~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

Edisi Ramadhan 2 : Ramadhan menuntut kita berjimat cermat

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, August 19, 2010

Salam Ramadhan,


Seminggu sudah kita berpuasa, alhamdulillah masih dalam kemampuan yang diberikan oleh Allah - alhamdulillah, betapa Dia mengasihi kita



Didalam kerahmatan Ramadhan ini, dalam tempoh syaitan serta sekutu-sekutu yang sewaktu dengannya, berada dalam tambatan dan belenggu, namun diri kita masih belum terlepas dengan amalan-amalan yang ditinggalkannya.



Semalam semasa di dalam makmal kimia, seperti biasa melakukan eksperimen.
Sebelum memulakan eksperimen, pensyarah saya Mr Syahrizal akan memberikan sedikit penjelasan, peringatan dan pesanan agar markah kami tidak akan ditolak diatas alasan sekiranya berlakunya kemusnahan yang berpunca dari kami ( banyaklah markah kami kena tolak - meja basah dengan air-tolak markah, radas pecah-tolak markah, lab report tidak kemas-tolak markah, datang lambat-tolak markah!! haisyyyy alamat no mark leave for us in synthesis organic! )




Diantara pesanan beliau :
Baiklah pelajar-pelajar saya, saya mengharapkan semua akan menggunakan bahan yang dibekalkan dengan secukupnya, sebagai contoh semasa menggunakan kertas litmus yang dibekalkan, janganlah kamu membazir. Dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita juga dituntut untuk tidak membazir. Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan...


Sejurus habis kata-kata Mr Syahrizal, Zahid terus menyampuk : Sir, bulan Ramadhan syaitan takderrr




Apa yer yang Mr Syah jawab :




~ Ye,syaitan tak ada bulan Ramadhan ni, tapi amalan dia yang ada sebati dalam diri manusia ni memang payah nak disingkirkan, jadi cubalah kita singkirkan dan tinggalkan amalan-amalan syaitan itu, yang akan mengurangkan amalan-amalan kita yang sepatutnya kita dapat lebih, tetapi menjadi kurang kerana kita masih dengan sikap dan amalan yang ditinggalkan oleh syaitan tuuuu....Mcm markah saya la,patut awak dapat banyak, tapi sebab wat xkena dengan yang sepatutnya kena la tolak markah,haha~



Ya benar kata-kata Mr Syah itu, walaupun dia bukan ahli dalam bidang agama, bukan dari seorang yang thiqah, namun dia mampu membawa elemen dakwah dalam pengajarannya! Dan rakan-rakan classmate yang nakal-nakal ini bertambah `beware` dengan Mr Syah ini
( terutama dalam bab menjaga markah! hehe)





Amalan Pembaziran :


Pembaziran , asalnya adalah kata yang dipinjamkan dari bahasa Arab, Bazzira-Yubazziru-Tabziran (Rujuk Kamus Arab). Allah menggambarkan fenomena pembaziran ini didalam ayatnya yang bermaksud : 


"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)


Di dalam Islam, agama melarang kita umat islam melakukan pembaziran malah didalam ayat diatas Allah menyamakan sifat orang yang suka membazir sebagai saudara dan kroni syaitan.

Bagi memperjelaskan lagi, bahawa Allah Taala tidak menyukai pembaziran,malah juga telah menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. 


Firman-Nya yang bermaksud: 
"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)



Cuba kita renung kembali semasa bulan ramadhan ini, benar kita berpuasa. Menahan lapar dan dahaga..Namun apabila tiba saat berbuka, meja penuh dengan segala jenis makanan. Semua kita rasa nak makan.Pergi bazaar ramadhan tak cukup tangan nak pegang plastik makanan.. 




Apabila tiba saat berbuka, kita tidak mampu untuk makan semua yang kita inginkan ketika disiang hari sewaktu berpuasa. Maka, makanan yang dibeli tadi tidak lain menjadi makanan second hand untuk sahur dan menjadi makanan yang dibiarkan...



Inilah fenomena biasa yang berlaku didalam masyarakat kita pada hari ini. Sepatutnya pada bulan ini yang dinamakan dengan bulan tarbiyyah, kita berusaha membentuk diri kita, selain menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan nafsu daripada berlebih-lebihan, membazir, menahan marah dan sebagainya.Malah lebih lagi mendidik jiwa kita lebih rendah diri, bersederhana dan lebih thiqah didalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dari sudut membeli barang keperluan, penggunaan air dan elektrik turut termasuk dalam aspek pembaziran yang perlu dikawal.

Betapa kita mengharapkan ramadhan memberikan segala jenis rahmat dan barakah..
Namun, barakahnya akan hilang dengan amalan-amalan yang kita anggapkan sebagai sesuatu perkara yang remeh ini. Ibarat mengutip debu dijalanan, ditatang tetapi tetap akan keluar di celah-celah jari jemari kita, ataupun disambar angin menjadi debu-debu yang beterbangan....Sayangnya






~Salam Tahajjud, Rabitah Muallim
Tg Malim 19 Ogos 2010~

0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com