~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

Memulakan Langkah

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, October 28, 2010


27 Oktober lepas, saya telah terbuka hati untuk belajar Ilmu Rawatan Islam di Pondok Asy-Syifa Asy-Syahidi Pelajaran berlaku secara on-9 Anjuran Pusat Rawatan Nur Islam Nur Ehsan (AKRINE SLIM).

Bentuk pengajian pula tidak hanya terhad kepada Ilmu Perubatan sahaja, tetapi meliputi pelbagai ilmu lg.

Alhamdulillah, sudah agak lama ingin menuntut, namun banyak kekangan serta persepsi yang dibina sendiri untuk belajar ilmu Allah ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia menemukan saya dengan Muallij-Muallij yang hebat ini. (sudah pun diiktiraf sebagai pelajar berdaftar di sini : http://www.asysyifaasysyahidi.blogspot.com/ 


Saya tidak sangka Abi Syahid akan pamerkan kami sebegini.


Sebelum ini, sudah ramai yang mengajak untuk turun ke kursus AKRINE, tapi belum rezekinya dan saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang penting. Namun hakikatnya ia sangat penting kepada kita.


Belajar Rawatan Islam satu Trend atau Keperluan?

Lewat tempoh masa dahulu betapa negatifnya otak saya berfikir bahawa mempelajari ilmu-ilmu rawatan ini hanya sekadar trend di kolej-kolej dalam membawa pendekatan dan isu baru untuk menarik perhatian. Sungguh malu mengakui ini yang saya fikir suatu masa dahulu. Salah satu sebabnya adalah, ilmu perawatan seperti ini jarang didengari, namun ia tiba-tiba meletup bila mana kolej-kolej diserang dengan fenomena Histeria, gangguan , hilang dan sebagainya. Maka saya merasakan biarlah mereka yang berminat untuk mempelajarinya, dan berpendapat tidak semua orang dilahirkan untuk merawat.

Namun persepsi ini berubah setelah mengenali beberapa sahabat rapat, serta banyak kes berlaku di depan mata tanpa mengira masa, menyebabkan persepsi itu berubah dan perlu mnegakui keperluan dan kepentingannya. Apatah lagi ini ialah ilmu Allah yang benar..

Semoga ia memberi manfaat, untuk diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.

Pesanan shbt muallij : belajarlah untuk merawat, mungkin kita perlukannya suatu hari nanti.bermulalah utk diri, keluarga dan rakan-rakan.








0 comments:

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com