~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

Muslimat? Ya, Kami Muslimat

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, November 5, 2010

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!

Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah!
Khadijah isteri Rasulullah, Maryam ibu Isa, Asiah isteri Firaun, Khaulah Al-azwar penghayun pedang perang, Zainab Al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. - Juga wanita hebat itu ibunda kita yang melahirkan dan membesarkan kita.. (^-^)

Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH  , akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadiannya, hakikat penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.
Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

"Sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. 
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya(neraka).
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; 
maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.."
(At-Tin,95:4-6)



Siapa Wanita,Muslimat,Women????


WANITA PADA PANDANGAN BARAT

Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki- tidak lain hanyalah sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya. Mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati, jiwa dan perlakuan mereka yang tidak bermaruah ke atas golongan wanita. Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah ke arah penggadaian diri sendiri.

Perlabelan yang telah di tanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga TOP WORST. Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti promosi-promosi Jualan Langsung, kain baju, makanan hatta kenderaan sekalipun. Walhal benda-benda ini tidak akan sedikitpun dibangkitkan oleh Allah di akhirat nanti untuk dipersoalkan.

Fenomen eksploitasi terhadap maruah wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya - sebagai isteri, ibu, pendidik generasi, serta sayap kiri perjuangan lelaki. Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki arena-arena lelaki yang bertentangan dengan susunan anggota, jiwa, dan tenaganya.

         Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
                  Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis
                  dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang
                  pokok beracun. Diluar nampak cantik, tetapi 
                  sebaik sahaja seekor burung memakannya, 
                  ia mati pada masa itu juga.
                                                   (Apa kata Islam mengenai wanita berpolitik)

 WANITA DAN PERADABAN ISLAM

Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang dianjurkan oleh Barat, wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni di mana maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya. Priceless.

Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincang lah semua. Dalam pembentukan sebuah institusi kehidupan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini saling bersatu padu.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut menghayun pedang perjuangan!

sumber gambar : http://photos-p.friendster.com/photos/58/86/57776885/1_693484570l.jpg


KAMI INSAN TABAH! 

Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah.Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab : 35
Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, 
laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar,
Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar.."


Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita/muslimat/women. Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh barat mengenai wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus. Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah. Tidak dan tidak dan tidak.

Kami insan tabah. Dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya mendidik generasi Daie ilallah.. Di saat terbentuknya bayi dirahim ibu selama 9 bulan dikandungan, seterusny kelahiran bayi dari perut ibu yang juga wanita, isteri  ini, inilah buktinya ketabahan seorang yang bergelar wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses pendidikan.

Pernahkah kalian mendengar lagu dendangan Hijjaz? Saya suka lagu ini, mengingatkan kita pada Srikandi bernama SUMAYYAH.

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah




KAMI INSAN TABAH!


Bagaimana kami yang masih remaja? Tidak hebat kah kami??Tidak kuatkah kami?? Ya, jawab dengan yakin bahawa kita insan tabah! Di mana ukuran ketabahan,kekuatan itu?  Ukuran ketabahan itu adalah disaat kita mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Di saat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, kita melawan dengan keyakinan dan pegangan pada ALLAH.

Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global,( serta bakal muncul bangunan warisan) namun, kami wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan arus duniawi ini. Masakan tidak ini adalah jihad! Benar inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri individu muslimat. Namun dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah diri kita insan yang hebat kerana mampu memperjuangkannya.

Lembik Vs Lemah Lembut

Lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza. Saya juga tidak suka kepada wanita yang lembik! Wanita yang lembik saya definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk survive tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak mampu menghadapi cabaran. Lantaran itu saya sangat tidak suka dengan wanita yang lembik ini.

Berbeza pula dengan lemah lembut, saya definisikan menurut Profesor Meadley, adalah orang yang mempunyai hati yang subur, bisa melentur, namun sulit dipatahkan. Saya juga definisikan sebagai tingkah laku yang sepatutnya ada pada seorang wanita yang membezakannya dengan lelaki.

Lantaran perbezaan definisi inilah saya menyeru kepada kaum wanita/muslimat kearah lemah lembut tetapi bukan lembik. Hakikat ini tidaklah menyekat aktiviti wanita/muslimat untuk bergiat aktif didalam mana-mana persatuan, aktiviti lasak, cabaran dan sebagainya. Malah saya juga sangat gemar aktiviti lasak!Inilah salah satu entiti yang perlu di bawa oleh wanita/muslimat. Tidaklah ia bermaksud, dengan sifat ini, maknanya wanita adalah insan yang mudah menitiskan air mata, mudah mengalah atau sebagainya.

Pemberatan keterlibatan wanita dalam organisasi adalah tinggi. berikutan jumlah wanita yang ramai di muka bumi ini berbanding lelaki, membawa kepada tuntutan wanita turut serta dalam organisasi-organisasi penting termasuklah dibidang politik. Contoh keterlibatan wanita masa kini dalam politik ialah YB Nur Izzah Anwar, YB Dr Lo'Lo, Senator Mumtaz Md Nawi dan sebagainya.

Buat muslimat/wanita/perempuan/ibu,
Andalah apa yang anda fikirkan. Ukuran kuat atau lemah anda adalah dari apa yang fikiran dan hati anda katakan. Peganglah kekuatan hati itu supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri anda dengan kebergantungan pada Allah, kerana Kekuatan dalam, ruhiyah, dan jasadiyah datang daripada-Nya.

Muslimat Power! 

Salam perjuangan dari muslimat yang ditarbiyyah!
Afifah Abdul Kodi,
Bumi Tanjong Malim.

1 comments:

  1. RuMaH TuA Says:
  2. Salam Ziarah... (",)

    Sama2 didik diri & hati dgn sunnah Rasulullah s.a.w.
    Insyaallah~~~

Post a Comment

"Jika aku benar, ikutlah aku, jika aku salah,tegurlah aku" - Sayyidina Umar

Syukran singgah di blog xseberapa ni

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com