~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

Allah Peganglah Hati-hati kami

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, October 28, 2010


Alhamdulillah,Allah cukupkan kekuatan untuk hati ini menulis dan Allah cukupkan kekuatan jari ini untuk menaip.
Syukur,syukur dan syukur....

Sungguh aku bersyukur pada-Mu kerana masih memberikan nikmat oksigen yang tidak berbayar ini untuk ku sedut. Andai engkau minta kami membayarnya, nescaya tidak kami mampu.

Sengaja saya mencari post mengenai Makhluk halus menurut Al-Quran dan As-sunnah supaya kita faham dulu konsep asasnya tentang makhluk ini yang wujud selain dari kita makhluk Allah yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini.. Insyaallah saya memulakan langkah untuk belajar rawatan islam ini, kerana menyedari ia adalah satu keperluan. Ayuh sahabat2 kita memulakan pencarian Ilmu Allah ini, meramaikan lagi Muallij dan Muallijah, bukannya Tok Bomoh..

Allah, peganglah hati-hati hamba-Mu ini, supaya sentiasa mengingati-Mu, berpegang pada-Mu..
Sungguh-sungguh, di saat kita ingin mendekatkan diri pada Allah, disaat itulah pelbagai ujian datang..

Ingin ku kongsikan kisah seorang pesakit ini ketika kami belajar merawat Rawatan Islam..Sebelum ini telah melihat kisah2 rawatan, namun inilah kes yang betul2 saya melihat dan mengalaminya sehingga pesakit sedar.
__________________________________________________________________________________


Allah..Allah..Allah...
Hati kecil membisikkan kalimah ALLAH..
Dalam masa yang sama proses scanning berlaku secara beramai-ramai di majlis ilmu Rawatan Islam.
Tiba pada masa yang tidak jelas waktunya, tiba-tiba muslimat ini menggigil badannya, mengalir air matanya..

Disaat hatinya menyebut kalimah Allah..tubuhnya menjadi tidak terkawal. Hanya hati dan mindanya sahaja yang dia mampu mengawalnya.. Dia mendengar, faham, tetapi ia tidak mampu berbuat apa2..

Dia malu dengan dirinya yang begitu, namun tidak dapat berbuat apa kerana fizikalnya telah dikuasai makhluk ALLAH yang tidak semua mampu melihatnya dengan pandangan biasa.

Dirinya menjerit dan meraung kesakitan saat dirawat dengan kalimah-kalimah ALLAH, Ayat-ayat-Nya dan kalimah Ruqyah oleh muallij dan muallijah. Kadang-kadang ia sedar, dan terkadang kelihatan separa sedar. Hatinya mengumpul kekuatan, Ya ALLAH, dari Mu kami datang kepada Mu kami kembali, Engkau yang Memiliki diri ini, hati ini dan segala makhluk lain. Maka bantulah Ya Allah.. Dia melawan dengan tenaga dalaman, MINDA dan HATI, kerana disitulah kekuatan sebenar lahir..ALLAH...ALLAH...ALLAH....

Hatinya menjadi 2..Katanya ketika ia dalam alam sedar : Ukhti..ana rasa diri ana 2 dalam 1..tapi ana tidak boleh menjadi 1.
Hatinya menjadi 2 - hatinya sendiri dan juga benda itu.. Keduanya berperang di dalam hati, Pertarungan fizikal dan juga dalaman.

Raungannya jelas.Jeritannya kadang2 sayu..Fizikalnya sakit, dalamannya juga sakit. Namun jika fikirkan sakit, katanya sampai bila tidak akan sembuh. Fizikalnya di bacakan kalimat rawatan, maka sakitnya seperti dicucuk dengan besi yang panas!

Lewat jam 2, dengan Izin Allah, Allah beri kekuatan padanya untuk merawat diri sendiri jg dgn bantuan perawat2. Belum pernah kami melihatnya dan mengalaminya.Tapi itulah yang belaku..
Katanya, disaat dia cuba mengusir makhluk penumpang itu, dia merasakan darahnya mengalir panas, dan berhenti di pergelangan tangan beliau.terhenti disitu.. Tangannya pucat dan menjadi biru.Pergelangannya terkunci! Juga diperutnya, dibelit sehingga terjerut!Allah...bantulah ALLAH..

Seketika kemudian dikepala pula rasanya dia menindih2 dan mahu menguasai minda. Alhamdulillah akhirnya pesakit berjaya dipulihkan..Syukur..syukur...

__________________________________________________________________________________

Alhamdulillah..apa yang berlaku ada hikmahnya..Allah ingin menguji hamba-Nya.
Biarlah hati sentiasa mengingatinya..Kerana itulah datangnya kekuatan disaat hadirnya pelbagai ujian..Allah peganglah hati-hati kami..

Pesan sahabat : jika sebelum ini amalan kita 100,selepas saat ini kita perlu gandakan.bukan shj niatnya untuk merawat semata-mata, tapi untuk mendekatkan diri kita kepada ALLAH..

ALLAH, PEGANGLAH HATI-HATI KAMI! AYUH ISTIQOMAH, IMPROVE OURSELVE!

0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com