Today is Physic day
Whole day learnt Mr Physic
Sememangnya saya tidak suka pada matapelajaran fizik.tetapi entah mengapa markah subjek ini saya dapat lebih tinggi berbanding subjek minat saya :biologi dan kimia. Semasa saya ditawarkan ke matrikulasi dahulu pun, saya ditawarkan dalam aliran fizik, tapi saya tukar ke biologi. Saya sangka boleh 'melarikan diri' dari subjek fizik. Tapi tidak berjaya dengan percubaan melarikan diri tu. Hakikatnya, walaupun mengambil jurusan sains kimia, terpaksa juga ambil fizik. Walaupun ada yang kata 'physic is simple as life', tapi saya tetap risau, physic gonna ruin my life! begitu sekali teruknya pandangan saya pada Mr Physic!
Namun hari ini, saya merasakan suatu kelainan terhadap persepsi saya pada fizik.satu hari saya cuba berkawan dengan fizik, 'slow talk' hati ke hati, belajar fizik berdasarkan pemerhatian, dan alam sekitar.Ya, tentunya fizik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.
Nampaknya minda dan hati saya sudah mula berbicara,mencapai satu kesepakatan iaitu belajar memahami dunia fizik. Malah bereksperimen dengan sahabat serumah lagi!
Apa itu fizik? Bagaimana fizik berfungsi dalam kehidupan seharian. Fizik merupakan cabang sains dalam kehidupan yang menterjemah tentang fenomena alam dan kehidupan sekeliling.Ia merupakan satu cakupan yang meluas dimana sains fizik berfokus tentang bagaimana alam ini berfungsi, dikuatkan lagi melalui kajian dan eksperimentasi.
Sains fizik membawa kepada manusia untuk memahami bagaimana alam ini bertindak dan meramal bagaimana dunia pada masa hadapan. Ilmu fizik ini juga membawa pembuktian kepada kita mengenai disiplin kehidupan yang benar-benar teratur, sebagai contoh bumi yang sentiasa bergerak diatas paksi kewujudan magnet diperut bumi menghasilkan satu medan magnet disekeliling, kejadian pelangi selepas hujan, dan pelbagai lagi. Subhanallah, sangat teraturnya ciptaan Allah tanpa sedikit cacat cela, tanpa sedikit pun percanggahan, pertelagahan diantara mahkluk Allah ni.
Pada hari ini, pemecahan ilmu fizik semakin meluas. Kajian-kajian menyusul dalam proses membuktikan keajaiban alam, juga penciptaan teknologi terkini hasil kemajuan sains fizik menjadikannya nadi kepada kemajuan sesebuah negara. Penyelidikan tentang fenomena gelombang contohnya, membawa kepada kemajuan teknologi perhubungan tanpa wayar, pembinaan bangunan berdasarkan hukum kestabilan, graviti dan sebagainya. Semua ini didorong oleh pemecahan ilmu sains fizik yang banyak memperngaruhi kehidupan manusia.
Begitulah ilmu Allah ini luas. Sebahagian dasar dari ayat Al-Quran menyeru manusia mendalami ilmu mengenai alam ini malah mempelajarinya satu tuntutan ke atas kita.
Buktinya adalah melalui surah Al-A`la ayat 13 yang bermaksud :
Muliakanlah nama Tuhanmu yang paling tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan,yang memberikan hukum dan memberi bimbingan.
Serta surah Luqman ayat 20 yang bermaksud :
Tidakkah engkau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada
di langit dan di bumi.
Halatuju kehidupan manusia hari ini, untuk kehidupan pada masa hadapan didorong untuk ke arah kemajuan. Hakikat manusia pada hari ini, berlumba-lumba mengejar kemajuan. Kemajuan bidang fizik benar membawa kebaikan dari sudut kemudahan kepada manusia. Malah fizik memandu kemajuan fizikal dalam kehidupan manusia pada masa kini dengan halatuju dan matlamat masing-masing. Tanpa kemajuan bidang fizik, perkembangan teknologi tidak berlaku apatah lagi perkembangan kehidupan manusia.
Keistimewaan sains fizik ini ialah, mampu meramal bagaimana fenomena alam bakal berlaku.Keistimewaan ini menjadi lebih istimewa sekiranya fizik diterapkan dengan unsur-unsur agama Islam yang terkandung didalam al-quran, kerana Islam dan sains adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Pembangunan pada masa hadapan yang berpegang pada sains dan teknologi semata-mata tidak mungkin menjamin ketamadunan yang sebenar.
Ahli saintis barat yang telah memeluk agama Islam pernah berkata, sains membawa mereka kepada Tuhan yang sebenarnya iaitu ALLAH. Sains yang dipandu dengan Al-Quran membawa mereka kepada pembangunan intelek yang sebenar-benarnya kerana mampu membuka mata kepada ciptaan ALLAH yang banyak kerahsiaannya.
Pembagunan tanpa berpegang pada ayat ALLAH lebih banyak membawa kerosakan berbanding kebaikan. Inilah hasil sikap tamak manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka tokoh pemodenan tapi dalam pada masa yang sama mengganggu kestabilan alam sejagat.
Sebagai contoh peringatan dari ALLAH di dalam ayatnya :
“Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan manusia
supaya Allah timpakan ke atas mereka sebahagian akibat dari perbuatan mereka,
semoga mereka kembali ke jalan yang benar “ ( Ar-Rum :41)
Kesimpulannya, sains fizik adalah salah satu bidang Ilmu yang wajib kita pelajari.Tidak boleh tidak. Fizik merupakan cabang sains yang telah lama wujud pada Tamadun Islam sebagai satu falsafah yang wujud pada awal mulanya ialah dengan mempersoalkan asal usul tentang sesuatu yang berkaitan dengan alam dan hubungan dengan al-Khaliq. Pemacu perubahan zaman dan ketamadunan melalui ilmu fizik dan Islam mampu membawa kepada tahap keintelektualan dan sahsiah tinggi dalam masyarakat.

Jom Belajar Fizik dalam kehidupan!
teacher `afifah
end of third year 2nd part
salam sayang penuh barokah...
As a physics teacher..actually please dont said that Physics will gonna ruin of ur life.. that is not true dear.. as a students u should take a good manner on this subject. Act,physics is not difficult as u think about. Physics is fun. Set in ur mind that this is ilmu Tuhan that i should know and should learn.. Lets we thanks to God.. because DIA tak meletakkan kita dalam dunia tanpa ilmu.. DIA meletakkan kita dalam dunia ilmu pengetahuan.With knowledge, kita dapat dalami how powerful of Lord's creation..