garis panduan lengkap kepada ibu bapa dalam proses membentuk dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang bertaqwa, berpekerti mulia dan berguna.

Antara perkara2 yang perlu diterapkan kepada anak-anak ialah :

1)      Mengenal Allah
2)      Mengenal Rasul
3)      Mengenal erti Munafik, Musyrik, Kafir dan Murtad
4)      Pendidikan solat

Kebanyakan insan yang bergelar ibu bapa pada masa kini sudah fail untuk memberikan didikan-didikan tersebut
Contoh didikan mengenal Allah dan takut hanya pada Allah. Mereka yang bergelar ibu bapa gagal mendidik anak-anak takut hanya pada ALLAH. Akibat daripada ini,takut mereka ialah takut pada hantu, takut nak pergi tandas sorg2. Walaupun perasaan takut ini juga perlu dalam diri kanak-kanak, namun tahap ketakutan mereka pada hantu melebihi takut pada ALLAH ( hantu wujud ke? Kenal ke tak mereka pada hantu?) –ini baru contoh kecik

Setelah gagal dengan pendidikan mengenal ALLAH ini, apatah lagi dengan pendidikan seterusnya, mesti fail
Last dengan pendidikan solat, andainya tak takut pada ALLAH, anak-anak kadang-kadang solat depan ibu bapa, solat macam cangkul, kerana mereka tak takut ALLAH dan tak ambil mudah dengan ERTI IHSAN (ALLAH MELIHAT KITA WALAUPUN KITA TAK MELIHAT ALLAH)

Akhirnya, kanak-kanak kecil ini membesar dengan tidak sempurna,
Hasilnya gagal menjadi PERMATA HATI yang di inginkan – bertaqwa, berpekerti mulia
Lalu gagal menjadi PERMATA ISLAM yang sepatutnya menyinar.







~Bersambung...


0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com