~Ilmu itu jauh lebih mahal daripada segala KEBENDAAN,jauh lebih berharga drpd semua KEKAYAAN~. Powered by Blogger.

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya."[...]

MUSLIMAT?YA,KAMI MUSLIMAT

Persoalan mengenai wanita/muslimat tidak dapat dipisahkan sungguhpun zaman telah berubah generasi ke generasi, tamadun demi tamadun. Malah persoalan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman!Sungguh hebat muslimat - nama dan statusnya juga turut disebut di dalam Al-Quran serta lipatan sejarah![...]

HEBAT!TIDAKKAH ANDA TERUJA DENGANNYA!

Pagi!Pagi! Setiap masa adalah PAGI bagi orang-orang yang mahu BERJAYA dan mahu KAYA ^____^ Alhamdulillah kini kita sudahpun berada pada tanggal 19 Ramadhan 1431 H Syukur kita rafa`kan pada-Nya kerana mengurniakan nikmat teragung iaitu nikmat ISLAM, nikmat IMAN,nikmat RAMADHAN, nikmat KESIHATAN dan juga nikmat SEMANGAT meneruskan kehidupan ini. Maka mari mulakan hari ini dengan SEMANGAT dan niat IKHLAS untuk memajukan diri.."[...]

Belajarlah Dari Sikap Orang Jepun

Ketika sedang membelek-belek buku di mini perpustakaan rumah sewa saya, saya mengeluh kepada sahabat serumah saya. Mengeluh bukan kerana apa, tetapi mengeluh kerana penat mata mencari buku yang mana mahu dibaca. Buku di perpustakaan kami memang banyak, malah saya masih belum 20% habis membaca kesemuanya! " Hai, buku apa lah yang nak dibaca. Buku banyak, rasa nak baca semua, jadi tak tahu nak baca tang mana dulu......" Sekilas kemudian terpandang..[...]

Cerita Afifah Setelah Lama Menghilang...

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, October 17, 2011 ADD COMMENTS

Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan semesta alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W. beserta kaum kerabatnya, sahabatnya, dan orang yang mengikuti sunnahnya sehingga hari kebangkitan.

Inilah kisah saya, seorang yang biasa-biasa tetapi ingin menjadi luar biasa dan bagaiana saya bermula untuk menjadi luar biasa.
Tanggal 25 Januari 1988 lahirnya seorang bayi perempuan di Kampung Aur China Pasir Mas, Kelantan. Bayi tersebut merupakan anak kedua kepada pasangan suami isteri Puan Noor Aini Yaacob dan Encik Abdul Kodi Awang. Mereka lantas menamakan bayi tersebut dengan nama Afifah yang bermaksud “wanita yang suci murni, berbudi bahasa, punya harga diri dan bermartabat tinggi”. Saya membesar dibawah kasih sayang ibu dan ayah di daerah Pasir Mas bersama-sama 10 adik beradik saya yang lain. Ketika kelahiran saya, ibu mengatakan saya adalah antara bayi yang paling mudah dilahirkan dalam kalangan 10 anak beliau tanpa rasa sedikit pun kesakitan. Namun, selepas kelahiran, saya adalah bayi yang terlalu banyak diuji dengan kesakitan, dugaan dan sebagainya sehingga ia juga turut menguji kesabaran kedua-dua ibu bapa saya. Selain dari ibu dan ayah saya, seorang lagi individu yang saya tidak pernah lupa kerana menjaga saya seperti anak sendiri adalah ibu saudara saya yang saya panggil Che’ Nah.
Pada umur 5 tahun, saya mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Maahad Tahfiz Slow Machang, Pasir Mas bersama-sama abang saya Ahmad Taqiyyuddin yang ketika itu berumur 6 tahun. Saya lupa, bagaimana saya bermula untuk disekolahkan bersama abang saya.Yang pastinya, pada ketika kanak-kanak saya, kami memang sangat rapat dan tidak boleh berpisah pun. Sehingga abang saya ke sekolah rendah, kami mula berpisah dan saya masih di Pasti. Saya masih ingat lagi, ketika pulang dari Pasti ibu saya atau emak saudara saya menjemput saya dari sekolah dengan menaiki basikal. Betul.Saya masih ingat lagi.
Kemudian, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tanjong Chenak. Ketika di sekolah rendah, saya ini adalah orang yang sentiasa dibuli. Saya tidak mampu untuk membalas perangai jahat kanak-kanak lain. Atas sebab inilah, ia mendorong saya untuk jadi pelajar yang cemerlang dan balas dendam dengan mendapat hadiah setiap bulan, dipanggil naik ke pentas menyebabkan orang lain semakin kurang membuli saya. Disamping ibu dan ayah saya sentiasa memberikan motivasi supaya belajar bersungguh-sungguh, rupanya memang persekitaran juga menyebabkan saya ingin jadi pelajar cemerlang. Disinilah bermulanya impian saya untuk menjadi seorang yang kaya raya, luar biasa supaya orang yang sentiasa memandang rendah dengan fizikal saya yang kecil, rupanya kecil-kecil cili padi. Jangan cabar saya!
Setelah habis sekolah rendah, saya dan geng pernah bersepakat untuk ke sekolah cemerlang bersama-sama, belajar bersama-sama dan memang kami ditawarkan ke sekolah tersebut. Namun, impian saya terkubur kerana ibu bapa saya tidak membenarkan saya bersekolah di sekolah tersebut. Mereka tetap mahu saya bersekolah di Sekolah Menengah (U) Arabiah Pasir Mas. Maka dengan hati yang tidak rela dan terpaksa saya ikut sahaja kemahuan mereka. Pada saat itu saya masih seorang budak hingusan. Tidak mengerti erti hikmah disebalik kejadian dan peristiwa. Setelah setahun di Arabiah Pasir Mas, saya bertukar ke sekolah Yaakubiah Nipah bersama abang saya untuk meneruskan tingkatan 2 dan 3 di situ. Pada masa itu, rakan-rakan menyangka kami kembar kerana berada di tingkatan yang sama. Setelah tamat PMR di Yaakubiah, saya bertukar ke Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu dan abang saya kembali ke Arabiah Pasir Mas untuk menyambung tingkatan 4 dan 5. Alhamdulillah selepas SPM saya memohon ke matrikulasi dan Alhamdulillah saya ditawarkan ke Matrikulasi Pulau Pinang. Setahun di sana, saya kemudian ditawarkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pendidikan Sains Kimia. Inilah sedikit sebanyak latar belakang pendidikan saya.
Impian saya.
Sejak kecil lagi saya telah memasang impian yang besar. Bagaimana saya mampu membina imaginasi yang besar? Pertama adalah kerana sikap saya semenjak kecil, bila melihat sesuatu yang hebat dan luar biasa, saya mahukan benda tersebut. Jika tidak dapat, saya akan menangis dan tidak akan berhenti sehingga saya dapatkannya. Kedua, ketika bersekolah rendah, saya adalah dalam kategori pelajar yang minat membaca, suka ke perpustakaan. Saya bukan membaca buku rujukan belajar pun, tapi suka pada bahan bacaan luar, yang memaparkan tentang cita-cita, apa yang perlu anda jadi apabila besar nanti. Dalam pada itu, saya tidak sedar, ada sesuatu yang tersembunyi dalam diri saya yang saya tidak garap dan gilapkan. Apakah itu? Minat mencari wang saku tambahan. Ketika bersekolah darjah 3  saya pernah mendapat idea untuk melukis (lukisan kanak-kanak je) dan jualkan kepada kawan dengan harga sepuluh sen. Namun, tidak laku satu pun. Memang lah, lukisan pun buruk, tidak ada seni siapa nak beli. Maka, saya tukarkan kepada menjual benda lain. (Ketika sekolah rendah, budak-budak memang suka main jual-jual barang). Ketika darjah 6, saya sedikit serius untuk menambah wang saku. Saya lontarkan idea kepada ibu saya, lantas tanpa bantahan dia suruh saya jualkan kuih donut yang jiran saya buat. Setiap hari saya bawa dounut dan jualkan. Namun kadang-kadang, ada yang tidak bayar pun dan saya halalkan saja. Lama kelamaan saya di marah oleh pengusaha kantin kerana menjual kuih. Bagi saya, mereka sebenarnya tidak pernah rugi pun kalau saya yang jual kuih. Mereka sudah ada tender kantin. Tapi, selepas itu, ibu saya juga tidak benarkan saya menjual kuih kerana tidak dapat untung sangat, rugi adalah. Pada masa itu, saya tidak memahami erti untung dan rugi. Yang saya tahu adalah keseronokan berjual beli terutama bila dapat duit orang bayar. Pada musim cuti sekolah, saya membantu emak saudara saya berniaga. Perasaan yang sama saya rasa adalah seronok apabila pelanggan datang membeli dan membayar.
Ketika tingkatan 4 di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), saya tinggal bersama atok, nenek, emak saudara dan abang saya di Pasir Mas dan berulang Pasir Mas ke Kota Bharu setiap hari. Saya hanya sempat bertahan di asrama untuk tempoh sebulan sahaja. Setiap minggu, ibu saya tinggalkan wang saku yang cukup-cukup untuk kegunaan saya. Saya merasakan ianya tidak cukup! Jika saya minta lebih, mereka mahu saya tinggal di asrama. Berulang Pasir Mas ke Kota Bharu memang belanja tinggi. Kadang-kadang saya terpaksa meminjam dengan kawan-kawan. Oleh itu, saya sudah tidak ada pilihan lain, kecuali berniaga kecil-kecilan di sekolah untuk wang saku lebih. Modalnya saya ingat lagi pada masa itu, sekitar tahun 2004, harga maruku sebungkus besar adalah RM 5.50. Kalau tidak maruku, saya beli ubi kayu pedas. Setiap petang balik dari sekolah saya singgah beli maruku dan ubi. Pada malamnya pula, kerja saya adalah membungkus ubi kayu. Pada tengah malam pula barulah saya buka buku dan study. Adakala saya tidak study pun. Jual kerepek macam ini, laku juga semasa di sekolah. Ramai kawan-kawan beli. Tapi, promosi pada permulaan ialah kena tebalkan muka, menjaja kelas ke kelas. Alhamdulillah dapat untung atas sebungkus kerepek RM2. Bagi saya sudah puas hati untuk setiap hari. Operasi saya ini terbantut menjelang peperiksaan, kerana kami perlu belajar dan hafal banyak subjek.
Seterusnya, saya membawa minat saya ini ke mana saja saya pergi. Ketika saya berada di matrikulasi, saya berniaga dengan lebih serius. Saya bawa keropok dan kain tudung bawal dari Kota Bharu ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Ketika ada gerai jualan, saya menyertainya. Dari sudut pelajaran, saya bukan pelajar cemerlang, tetapi Alhamdulillah saya masih lagi tahu tanggungjawab saya adalah belajar, manakala berniaga adalah sambilan sahaja.
Di UPSI pula, saya merupakan pelajar yang minat berpesatuan. Pelbagai program saya sertai dan kebanyakannya saya diletakkan dibawah biro usahawan/ekonomi. Lantas, saya sepenuhnya menggunakan minat yang ada untuk melakukan gerak kerja. Antaranya mereka bentuk calendar semester dan menjual kepada pelajar-pelajar UPSI. Untuk tempoh satu malam sahaja, saya Berjaya menjual calendar tersebut tidak kurang daripada 50 keping, dimana saya menjaja dari sekelompok pelajar kepada pelajar yang lain. Sehingga suatu saat, saya merasakan perlu bermula untuk menubuhkan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Perniagaan pertama yang saya ingat adalah menjual nasi lemak. Saya tempah nasi tersebut daripada seorang mak cik yang menawarkan untuk membekalkan nasi lemak tersebut di mana beliau juga memerlukan bantuan kewangan keluarga. Hari pertama, saya menjaja nasi lemak dari rumah ke rumah di Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR,UPSI). Hari seterusnya saya meletakkan nasi lemak didalam bekas dan meletakkan di tepi pintu lif, dan Alhamdulillah nasi lemak saya habis terjual dan duit jualan juga Alhamdulillah cukup didalam bekas duit. Lama kelamaan, ramai sambutan dan wujudnya persaingan penjual nasi lemak di KHAR, dan wujudnya jualan makanan lain di tepi lif tersebut seperti sosej dan roti. Disebabkan muncul peniaga baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, AJK Kolej mendapat laporan dan mengharamkan pelajar berniaga. Maka, perniagaan saya terpaksa dihentikan. Perniagaan seterusnya yang saya buat adalah menjual kain tudung. Modal yang telah saya keluarkan adalah sekitar 1 ribu ringgit dimana separuhnya adalah wang sendiri dan separuhnya adalah modal yang disumbangkan oleh emak saudara saya yang sememangnya berniaga tudung serta menggalakkan saya berniaga. Bagi saya, itu adalah modal yang paling besar pernah saya keluarkan. Namun, sebagai peniaga kecil-kecilan di kolej, kita tidak mampu bersaing dengan peniaga-peniaga yang memang khususnya berniaga kain tudung, menyebabkan saya tudak mampu memenuhi citarasa pelajar. Apatah lagi fesyen kain tudung bergerak pantas seiring dengan masa. Saya telah mengalami kerugian dan tidak dapat semula modal yang telah saya keluarkan, menyebabkan saya kecewa. Namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba perniagaan lain. Pelbagai jenis perniagaan lain telah saya cuba,iaitu menjual biskut raya dan sebagainya. Namun, saya masih mencari-cari, apakah pernigaan yang sesuai untuk diri saya dan mendatangkan pulangan sesuai dengan usaha dan komitmen yang saya laburkan.

Kisah Cinta Bersama Score A,
Kisah cinta saya kepada SCOREA Program bermula kerana sebuah kekecewaan. Saya kecewa dengan apa yang saya lakukan sebelum ini tidak mendatangkan keuntungan, kepuasan dan kejayaan. Saya sentiasa mencari di dalam internet, apakah perniagaan yang sepatutnya saya lakukan. Carian demi carian saya lakukan dan akhirnya saya terjumpa dengan kata kunci perniagaan pendidikan online, www.scorea.ws . Saya membaca beberapa kali laman web tersebut, untuk tempoh yang lama. Seminggu. Mungkin sebulan. Saya lupa tempohnya.    Saya baca dengan bersungguh-sungguh, teliti, menyebabkan saya tertanya-tanya apakah bisnes yang diceritakan ni! Untuk suatu tempoh selepas itu, saya terbuka pintu hati untuk menghubungi pemilik laman web tersebut, iaitu Tuan Fahdi Ghazali. Beliau terus mengajak saya ke seminar di Kota Damansara. Bayangkan, Kota Damansara dan UPSI adalah satu tempat yang agak jauh bagi saya. Saya kehabisan idea bagaimana mahu ke sana. Namun, saya terus mengatakan YES dan hadir ke seminar tersebut dengan bantuan Cikgu Yati/Kak Yati, rakan niaga Encik Fahdi. Pada peringkat awal, kurang percaya dengan Kak Yati, tetapi dengan sepatah perkataan ini, yang saya masih ingat lagi, ‘trust me, akak pun cikgu juga’. Maka, keesokkan harinya saya ke seminar tersebut. Ketika itu, adalah bulan puasa tahun 2010.
Ketika saya ke seminar, jujur saya katakana saya memang tidak ada duit langsung kerana sehari sebelum itu saya baru pulang dari Pulau Pinang kerana ada program kepimpinan di sana, dan saya telah habiskan hampir 500 ringgit untuk berurusan di sana. Wang baki saya hanya tinggal RM 100, dan RM 70 telah digunakan untuk bayar seminar tersebut.
Selepas seminar tersebut tamat, jiwa, fikiran, hati, akal, semua terbakar berapi, bersemangat seperti ledakan gunung berapi! Betapa hebatnya seminar tersebut, produk tersebut dan bentuk perniagaan tersebut! Saya memang tidak akan menolak peluang dan program ini. Balik sahaja, saya terus berfikir, macamana nak kumpul modal? Encik Fahdi cuma beritahu saya, apa yang beliau buat untuk kumpul modal. Macam tak bersungguh-sungguh je nak saya join. Lantas saya tidak fikir panjang, saya keluarkan sedikit wang simpanan daripada akaun Tabung Haji saya yang konon-konon tak nak sentuh. Puas saya fikir, perlu atau tidak untuk pinjam dengan sahabat-sahabat untuk cukupkan modal. Lalu saya nekad, saya mesti pinjam! Alhamdulillah beberapa sahabat, dan abang saya beri pinjam modal untuk saya bermula dengan Score A program. Setelah dapat sedikit modal, iaitu 796 sahaja saya terus mahu bermula. Saya tidak mahu bertangguh untuk tunggu dapat modal pakej lebih besar. Namun, dalam tempoh sesudah saya sign up saya masih berfikir bagaimana cara untuk upgrade ke pakej seterusnya tanpa menunggu bukti kejayaan potensi scoreA. Saya jual barang berharga yang saya ada, terus saya upgrade. Sungguh, ibu bapa saya marah dengan saya. Kerana tidak menghargai apa yang ada. Bukan mudah keputusan itu dibuat. Bukan senang menghadapi ibu bapa sesudah itu. Bukan senang meyakinkan mereka kita buat keputusan tersebut adalah untuk mereka. Namun saya pasrah. Sehingga hari ini kemarahan mereka masih ada pada saya, namun saya nekad! Tidak ada orang yang boleh haling saya sekiranya itu keputusannya.
Ketika saya buat Score A di UPSI, ia tidaklah semudah yang dijangka. Ia tidak sesenang yang dirasa. Ramai yang saya kongsikan peluang ini, tetapi semua menolak. Ramai juga yang saya Berjaya yakinkan untuk ke seminar, namun, mereka tidak mahu menyahut peluang tersebut. Puas saya fikir, apakah sebab untuk mereka menolak. Tidakkah mereka Nampak apa yang saya Nampak??? Setiap minggu saya menghantar rakan-rakan untuk melihat dan menilai SCOREA dengan dekat. Namun, mereka menggeleng.Mereka tidak menilai dengan mata hati. Apa yang mereka lihat adalah susah!
Ketika di tahun akhir, saya telah dihantar untuk berpraktikal di Kampar Perak. Keadaan ini bertambah menyulitkan saya untuk gempur ScoreA bersama-sama partner dan upline. Pada peringkat awal, saya berulang alik setiap minggu dari Kampar, Perak ke Kota Damansara, dan kadang-kadang memandu kereta sahabat baik saya, Kak Nida dari Tanjong Malim ke Kota Damansara. Pada suatu ketika, saya pernah ditegur oleh kawan satu praktikal, ditegur oleh guru pembimbing dan juga pensyarah, malah diugut untuk berhentikan saya belajar kerana meluangkan lebih masa untuk berniaga. Mereka katakana pada saya, kita adalah pelajar, bakal guru dan kerjaya sepatutnya adalah guru. Saya tahu, faham dan sedar. Namun, anda tidak akan mampu sekat saya dan jiwa saya serta impian saya. Adalah anda yakin jamin dapat tunaikan impian saya dan keluarga saya jika saya menyahut saranan anda? Tidak! Saya tidak pernah putus asa, tetapi saya berhenti seketika untuk menggerakkan perniagaan saya keran hormat dan mahu selesaikan pengajian saya. Ketika tempoh itu, ada juga tawaran dari sahabat untuk saya melibatkan diri dengan perniagaan bersama mereka. Saya cuba, namun saya merasakan tidak sesuai kerana jiwa saya tetap rasa SCOREA is THE BEST! Dengan pengalaman yang sedikit dalam perniagaan lalu, serta impian saya yang cukup-cukup besar ini, saya tetap Yakin bahawa SCOREA adalah satu-satunya jalan menuju impian tersebut.
Saya cuti ScoreA untuk satu tempoh yang lama. Setelah tamat belajar, saya bekerja dengan seorang pensyarah, tinggal dirumah beliau dan bekerja dengan seorang penulis buku agama, Ustazah Nafisah Tahir. Sebulan sahaja saya bekerja dengan beliau kerana jiwa saya tidak boleh dipisahkan dengan ScoreA Program. Saya berterima kasih kepada upline, rakan niaga, mentor dan juga leader saya Tuan Fahdi Ghazali yang tidak pernah putus asa menghantar berita dan perkembangan terbaru scorea, malah mengajak saya pulang ke negeri kelahiran Kelantan untuk gempur ScoreA di sana. ScoreA Edata telah masuk ke Pantai Timur dan membuka cawangan di sana! Saya cemburu. Namun, cemburu tanpa bertindak, seperti gunung berapi mati. Saya bersyukur kerana upline dan mentor saya ini telah memanggil saya ke event ScoreA Edata Pantai Timur dan menghidupkan kembali gunung berapi saya.
Alhamdulillah, kini setahun saya bersama ScoreA, saya bergerak kembali di Pantai Timur bersama Team Pemburu Impian. Setahun lalu saya buat ScoreA tanpa Ilmu, jarak yang jauh, dan belum lagi berjaya dengan ScoreA Program. Namun saya BELIEVE dengan Program ini sehingga kini, malah SISTEM yang semakin mantap membantu saya. Halangan dan rintangan untuk bergerak di tempat sendiri lebih mencabar. Hal ini kerana saya terikat dengan ibu bapa dan mereka masih marah pada saya kerana saya memilih perniagaan ini. Tidak mengapa. Marahlah umi.Marahlah abah. Saya tahu, mereka marah kerana mereka risau saya tidak Berjaya. Mereka marah kerana risau. Mereka marah kerana mereka tidak Nampak apa yang saya Nampak. Dan mereka marah kerana mengharapkan anak mereka ini akhirnya menjadi guru seperti yang diharapkan. Sungguhpun dugaan lebih besar dan berat, saya tempuh juga, dan akan tempuh juga apa sahaja dugaan yang mendatang. Kerana sekali sudah nekad, kena buat dan buktikan pada mereka pertimbangan kita tidak silap.
Alhamdulillah, saya akan teruskan perjuangan bersama Pemburu Impian dan Assosiates mengembangkan sayap ScoreA kepada anak Kelantan.

Sebiji Kuali Hitam

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Friday, June 3, 2011 ADD COMMENTS

Sketsa 1 semasa Lagu desa tercinta

‘Ibu sedang menjahit baju  manakala Johan dan Milah sedang bermain kejar-kejar. Ibu melihat dengan penuh keriangan telatah anak-anaknya. Johan dan Milah berhenti berlari dan duduk kepenatan sejurus habis lagu desa tercinta.’
Puisi 1
Sebiji kuali hitam
Di dapur kelahiran
Adalah teman ibu
Siang dan malam

Sebiji kuali hitam
Terjerang diatas tungku adalah penghibur ibu
Ketika mereka bermain
Sewaktu puisi dibaca,ibu bangun ke dapur dan memasak menggunakan kuali hitamnya. Johan dan Milah masih bermain-main.
Sejurus puisi 1 habis dibaca johan menjerit..
Sketsa 1
Jali       : Ibu! Ibu! Ibu!
Mak     : Yea nak..ada apa nak?
Jali       : Jali lapar ibu..jali lapar
Milah   : Isk adik ni.. sabar la.. kan ibu tengah masak tu..
Mak     : jail lapar yea.. ini mak tengah siapkan nasi goreng ayam kegemaran jail.. jail suka kan..
Jali       : Yeaaahhh..nasi goring.. jali suka..jali suka..
Sejurus sketsa 1 habis, puisi 2 terus dibaca..

Puisi 2
Sebiji kuali hitam
Di atas api siang dan malam
Tahun demi tahun
Mereka tidak pernah menghitung

‘Sewaktu puisi dibaca, mak menghidangkan hidangan di ruang makan’
Sejurus puisi 2 dibaca, mak memanggil..
Sketsa 2
Mak     : Milah sudah la main tu.. ajak adik kamu makan..
Milah   : Adik..adik..jom makan..
Jali       : Ala..jali nak main lagi..
Milah   : Mak..tengok adik ni..dia tak nak makan..dia nak main..
Mak     : Johan..jom makan nak, nasi goreng ayam kegemaran jali dah siap ni.. jom kita makan..
Jali       :  Yeaahh.. dah siap.. nak makan.. nak makan..
Sejurus sketsa 2 habis, puisi 3 terus dibaca..
Dia yang menyayangi sebiji kuali
Sering memeluk mereka
Pernahkah mereka perhatikan
Matanya yang ditikam serbuk arang
Kulitnya yang dikoyak percikan minyak
Lengannya yang diserap abu hitam
Dahinya yang disengat pucuk api
Sewaktu puisi atas dibaca, johan dan milah sedang makan dan mak hanya memerhati..
Mereka hanya tahu lena kekenyangan
Ketika mereka tidur                                                                                                                       ibu diketuk ketuk Oleh lelah dan batuk
Setelah asap dan abu menggaru –garu
Di paru – paru
Sewaktu puisi diatas dibaca, johan dan milah tido setelah kekenyangan. Ibu pula membawa pinggan yang dimakan ke dapur..
Mereka tidak pernah meyedari
Dan ibu pun tidak peduli
Dia hanya tahu merasa bahagia
Melihat mereka keriangan
Menunggu sesuatu akan terhidang
Dan tidak ada yang lebih membahagiakan
Dari melihat mereka kekenyangan
Sewaktu puisi diatas dbaca, ibu mengemas barang di dapur. Selepas itu mengejutkan anak-anak bangun untuk tido di dalam bilik kononnya dan membawa johan dan milah ke belakang pentas untuk mengakhiri babak zaman kecil..

Babak 2
Puisi 1
Begitulah tahun demi tahun
Kuali yang setia menjalankan tugasnya
Hingga mereka dewasa dan hidup di kota
Ketika puisi dibaca, abang ipar jali iaitu azam masuk duduk diatas kerusi dan membaca surat khabar. Jali pula sedang memakai tali leher untuk ke  pejabat.
Sejurus puisi habis dibaca 1, jali terus menyapa abang iparnya..
Sketsa 1
Jali       : Hai.. relaks ja Nampak.. abg zam tak pegi keja ke hari ni?
Azam   : Eh..kenapa pula tak pergi.. pergi la.. ni hah.. dok baca surat khabar sementara nak tunggu kakak kamu tu bersiap. Kamu takkan tak tawu kakak kamu tu. Kalau bersiap, 2jam pun belum tentu lagi siap.
Jali       : hahaha.. betul tu abg.. Saya setuju..
Azam   : Eh? Kamu tak pegi keja ke hari ni? Kalau tidak kamu awal-awal pagi dah keluar pegi keja.
Jali       : haa..baru nak cakap.. keta saya masuk bengkel semalam.. ingat nak tumpang kereta abang ke pejabat hari ni..
Azam   : Owh.. lagipun abang guna jalan yang sama untuk ke pejabat kamu.. kamu tumpanglah abang sementara nak tunggu kereta kamu tu siap.
Jali       : Elok sangat tu..terima kasih abang iparku yang baik hati..
Azam   : Ala..nak bodek la tu.. tak payah nak bodek-bodek.. mana kakak kamu ni.. lama betul bersiap..
Jali       : A’aa la.. lantas jali menjerit… Kakak oi.. dah dah la tu.. suami akak dah lama tunggu ni..
Milah   : Semasa berjalan masuk ke pentas.. Yea..yea.. kakak dah siap ni.. kamu ni jali, abang kamu tak lebih-lebih, kamu pula yang tergesa-gesa.
Jali       : Yea la akak..dah saya nak tumpang akak pagi ni.. kalau kakak lambat, saya pun lambat juga la masuk kaja hari ni..
Milah   : Yea..yea.. kakak dah siap ni.. Milah memanggil dua orang anaknya.. Aleya.. Elysa.. dah main tu.. kemas barang-barang kamu.. ibu nak hantar kamu berdua ke nursery..
Elysa   : Ala ibu.. kejab la.. adik nak main lagi ni..
Aleya   : Yea la mak.. kami nak main lagi..
Milah   : Aleya..elysa.. anak mak ni baik kan.. mak dah lambat nak pegi keja ni.. nanti mak balik keja mak ambil aleya dan elysa k.. nanti dekat nursery aleya dan elysa boleh sambung main..
Aleya   : Baik mak..
Milah   : Macam tu la anak mak.. dengar cakap..
Sejurus sketsa 1 habis, puisi 2 terus dibaca..
Puisi 2
kini di dapur rumah mereka yang bersih
tidak ada kuali hitam yang hodoh
Cuma pada kesempatan
Yang tidak selalu sempat
Mereka memasak untuk anak anak
Dengan kuali non – stick
Yang tebal dan mahal
Dan sesudah itu membasuhnya
Dengan sabun lembut
Berhati – hati seperti memandikan bayi
Mengikut arahan pada buku panduan
Sewaktu puisi dibaca, lakonkan situasi bersiap untuk keluar rumah..
Suatu hari ibu ke rumah mereka
Tuk,,tuk..tuk..tuk.. Bunyi pintu diketuk..
Ibu       : Assalamua’laikum.. Banyak kali..
Milah   : Eh? abang.. siapa yang  bagi salam pagi-pagi ni? Cuba pegi tengok..
Azam   : Baik sayang.. Azam lantas pergi ke pintu dan membuka pintu.. Eh?? Ibu?? Ingatkan siapa  tadi. Azam pun memanggil isterinya.. Ayg.. ibu datang ni..
Milah   : Milah bercakap sendirian.. Ibu? Kenapa ibu datang? Mesti nak pecahkan pinggan mangkuk          aku lagi ni.. Lantas Milah pun menuju kearah ibunya.. Ibu? Kenapa ibu datang?
Ibu       : Ibu rindu korang nak.. Ibu datang nak jumpa korang.. lebih-lebih lagi dengan cucu-cucu ibu           aleya dan elysa..
Milah   : Hah..elok la tu.. tak perlu la saya nak antar aleya dan elysa ke nursery.. mak aja la yang jaga diorang..
Jali       : Kak, siapa datang tu kak?
Milah   : Ni hah.. ibu datang..
Jali       : Sambil membaca surat khabar.. Owh ibu.. masuk la ibu..
Lantas aleya dan elysa menjerit keriangan melihat kehadiran nenek mereka..
Nenek!! Yeah..yeah.. nenek datang!!
Ibu       : Aleya..Elysa..cucu nenek.. nenek rindu korang..
Aleya   : Nenek.. nenek bawa coklat tak?
Alysa   : Nenek ada bawakan mainan tak?
Ibu       : Ada..ada.. nenek ada belikan aleya dan alysa coklat dan mainan..
Lantas milah mencelah..
Milah   : Ibu, kami dah nak pegi keja ni.. ibu tolong jaga anak-anak saya.. tolong kemaskan rumah sekali k..
Ibu       : Baik nak.. hati-hati bawa kereta tu..
Sejurus sketsa 2 habis, puisi 3 terus dibaca..
Dengan kerajinan yang biasa
Ibu memasak untuk cucu-cucunya
Cucu – cucunya ternyata amat berselera
Dan ibu merasa terlalu bahagia
Sejurus puisi 3 habis dibaca, milah, johan dan azam pulang dari kerja..
Sambil berjalan masuk ke dewan..
Jali       : Uhh.. penat abang hari ni.. keja bertimbun di ofiz tu..
Azam   : Ala adik.. dah nama pun pergi kerja bukannya pergi melancong..
Jali       : Yea la tu.. adik nak rehat kejab.. letih la bang..
Azam   : Abang naik bilik dulu.. nak mandi-mandi dulu..

Puisi 4
Dan sesudah itu
Dengan cara yang ibu tahu
dia mengemas dan merapikan dapurku
Dan seperti yang biasa dibuat
Pada kualinya di kampung
Dia menyental kuali  yang mahal
Dengan berus yang kesat
Dan spontan si anak  menjerit
Mila     : ibu!! Ibu telah merosakkan kuali saya tahukah ibu berapa harganya?
Ibu       : Ibu tak sengaja nak..ibu tak sengaja.. minta maaf..
Mila     : Arghh!! Tak sengaja! Tak sengaja! Hari tu ibu pecahkan pinggan mila, hari ibu dah rosakkan kuali mahal mila! Lantas mila menghempaskan kuali itu..

Puisi
Ibu terdiam
Barangkali hatinya terguris
Barangakali dia hampir menangis
Melihat wajahku yang bengis

Selepas itu ibu pergi ke ruang tamu..
Ibu       : Jali anak mak dah balik.. Mak buatkan kopi untuk jali ek..
Jali       : Boleh jugak ibu, jali pun haus ni..
Ibu pergi mengambil kopi dan berikan pada jali
Ibu       : Jali,ni kopinya..kecian anak mak penat..
Jali       : Meludah.. Air apa ni ibu!! Masin!! Ni kopi ke kicap!! Ibu taruk gula ke garam!!?
Ibu       : Ibu tak sengaja nak.. ibu tak sengaja.. ibu buatkan yang lain ek..
Jali       : Argghhh!! Tak perlu buat lain! Ibu ni dah nyanyok!! Dah! Saya nak masuk bilik rehat! Lantas jali membuang cawan itu..
Ibu berjalan untuk mengambil cawan tersebut.. Dan tiba-tiba ibu jatuh mengalami sakit jantung dan meninggal..
Milah melihat ibunya terbaring..
Milah   : laa.. orang tua ni.. apasal pula tido kat ruang tamu.. ibu.. bangun ibu..
Ibu tiada  respond dan milah semakin cemas
Milah   : Ibu..bangun ibu.. sambil menggoyangkan tubuh ibu.. lalu memanggil suaminya.. Abang!!  Abang!! Ibu bang!! Johan!! Mari tengok kenapa dengan ibu ni!!

Azam   : Kenapa ni syg?
Jali       : Kenapa ni kakak?
Milah   : Ibu abang, tak tawu kenapa..
Azam   : Azam memeriksa nadi ibu.. Ibu dah tiada.. ibu dah meninggal
Akhirnya johan dan Milah menjerit memanggil ibu mereka.. mereka menangis dengan penuh penyesalan..

Mereka bertiga meratapi pemergian ibu mereka lantas puisi dibaca..

Dan kini
Setelah ibu kembali kepada Ilahi
Aku menyesali keterlanjuran
Kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu
Dengan harga sebiji kuali

Dan ibu telah tiada
Kuali hitam tergantung sepi
Di dinding dapur rumah tua
Bolehkah kami menghitung
berapa harganya ?

Sumber :Sumber yang tidak dapat dikenal pasti
Penulis : tidak diketahui(mohon izin post)

Jangan bunuh dia!

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, April 4, 2011 ADD COMMENTS

"Aishah, cepat-cepat bunuh rama-rama tu ", jerit Aiman.

"Aishah, pijak dengan kasut, nanti dia gigit" kedengaran beberapa lagi suara di dalam kelas Tadika Anakku Sayang.

Aishah masih lagi teragak-agak melihat seekor rama-rama cantik menggelupur kepatahan sayap, jatuh ditepi meja. Belum mampu bertindak apa-apa sungguhpun diasak oleh rakan sekelas. Hati mudanya merasa kasihan. Apatah lagi rama-rama itu cantik.

"Jangannnn....nanti, tidur malam ni, dia datang sebagai hantuuuuuuuu.dia kacau orang yang bunuh dia..." usik Ahmad.

"Eh,kenapa bising-bising ni.Cikgu tinggal sekejap kamu semua dah kecoh". Cikgu Zainab masuk setelah keluar beberapa minit.

"Ada rama-rama jatuh cikgu. Kami nak bunuh dia, takut nanti dia gigit kami pula." jawab Maryam. 

"Kenapa pula nak bunuh rama-rama tu...Kasihan dia. Dah la sayap dia patah. Rama-rama tak gigit orang sayang..." jawab Cikgu Zainab meleraikan anak-anak yang comel itu daripada berkerumun di tempat rama-rama tadi.

"Tapi, mama kiter kata rama-rama beracun cikgu. Kita kena la bunuh dia.Kalau tak....mesti rama-rama racun kita semua.." Luqman berkata tidak puas hati. Bercanggah dengan fakta yang diketahuinya.

Betul..rama-rama sayapnya beracun. Tapi dia tidak ganggu manusia. Allah jadikan sayapnya beracun untuk rama-rama pertahankan diri. Seperti kucing, ada kuku yang tajam untuk lawan musuh, lembu ada tanduk, dan juga ayam ada paruh yang tajam. Kita hanya boleh bunuh binatang liar yang mengancam nyawa kita, yang menggangu kita sahaja. Yang tidak mengancam nyawa, kita mestilah sayang dan jaga dengan baik. Cikgu Zainab berhati-hati menyusun ayat, supaya anak-anak kecil ini faham dan mengerti apa yang ingin disampaikan.

"Nah, rama-rama itu tak gangu kamu kan???" Cikgu Zainab bertanya.

Tak cikgu!!! Jawab anak-anak kecil itu serentak. 
 
"Baiklah, cikgu akan alihkan rama-rama ini, letak di luar kelas. Kita kena guna pelapik supaya tak kena tangan." Cikgu Zainab berkata sambil pantas mengalihkan rama-rama. 

"Cikgu, kenapa kita kena sayang, tak boleh bunuh?" Aishah yang keliru tadi nampaknya sudah mula faham dan bersuara.

Sebab Allah suruh kita sayang sesama makhlukNya. Perbuatan membunuh itu berdosa. Berdosa maknanya akan masuk neraka. Allah suka kita berkasih sayang sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan semua ciptaan Allah. Ibu bapa kita kena sayang, abang, adik,atuk, jiran semua kena sayang. Benda lain pun kena sayang. Apabila kita terancam, barulah kita boleh bunuh. Contoh, ular nak patuk kita,keluarga kita barulah boleh bunuh.

Oh......begitu...... Mereka mengiyakan serentak.



Cikgu Zainab tersenyum. Nampaknya hari ini, anak-anak kecil ini belajar sesuatu yang penting. 
Menyayangi makhluk Allah. Walaupun bukan pembelajaran secara formal, hanya sepintas lalu kebetulan berlaku,  Dia bersyukur, kiranya anak-anak ini mengerti. Dia yakin, dengan pembelajaran hari ini, pada masa akan datang, anak-anak kecil ini mengerti erti kasih sayang. Dalam hati dia kesal dengan berita semasa tentang pembuangan bayi, pembunuhan dan kekejaman akibat tidak memahami erti kasih sayang. Semoga anak-anak kecil ini sentiasa dilindungi Allah..... :)

























Setahun Sudah.

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, March 31, 2011 ADD COMMENTS

Alhamdulillah...Sedar tak sedar, setahun sudah blog Permata Islam pada 27 Mac 2011...
Dengan sedikit kudrat, kemampuan, kesempatan dan keizinan Allah blog ini mampu bertahan walaupun penulisnya masih peringkat amatur, tidak humor, dan tak ramai yang membaca... :)
Apa pun, terima kasih kepada pembaca yang sudi follow, baca, komen dan sebagainya... Sekiranya ada pembetulan, fakta salah, tatabahasa salah, silalah tegur.. Insyallah jadi pengajaran buat semua..
Bak kata kawan saya, hanya orang yang jatuh kenal erti bangkit. Balajar melalui kesilapan.

Lastly, all the best next time!

Kelantan The Best! L.I.K.E

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Thursday, March 24, 2011 ADD COMMENTS

SPM: Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun
Oleh RAHANA MOHD DAHARI
Utusan Online

KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. - Utusan
Lagi Berita Hebat!
Sumber : Harakah

KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.
“Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

“Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

“Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya,” katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian “A” seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.
Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.
“Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.
“Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK,” katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.
“Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-). Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh. 
 
KOMEN SAYA :
KELANTAN SENTIASA TERBAIK DALAM SPM, WALAUPUN DINAFIKAN HAKNYA OLEH KERAJAAN PUSAT. 
Bangga Anak Kelantan!


SABARLAH WAHAI HATI

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Tuesday, March 22, 2011 ADD COMMENTS

Sejak akhir-akhir ini, saya merasakan diri sering teruji dengan pelbagai mehnah, masalah dan kerenah. Kerenah teman-teman sekerja, fitnah, ketidakpuasan hati orang terhadap kita, masalah pengurusan hidup, kewangan, masalah hati, masalah..masalah..dan masalah.....Sehingga timbul keluhan, kepenatan, ketidak mampuan bahkan lebih lagi merasakan, kenapa aku diuji? Ya Allah...ampunilah aku. Sesungguhnya ujian-Mu adalah tarbiyyah, tanda kecintaan pada kita.

Bentuk ujian yang kita hadapi sebenarnya jika dibandingkan dengan ujian yang Allah berikan kepada Rasulullah, para sahabat, ulama' adalah sangat sedikit. Kita hanya diuji dengan masalah peribadi, masalah persekitaran, masalah pergaulan bersama teman-teman, masalah sistem@prosedur dan sebagainya. Malah adakalanya masalah yang tidak sepatutnya kita jadikan sebagai masalah kita letakkan sebagai masalah.

Sedangkan mereka (para Nabi dan sahabat nabi) telah diuji dengan mehnah pendakwah yang hebat, ditentang terang-terangan, diperangi dengan perang dan tombak. Bukan hanya kesakitan hati yang ditelan, tetapi juga fizikal turut dirobek sehingga ke liang lahad demi menegakkan ISLAM di muka bumi ini.

Fatimah RA meriwayatkan bahawa nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, setelah itu orang-orang sesudah mereka. (Riwayat al-Nasaa’ie)
Teringat pesan bonda, ustaz dan teman-teman, supaya bersabar dalam pelbagai ujian. Setiap kesabaran itu adalah nikmat, hikmah dan pahalanya yang besar.Kerana kehidupan adalah ujian. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup telah ditentukan Allah percaturannya.

      Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk ayat 1-2 yang bermaksud:
 Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan supaya Dia dapat menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun.
Allah Azza wa Jalla menjadikan kita untuk menguji kita dengan persoalan-persoalan yang kadangkala tiada jawapannya di dunia ini melainkan ketundukan dan penyerahan yang mutlak kepadaNya semata-mata. Oleh itu, kita semua akan diuji oleh Allah SWT, sekiranya ingin tergolong dalam kalangan orang-orang yang benar dan beribadah.

FirmanNya dalam surah al-Ankabut ayat 1-3 yang bermaksud:
Alif Lam Miim. Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
 
Kesabaran diperlukan dalam dua perkara iaitu sabar atas kesusahan musibah dan sabar atas pemberian nikmat. Kerana kedua-duanya juga adalah ujian daripada Allah sebagaimana disebutkan dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 35. Sabar atas kesenangan atau nikmat ialah dengan rasa syukur, memuji Allah dan mengagungkanNya. Manakala sabar ke atas bala’ yang menimpa ialah dengan ketenangan, penerimaan dan penyerahan yang pasrah kepada Allah. Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa nabi SAW bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis di satu kubur, lalu nabi berkata kepadanya yang bermaksud:
 
 Wahai wanita, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Wanita itu terus menjawab:     Jauhkan dirimu daripadaku, sesungguhnya engkau tidak mendapat musibah seperti aku. Wanita itu tidak mengenali nabi SAW. Diberitahu kepadanya bahawa dia adalah nabi SAW, lantas wanita itu mendapatkan nabi di rumahnya, dia mendapati bahawa tiada seorang pengawal pun di rumah nabi SAW, lalu berkata kepada nabi: Aku tadi tidak mengenalimu. Jawab nabi SAW: Sesungguhnya sabar itu ialah ketika musibah itu menimpamu. (Riwayat al-Bukhari)
 
Kita perlu jadikan seluruh kehidupan kita (yang merupakan ujian tadi) sebagai ibadah. Belajar sama ada asignment yang perlu disiapkan, berforum, pembentangan dan latihan mengajar sebagai ibadah,  berkeluarga sebagai ibadah, bermasyarakat sebagai ibadah dan bernegara juga sebagai ibadah. Kerana objektif penciptaan manusia dan jin adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam surah al-Dzariyat ayat 56. Hakikat ibadah ialah berjaya dalam ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. 
 
Allah juga mendedahkan sunnatullah ujian ini dalam penciptaan manusia menerusi firmanNya dalam surah al-Insan ayat 2 yang bermaksud:
Sesungguhnya kami jadikan manusia dari setitis mani yang bercampur, Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), (kerana itu) Kami jadikan dia mendengar dan melihat. 
Oleh itu, Allah menjadikan kita mampu mendengar dan melihat supaya kita berupaya menghadapi ujian daripada Allah SWT. Allah Azza wa Jalla akan menguji setiap makhluk yang hidup dengan segala bentuk kesengsaraan, kesusahan, kesakitan, kepedihan dan seumpamanya termasuklah kematian. Oleh itu, jangan sekali-kali kita menyangka bahawa ujian Allah SWT terhadap kita sebagai tanda kemarahan Allah. 
 
Diriwayatkan bahawa ‘Ubadah bin al-Somit berkata kepada anaknya:
Kamu tidak akan merasai hakikat keimanan sehinggalah kamu mengetahui bahawa setiap apa yang menimpa kamu bukan untuk menyalahkan kamu dan setiap kesilapan kamu bukan untuk menimpakan musibah kepada kamu. (Riwayat Abu Daud).
Maka, ujian merupakan sunnatullah terhadap makhluknya. Cuma manusia sahaja yang refleks dengan pelbagai bentuk, ada yang bersabar dan ada yang sebaliknya. Di manakah kita sewaktu membaca firman Allah dalam surah al-Fajr ayat 15 bermaksud:
 
Adapun manusia jika Allah SWT mengujinya, lalu dimuliakannya dan diberi kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Allah mengujinya (dengan bentuk yang lain), dihadkan kadar rezekinya, maka dia berkata: Tuhanku telah menghinaku

Mungkin kita boleh mengambil pedoman daripada Umar bin al-Khattab RA. Dalam satu athar diriwayatkan bahawa Umar berkata: Setiap kali aku ditimpa musibah, aku berfikir empat perkara, dengan demikian jiwaku akan merasa tenang, iaitu: 
 
Pertama: aku berfikir siapakah yang memberikan aku musibah ini? Dia adalah Allah. Maka dengan segera jiwaku menjadi tenang.
Kedua: aku berfikir bahawa Allah mampu menimpakan kepadaku musibah yang lebih besar daripada yang kuhadapi, dan Allah hanya memberikanku setakat ini sahaja, lantas aku memuji Allah atas musibah yang sedikit ini.
Ketiga: aku selalu ingat sabda Rasulullah bermaksud:
Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa. (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim)
Keempat: aku berfikir bahawa musibah yang terjadi adalah di dunia dan bukannya di akhirat.
Mereka yang bersabar dalam menghadapi ujian akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.  Allah menjanjikan kepada orang yang bersabar tiga perkara:
 
Pertama: Mendapat Ma’iyyatullah.
Renungi bersama jawapan nabi Musa kepada pengikutnya menerusi firman Allah dalam surah al-Syu’araa’ ayat 62 yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
Begitu juga perkataan nabi SAW ketika berada dalam gua sewaktu hijrah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Taubah ayat 40 bermaksud:
Ketika dia berkata kepada temannya: janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.
Seterusnya dengan sighah yang hampir sama, Allah Azza wa Jalla berjanji kepada orang-orang yang sabar melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
 
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Kedua: Mendapat berita gembira.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:
Dan sungguh Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun’, mereka itulah orang yang mendapat (keampunan) dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ketiga: Mendapat ganjaran tanpa had.
Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar sahajalah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
 
 Persoalan yang timbul sekarang adalah mengamalkan sabar. Teorinya memang kita sedia maklum, cuma bagaimanakah praktikalnya. 
Belajarlah untuk sabar. Tidak rugi anda sabar. Untung lagi adalah. 
 
Artikel ini ditulis ketika hati sedang mencari inspirasi kesabaran, mencari ilmu dan rational kesabaran. Semoga hati saya beroleh petunjuk.
Isi dipetik dari blog Ustaz Anhar Opir : 
http://hjanhar.blogspot.com/2011/03/bersabar-untuk-sabar.html?showComment=1300791754388#c5216110463312367689




12.01 pm      Wakil-wakil daripada pertubuhan mahasiswa di peringkat nasional mula berkumpul memberikan sokongan. Antara yang hadir adalah Saudara Hilman Idham daripada Kumpulan Anak Muda Independent (KAMI), Saudara Ahmad Syukri B. Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Ahmad Syazwan Hassan, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS ), penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa daripada kampus Universiti Malaya (UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Lebih 150 mahasiswa berkumpul di hadapan pintu masuk ke bangunan tersebut.
                    
                   Wakil-wakil daripada pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang hadir memberikan ucapan menyokong tindakan mahasiswa UPM agar terus mendesak TNC HEP tampil memberikan penjelasan.

2.00 pm        Sidang media bagi menjelaskan sebab himpunan tersebut dibuat di lokasi tersebut.

3.00 pm      Mahasiswa terus mendesak agar TNC HEP meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaiknya di samping cuba melakukan penipuan dalam isu berkenaan.
                    Setelah hamper 18 jam berkumpul di hadapan bangunan berkenan, mahasiswa memberikan amaran terakhir agar TNC HEP tampil dalam masa 20 saat.
                    Akhirnya, mahasiswa merempuh pegewai keselamatan yang menjadi banteng hadapan pintu kaca tersebut. Penentangan yang kuat daripada pegewai keselamatan yang bertindak seperti pengawal peribadi TNC HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menyebabkan pintu kaca tersebut pecah dan berlaku kecederaan beberapa orang pegawai keselamatan termasuk mahasiswa yang terlibat.
                     Mereka yang tercedera segera dihantar untuk menerima rawatan.

3.30 pm       Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menghantar wakil bagi mententeramkan keadaan. Beliau masih enggan turun untuk bertemu dengan mahasiswa.

4.00 pm       Akibat rempuhan dan peristiwa berdarah yang telah berlaku, perkarangan bangunan pentadbiran UPM mula dikerumuni oleh staf-staf UPM dan mahasiswa-mahasiwa UPM.

4.15 pm        Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, TNC UPM masih berdegil tidak mahu bertemu dengan semua mahasiswa yang berkumpul. Beliau meminta 5 orang wakil daripada Pro-Mahasiswa UPM untuk berbincang dengannya di pejabat beliau.

5.00 pm       Delegasi yang bertemu dengan TNC HEP turun. Prof Mohd Fauzi Ramlan bersetuju untuk menarik balik bantahan tersebut. Namun, beliau masih enggan tampil untuk memberikan penjelasan pada hari tersebut.

5.30 pm       Wakil daripada Pro-Mahasiswa UPM tampil memberikan ucapan. Mereka bersetuju untuk beredar daripada kawasan tersebut pada ketika itu. Namun, Pro-Mahasiswa UPM berjanji akan terus mendesak TNC UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan untuk meletakkan jawatan kerana beliau tidak bertindak dengan sebaiknya dalam mendepani masalah mahasiswa UPM.

5.45 pm        Semua peserta himpunan bersurai secara aman.

KRONOLOGI PERJALANAN LENGKAP DEMONSTRASI UPM PADA 23 FEBRUARI 2011

Posted by ~PERMATA ISLAM~ Monday, February 28, 2011 ADD COMMENTS

KRONOLOGI PERJALANAN LENGKAP DEMONSTRASI UPM PADA 23 FEBRUARI 2011
Berikut adalah kronologi peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan di Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia pada 23 Februari 2011.
22 Februari 2011

10.30 pm       Seramai 13 orang calon yang bertanding di dalam Pilihanraya Kampus 2011   (UPM)   termasuk 11 orang calon yang telah menang dalam PRK tersebut telah mendapat panggilan daripada pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM bagi memaklumkan bahawa pencalonan mereka dalam PRK tersebut telah dibatalkan. Mereka (calon ) diminta untuk mendapatkan surat pembatalan di Pejabat BHEP dalam tempoh satu jam daripada masa panggilan diterima.

11.00 pm       Semua calon yang telah dibatalkan pencalonan tersebut berkumpul di pejabat BHEP bagi mendapatkan surat bantahan masing-masing dan mereka hanya diberi tempoh satu jam daripada masa penerimaan surat tersebut untuk proses rayuan semula.
Calon yang terlibat meminta pegawai BHEP yang berada di situ menunjukkan bukti wujudnya surat bantahan masing-masing yang telah dibuat oleh mana-mana calon lain. Bukti yang dimaksudkan ialah ; salinan resit bayaran bagi bantahan / nombor resit bagi membuktikan berlakunya proses pembayaran untuk tujuan bantahan calon. Jumlah keseluruhan yang perlu dibuat oleh pihak yang membantah ialah RM 3,300 dengan jumlah resit pembayaran yang di keluarkan oleh pihak Bendahari UPM sebanyak 33 salinan berbeza. Ini kerana bayaran bantahan yang perlu dibuat terhadap seorang calon adalah sebanyak RM 100.
Sehingga tamat masa rayuan, tiada seorang calon pun yang membuat rayuan terhadap bantahan. Mereka mula mengesyaki bahawa wujudnya penipuan dalam proses bantahan tersebut akibat kegagalan BHEP mengeluarkan bukti yang diminta.

23 Februari 2011

12.01 am       Penyokong-penyokong calon mula berkumpul di lobi Bangunan Pentadbiran UPM secara aman. Penyokong-penyokong calon yang berada di kawasan kolej kediaman tidak dibenarkan keluar dari kolej atas arahan pegawai BHEP.

                                Panggilan dibuat kepada Ketua Jawatan Kuasa Pemilihan (JKP) En Muazam Mansor dan Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Namun, kedua-dua individu terbabit enggan memberikan penjelasan.

2.00 am          Notis memaklumkan bahawa masa rayuan dibuka lagi pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dinaikkan. Pegawai-pegawai BHEP yang berada di situ mula beredar tanpa memberikan sebarang bukti mengenai pembayaran terhadap bantahan.
                            Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa UPM memutuskan untuk terus berkampung di lobi Bangunan Pentadbiran UPM sebagai protes senyap kerana tuntutan mereka terhadap pegawai BHEP agar mengemukakan bukti tersebut tidak dilayan. Sekitar 50 orang penyokong berada di situ.
                                Disedari, kebanyakan tayar motosikal penyokong dan calon telah dipancitkan dan sebuah motosikal penyokong disorokkan di dalam stor.

6.30 am          Selesai solat subuh, penyokong yang berada di situ dihalau keluar oleh pihak keselamatan UPM, namun mereka tidak mengendahkannya. 

7.30 am          Wakil mahasiswa mula memberikan ucapan bagi himpunan aman tersebut. Mereka terus mendesak supaya BHEP memberikan bukti berlakunya pembayaran bagi proses bantahan. Mahasiswa yang memberikan ucapan adalah Saudara Hazim bin Mohd Noh, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM seterusnya diikuti pleh Saudara Syed Syafiq, Pengerusi Pro Mahasiswa UPM.

7.00 am          Ketibaan Naib Canselor UPM, bagi memulakan waktu kerja. Beliau sempat bertanyakan perkara yang berlaku sehingga menyebabkan mahasiswa berhimpun di situ. Beliau berjanji akan berbincang dengan TNC HEP berhubung perkara yang dibangkitkan.
                            Difahamkan, TNC HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan telah masuk ke pejabatnya melalui pintu belakang kerana ingin mengelakkan diri daripada bertemu dengan mahasiswa yang berkumpul di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran tersebut. 

8.00 am          Wakil daripada mahasiswa yang terus berkumpul di situ diminta untuk bertemu dengan TNC HEP bagi proses rundingan. Keputusan awal yang dibuat oleh TNC HEP, beliau bersetuju untuk menarik balik bantahan tersebut.

10.00 am       Naib Canselor UPM keluar daripada bangunan tersebut bagi menghadiri satu mesyuarat di luar kampus. Beliau sempat bertemu dengan mahasiswa yang masih berada di situ dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

10.30 am       Seorang wakil Pro-Mahasiswa, Saudara Luqman Hakim Low B Abdullah yang terlibat dengan proses rundingan tersebut cuba merampas dan membawa lari keluar sebuah dokumen yang dipercayai adalah bukti wujudnya penipuan dalam proses bantahan tersebut. Namun,dokumen tersebut Berjaya dirampas semula olep pegawai keselamatan terbabit.
                                Dipercayai, pihak BHEP cuba mewujudkan resit palsu bagi membuktikan wujudnya bantahan. Mereka menggunakan tandatangan palsu milik salah seorang calon lain tanpa pengetahuan calon tersebut.
                                Penipuan tersebut semakin jelas kelihatan apabila TNC ada menyatakan beliau telah menandatangani dokumen bantahan sekitar jam 12 tengah malam sedangkan calon Pro Mahasiswa telah dimaklumkan mengenai bantahan tersebut pada jam 10 malam.

11.00 am          Berlaku pergelutan antara mahasiswa dengan pegawai keselamatan UPM. Saudara Lukman Hakim Low B. Abdullah telah ditumbuk oleh salah seorang pegawai keselamatan di situ sehingga terjatuh.
Mahasiswa terus mendesak agar dibenarkan berjumpa dengan TNC HEP atau pun TNC sendiri tampil memberikan penjelasan kepada mahasiswa.
Pintu kaca yang menjadi pintu masuk ke Bangunan Pentadbiran UPM ditutup dan dikawal ketat. Pintu-pintu alternative lain juga dikawal rapi. 

11.30 am          Mahasiswa terus mendesak agar TNC HEP, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan tampil memberikan penjelasan. Namun desakan dan tuntutan tersebut tidak dilayan.  


BERSAMBUNG........      


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

~The Teachers~

  • Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara ONLINE - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Produk yang terjamin kesuciannya sangat hebat! HPA, ya HPA kini hadir bersama produk utamanya KOPI RADIX beserta berba...
    13 years ago
  • Pulanglah.. - Pulanglah… Tsunami hati menerpa.. Bankrap hati? Resah ? Gelisah? Takut? Buntu? Pedih? Malu? Bimbang? Bengang? Maka.. Pulanglah pada-Nya… Bel...
    12 years ago
  • VIETNAM 2014 - Assalamualaikum Vietnam - salah satu negara Asia Tenggara yg ada rezeki utk dilawati pada bulan Jun 2014. Sorotan peristiwa biarlah gambar yg berbicara y...
    9 years ago

A MOMENT WITH 3-6-10

IBN SINA (AVICENNA)

IBN SINA (AVICENNA)
ABU ALI AL-HUSSAIN IBN ABDALLAH IBN SINA (AVICENNA) -Invented Steam Distillation & 1st Essentials Oils which lead to the developement of Aromatherapy

AL-KHINDI

AL-KHINDI
Real Name :ABU YUSUF YAAQUB IBN ISHAQ -Invented a wide variety of scent and perfume products, known as The Father Of The Perfume industry

AL-BIRUNI

AL-BIRUNI
ABU RAYHAN MUHAMMAD IBN AHMAD AL-BIRUNI -Menentukan kepadatan spesifik 18 jenis logam dan batu-batu permata
~Kebahagiaan Orang Yang Beriman Adalah Dengan Mencintai Allah.Cinta Kepada Allah Adalah Kebahagiaan Yang Dasarnya Lebih Dalam Dari Setiap Sesuatu Yang Dalam. Hanya Mereka Yang Sungguh-Sungguh Berimanlah Yang dapat Merasainya..Dan Perasaan Itu Sangat Berharga, Tiada Gantinya..Carilah Permata-Permata Kebahagiaan Itu~

~SAHABAT PERMATA ISLAM~

About Me

My photo
Kota Bharu, KELANTAN SERAMBI MEKAH, Malaysia
~Dunia ini adalah perhiasan, seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah~...~Dunia adalah ujian, dan anak-anak adalah salah satu ujian buat ibu bapa mereka~

MY INSPIRATIONS

MY INSPIRATIONS
Umi dan Abah

PERMATA ISLAM

Sesungguhnya manusia adalah khalifah di muka bumi ini,
Ketinggian martabat manusia disisi Allah bukanlah harta,kedudukan, kebangsawanan, darjat keturunan, malah bukan juga kecantikan rupa paras Tapi nilai sebenar yang dipandang oleh ALLAH yang di namakan TAQWA.

Firman ALLAH : 
" Sesungguhnya, semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWANYA di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
( Surah Al-Hujurat : 13 )


Followers

TETAMU ISTIMEWA

JARINGAN MAKLUMAT

TAMAN ILMU

Installed by CahayaBiru.com